CHAPTER 07

301 32 0
                                    

BUNYI ketukan di pintu menyedarkan Dhea dari lenanya. Dirinya tercengang sebentar lalu melihat waktu yang tertera pada jam digitalnya. Pukul 2.14 pagi. Kepala diangkat daripada permukaan meja dengan rasa lemah.

Bunyi ketukan berulang lagi. Dhea mengeluh malas. Penat masih belum hilang, terpaksa pula membuka pintu kepada Si pendatang.

Lagipun, dirinya memang tinggal seorang di banglo mewah miliknya. Sudah terbiasa berseorangan, namun kali ini dia mempunyai teman serumah memandangkan Aunty Julia ingin tinggal beberapa hari demi memantaunya.

Punggung diangkat dari kerusi empuk itu. Kepala digerakkan ke kiri dan kanan, rasa sakit pada leher telah terasa. Mungkin kerana posisi tidur yang tidak baik.

Kaki gadis itu melangkah perlahan menghampiri pintu utama. Baru sahaja dia ingin membukanya, terus sahaja dia mengingati sesuatu.

Pagarnya tertutup rapat. Bagaimana boleh ada orang masuk ke kawasan rumahnya dan mengetuk pintu rumah pada tengah malam begini?

Tangan yang menghampiri tombol pintu itu ditarik semula. Kaki menapak selangkah ke belakang.

Tuk tuk tuk!

Bunyi ketukan bertambah kuat. Seakan tahu bahawa Dhea menarik niat untuk membukanya.

Dhea terus bergerak ke langsir di sisi pintu dan menyelaknya. Mata mengerling ke luar tingkap.

Terkejut dirinya saat melihat satu figura asing berdiri di hadapan pintu. Dan pintu pagarnya masih cantik tertutup.

Bagaimana dia boleh masuk?

"Buka pintu Dhea!" Hampir gugur jantungnya apabila suara garau itu menjerit namanya.

Pisau lipat miliknya dikeluarkan dari dalam laci lalu digenggam kuat, "Siapa kau?" Soalnya dengan berani tanpa gerun.

"Siapa aku?" Ulangnya.

"Ya siapa kau?! Dan apa kau buat dekat sini?"

Figura itu kedengaran seperti melepaskan ketawa halus, "Betul kau nak tahu? Aku adalah kau Dhea." Balasnya.

Dhea terkaku di tempatnya berdiri. Sama ada dia bermimpi atau dia benar-benar dengar dengan jelas jawapan yang diberi.

Pintu itu kemudiannya diketuk-ketuk hebat oleh Si dia. Benar-benar mahu masuk ke dalam. Dia mahu mengejutkan Aunty Julia namun dia tidak melakukannya.

Semua ini terasa seperti tipu dan nyata pada masa yang sama.

Pintu itu akhirnya berjaya dirempuh. Entah mengapa figura itu terlalu kuat, melebihi kekuatan normal seorang manusia. Dan tiada juga sebab mengapa Dhea seakan tidak bergerak untuk melarikan diri atau menyerang.

Dia bagaikan dipaku.

Ini semua tidak benar.

Figura itu melangkah masuk ke dalam, menghampiri Dhea dengan baju yang separa terbakar. Dia kenal akan pakaian itu.

Wajah figura misteri itu didedahkan. Tubuh Dhea serta-merta membeku saat bertentang mata dengan Si dia. Mustahil.

Wajah....mereka sama.

Yang membezakannya adalah, Si figura itu bagaikan baru selamat daripada kebakaran sementara dirinya dalam keadaan baik.

"Kau takkan selamat di mana-mana kau...berada Dhea...ke..cua.." Bisiknya namun mampu didengari oleh Dhea. Jantung mula berdetak pantas. Suaranya seakan melekat dari berkata-kata.

Gadis yang menyerupai dirinya itu tiba-tiba sahaja berundur ke belakang. Dhea mengerutkan wajahnya yang penuh dengan persoalan.

Dan tiba-tiba..

[OG] SPADE: THE SECRET OF ARIETISWhere stories live. Discover now