TITISAN air hujan yang mula turun membuatkan Dhea mempercepatkan lagi langkahnya ke BMW X2 hitam miliknya. Tidak mahu pakaiannya basah. Patutlah keadaan di dalam cafe tadi sejuk semacam. Rupanya cuaca telah mula berubah angin. Pancaran cahaya matahari juga semakin kurang diikuti dengan awan yang berubah warna menjadi kelabu. Suasana menjadi suram.
Pagi tadi sudah pun sejuk, tambah pula mahu hujan. Bertambah-tambahlah sejuknya sehingga ke tulang.
Diri sendiri pula kurang bersedia dengan tidak membawa payung. Sepatutnya dia sudah dapat agak akan keadaan cuaca sebelum keluar.
Bunyi notifikasi dari telefonnya yang berderu masuk bagaikan memanggil dirinya untuk membukanya sekarang. Seperti orang yang sama yang sedang menghantar pesanan dan ianya kelihatan seperti kecemasan.
Kalau tidak, tak adalah telefonnya berbunyi 'ting' banyak kali.
Pesanan dari Naura. Terus jari telunjuk Dhea menggesel skrin tersebut sebelum titisan hujan mula menitis membasahi bumi. Dan terus menjadi lebat tanpa sebarang amaran.
Skrin telefon yang basah itu sudah semestinya menjadi susah untuknya membaca apa yang Naura bisingkan itu. Lantas telefon itu ditutup saja. Baik dia masuk ke kereta dahulu.
Mungkin tiada apa yang serius sangat. Tekanya.
Pintu bahagian pemandu dibuka lalu dia memboloskan diri ke dalam perut kenderaan. Tangan automatik mencampak beg tangan dan telefonnya ke tempat duduk sebelah.
Sebelum dia merasakan kehadiran seseorang yang bernafas di ruangan sama dengannya.
"You should lock your car before anything." 180 darjah kepala Dhea berpusing ke bahagian tempat duduk belakang. Terkejut. Imza di belakang pula hanya bereaksi tenang dengan bersandar selesa dan merenung siling kereta. Matanya langsung tidak memandang Dhea saat berbicara tadi.
Dhea tidak membalas sebaliknya gadis itu lari keluar dari kenderaannya semula. Wajahnya masih memaparkan rasa terkejut dan terselit rasa benci di sebaliknya.
Terus dirinya dibasahi air hujan. Tetapi dia seakan tidak pedulikannya. Apa yang dia rasa adalah dia perlu jauh dari lelaki yang sudah menghuru-harakan hidupnya.
Imza...langsung tiada rasa bersalah ke selepas apa yang berlaku?
Lelaki itu turut keluar dengan memegang payung. Tidak perlu soal, itu pastinya payung hitam yang tersedia di dalam kereta Dhea sendiri.
Selangkah demi selangkah Imza menapak ke arah Dhea. Lelaki itu masih kelihatan kering dibawah payung sementara Dhea sudah pun lencun satu badan.
Semakin lama semakin jarak mereka menjadi dekat. Imza dengan sengaja mahu menempah maut. Muncul di hadapan Dhea selepas sebulan menghilang dari kekecohan di hospital.
Dhea yang bagaikan bom masa. Menunggu masa untuk meletup dan masa itu menjadi semakin pantas tatkala Imza mendekatinya.
Memang mahu bunuh diri.
Payung tadi dibawa kepada Dhea. Melindungi gadis itu daripada titisan air hujan. Wajah beku bertemu beku.
"Rune."
Pangg! Satu tamparan hebat mendarat di pipi Imza sebelum Dhea menepis garang payung itu sehingga jatuh ke tanah.
Kini mereka berdua dibasahi hujan lebat.
"Berani betul kau. Beraninya kau datang sini depan muka aku selepas apa yang kau dah buat?!" Tengkingnya marah. Oktaf suaranya menaik bagi melawan bunyi hujan lebat itu.
"Apa aku buat?" Soal Imza seperti tiada salah.
Ini memang benar-benar mahu mati di tangan Dhea.
Dan Dhea Elaura benar-benar sudah hilang sabar. Dia dapat merasakan sisi kejamnya yang dulu menguasai diri. Rasa amarah itu terasa seperti sesuatu yang mengalir ke seluruh tubuh badannya.
YOU ARE READING
[OG] SPADE: THE SECRET OF ARIETIS
ActionMAS𝑸UERADE SERIES VOL I Dhea Elaura , seorang gadis yang mempunyai hati sebeku kutub utara telah menjadi buruan oleh kumpulannya selepas pengkhianatan yang gadis itu lakukan. Dan hidupnya mula menjadi semakin berliku selepas pertemuannya dengan seo...