CHAPTER 22

113 14 1
                                    


ALP - ANGEL LADY PSYCHIATRIC WARD

ANAK tangga terakhir dilangkahnya sebelum Dhea merasakan kehadiran seseorang dari arah kanannya. Julia. Belum sempat Dhea bereaksi atau melakukan apa-apa, satu tamparan hebat sudah mendarat di pipi kirinya. Kuat sehingga terasa desingnya dari dalam telinga. Automatik, tangan Dhea naik memegang pipinya.

Sudahlah bercampur dengan emosinya yang tidak terurus lagi, Dhea memandang tajam ke arah Julia. Tangan dijatuhkan ke bawah dengan pandangan tidak percaya. Gigi diketap kuat. Wajah bengis Julia sepertinya mahu membantai tubuh Dhea di situ juga.

"Cik Julia!" tanpa sengaja Harraf telah menjadi saksi ketegangan dua majikannya itu lantas turun ke bawah sebelum Julia bertindak lebih ganas.

"Kau memang tak guna Dhea Elaura!" tengkingnya. Buat pertama kali, Harraf melihat Julia meninggikan suara sepanjang dia berkhidmat. Kepada Dhea pula tu tengkingnya. Entah syaitan mana yang telah merasuk Julia sehingga sanggup naik tangan kepada satu-satunya gadis yang dia jaga.

Dhea meraut rambutnya ke belakang. Beg yang digalasnya dilemparkan ke bawah. Mungkin Julia masih belum faham tindakan yang dia lakukan. "Ya! Memang El dah tembak seseorang. Lelaki yang Aunty nampak dalam berita tu, El kenal dia. Dia bukan orang asing atau si gila yang nak merompak. He is someone I know and I fucking shot him! With purpose! Puas hati?!" jujurnya. Harraf yang berdiri bersama mereka juga turut terkejut dengan pengakuan Dhea.

Julia menggeleng kepala tidak percaya. "Setan apa yang dah rasuk kau ni? Kau tahu tak yang kau dah bunuh orang awam?!" balasnya dengan rasa tidak percaya.

Dhea mencebik sinis. "Setan? God you're so innocent, don't you?. Dunia ni memang dah penuh dengan setan! Hell is empty, the world is the one you should be scared of." api yang dibalas dengan api tidak akan berakhir. Kini, Julia pula yang kembali bersuara.

"Jadi tak cukup dengan kau dah bunuh orang, kau nak hancurkan apa yang aku ada pula? You're such a bitch El!" Julia mencampakkan telefon bimbitnya sehingga mengenai sisi dahi Dhea lalu jatuh ke bawah. Sakitnya jangan disoal lah. Dhea bagaikan menahan rasa marah dan sakit dalam masa yang sama.

"Stop it Julia! You're hurting her." halang Harraf dengan tegas.

"Kau jangan masuk campur! Kau tak tahu apa yang budak tak sedar diri ni dah buat!" Julia ingin saja menyerang Dhea yang masih lagi dengan wajah tanpa emosinya namun sempat dihalang oleh Harraf.

Kedua belah tangan Julia digenggamnya. Dia tiada masa untuk fikirkan halal haram asalkan wanita tua itu berjaya dihentikan daripada bertindak lebih agresif.

"01 and 02 come in! This is an order!" kata Harraf pada alat walkie talkie miliknya. Tidak lama kemudian muncul 2 orang pengawal lelaki dan perempuan bagi membantu menenangkan keadaan memandangkan Julia masih melawan.

Dhea meraih telefon bimbit di atas lantai itu. Seakan ada sesuatu yang perlu dia lihat. Julia juga sudah kurang melawan apabila Dhea memandang skrin itu. Dia memang mahu Dhea melihatnya dan sedar salah sendiri.

Terukir satu senyuman puas hati apabila pandangan anak mata Dhea mula berubah. "Classy Couture." sebut Julia sambil menahan rasa.

"Gone. The company is gone El!" Dhea masih lagi berdiri tergamam. Skrin telefon itu jelas menunjukkan nilai RM 00.00 di dalam akaun kewangan syarikat mereka.

"And guess. Dari komputer siapa yang lakukan semua ni?"

Berdebar.

"Dari computer office kau sendiri. Jadi apa alasan kau sekarang? Aku tahu. Disebabkan kau dah bunuh orang kau nak rampas duit tu untuk larikan diri. Kau memang perempuan jahanam. Aku menyesal bela nasib orang yang tak sedar diri macam kau."

[OG] SPADE: THE SECRET OF ARIETISWhere stories live. Discover now