CHAPTER 17

178 23 3
                                    

MeW (METHRYL WHITE) - fiction drug

________________________________________

TERKELU lidah Dhea apabila telinganya mendengarkan perkataan dadah yang dikatakan oleh Dyan. Dia faham ini semua pastinya berkait dengan minuman yang dia minum sebelum pengsan tadi.

Tapi manalah dia tahu jenis dadah atau ubat apa yang telah meracuni minumannya.

"Do you take any drugs Laura?" Soal Dyan sekali lagi membuatkan wajah Dhea semakin penuh dengan tanda tanya. Dia sendiri pun tidak tahu benda alah apa yang diletakkan di dalam minuman itu.

"Muka aku nampak macam penagih dadah ke pada kau?" Dhea mula menayangkan wajah malas. Kalau Dyan tidak percaya akan dirinya, memang dia lempar lelaki itu keluar tingkap sekarang juga.

Memyemak saja.

"Jawapan tipu atau jujur?"

"Should I pick?" Soal Dhea kembali bersama dengan jelingan mata. Biar betul mamat ni.

"Okay. Tak." Jawabnya jujur. Dia tahu gadis ini walaupun muka bagaikan singa sepanjang masa tetapi Dhea masih cukup waras untuk tidak mengambil atau terlibat dengan dadah.

Lagipun wanita ini dikenali ramai. Pemilik Classy Couture, semua orang yang berpangkat CEO sememangnya tahu jika sebaris namanya disebut. Takkan lah dia sengaja mahu merosakkan reputasi diri.

"They've checked the CCTV. Someone might poison your drink." Jelasnya lagi apabila melihat Dhea hanya berdiam diri. Dyan sendiri yang meminta untuk memeriksanya selepas dia juga perasan akan seseorang yang seakan melarikan diri dari Dhea.

"I know."

"You know?" Dyan mengecilkan matanya sambil memandang ke arah Dhea. Kedua tangannya disilangkan ke dada bidangnya. Kerusi yang menjadi tempat duduknya tadi didudukinya kembali.

"Dia ada cari aku sebelum tu. My PA told me tapi aku tak ada dekat office. And aku tak kenal siapa dia. Plus he did change my drink before anything." Ceritanya. Entahlah padanya, lelaki itu tidak kelihatan seperti konco Red Eyes. Dia langsung tidak mengenali susuk tubuh itu.

Apa masalah dengan dunia ini? Semua orang memang mahu cari masalah dengannya ke?

"Kau takde syak sesiapa?"

"Takde." Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki misteri itu memang ahli Red Eyes. Tapi dia tidak mahu katakan semua ini kepada Dyan memandangkan perkara yang dengan berkaitan Red Eyes adalah terlalu sulit.

Mungkin ianya cuma orang luar yang entah apa motifnya untuk melakukan sebegitu pada dirinya.

Begitu cepat Red Eyes mencari pengganti dirinya. Lelaki tadi kelihatan cakap membuat kerjanya.

"Takkan takde kawan kau mana-mana yang dengki dengan kau?"

"Kawan?" Ulang Dhea semula. Apa tu? Dia ada ke kawan? Kalau orang yang bekerja dengan kita seperti Naura tu dikira kawan tak?

Siapa saja kawan dia. Harraf? Dah sebulan tidak jumpa. Imza? Entah tengah plan apa lagi untuk menangkap dirinya jatuh ke lubang kotor mereka lagi. Lagipun dia hanya anggap Imza sebagai pasangan misi saja, itu dikira sebagai kawan ke? Rasa tak.

Hayden? Hah, lagilah tak boleh pakai. Lagipun Dhea sendiri yang menghalau lelaki itu jauh darinya.

Tracy dan Luke tidak rapat dengannya. Dia hanya paling banyak interaksi dengan Imza, Falcon serta konco yang lain saja jika melibatkan Red Eyes.

Falcon kawan? Please, so hilarious.

Itu sajalah yang dia ada. Dari kecil dia bukan ramai kawan. Tiada keluarga. Disebabkan itu juga, dia tidak kisah untuk bersendirian. Dia lagi selesa. Mungkin disebabkan itu juga, dia lebih mahir berinteraksi dengan pisau berbanding manusia.

[OG] SPADE: THE SECRET OF ARIETISWhere stories live. Discover now