CHAPTER 15

154 20 0
                                    

PRAK! Bunyi ranting kayu yang dipijak bergema kuat di dalam suasana hutan yang sunyi itu. Diiringi dengan bunyi larian rusa liar jauh darinya dek bunyi tersebut. Titisan hujan mula menitis membasahi hoodie kepalanya yang melindungi wajahnya daripada basah.

Langkahnya diteruskan lagi tanpa teragak-agak. Seolah-olah dia tahu arah tujuannya di dalam hutan tebal tersebut. Pada tangan kanannya, terdapat satu baldi biru yang berisi buah-buahan hutan.

Sampai sahaja di hadapan satu pagar besi yang sudah dilingkari dengan pelbagai tumbuhan liar, baldi itu dilempar sehingga berterabur buah-buahan itu dibuatnya sebelum dirinya turut memanjat pagar itu. Tanda amaran 'dilarang masuk' yang separuh berkarat itu diabaikan begitu sahaja.

Buah yang bersepah dikutipnya semula. Dia kembali menusuri jalan bersemak itu untuk ke satu tempat di dalam taman tema terbengkalai tersebut.

Hujan semakin lama semakin lebat.

Semakin lebat sehingga bunyi hujan mengatasi bunyi tapak kaki lelaki itu sendiri namun Si empunya diri kekal tenang berjalan.

Akhirnya dia berjaya berlindung di bawah salah satu khemah circus yang sudah luntur warnanya. Namun langkahnya tidak berhenti di situ sahaja.

Satu bangunan lama dihampirinya. Masih lagi di dalam kawasan taman tersebut. Hoodie hitam miliknya yang sudah basah lencun itu ditanggalkan dan disidai di atas satu palang besi.

Tangan kekarnya laju naik dan meraut rambut basahnya ke belakang dari menutupi pandangan.

Tanpa menangguh lagi, satu ruangan seakan bilik tanpa pintu dimasukinya bersama dengan baldi tadi. Lantas dia mengeluarkan segala isi baldi itu ke atas lantai.

Tepat-tepat di sebelah seekor gajah tua betina di mana satu kakinya sudah dirantai kuat. Sepertinya haiwan itu ditahan dan diabaikan di sini.

"Makan Nica. Maaf sebab aku lama sangat tadi." ujarnya sambil membelai lembut kepala gajah itu. Buah-buahan hutan tadi ditolak ke arah Nica.

Perlahan-lahan Nica menggerakkan tubuhnya. Bunyi rantai besi yang sedikit terseret bergema di dalam ruangan itu.

Belalai haiwan itu mula membelit salah satu buah dan disumbat ke dalam mulutnya. Pergerakannya agak terbatas dek usianya yang semakin tua dan sakit yang dia hadapi.

Lelaki itu merenung sejenak haiwan itu dengan rasa simpati. Namun dia tahu dia juga tidak mampu berbuat apa-apa selain dari menjaga haiwan ini.

Walau hanya dengan mencari makan untuknya.

Sesudah sahaja kerjanya yang satu itu, laju dia bergerak keluar dan menggapai satu botol besar yang berisi sesuatu.

Tingkat atas menjadi arah tujunya, tangga dinaikinya dengan melangkah dua anak tangga sekaligus tanpa masalah.

Seseorang yang diikat di atas kerusi terus disimbahnya dengan cecair di dalam botol tadi. Lantas mengejutkan Si mangsa dari pengsannya.

"Wake up." arahnya.

Yang Si mangsa pula lepas terjaga terus dibuatnya wajah muak. Tak habis lagi ke nak kacau aku?

"Dyan kalau ya pun kau nak tahan aku lama-lama, at least janganlah ikat aku macam ni nak tidur pun susah. Sakit pinggang aku tau!" Cebik lelaki yang diikat itu.

Bukan sehari dua dia ditahan di situ, hampir seminggu lah dia tidak baring. Memang sakitlah satu badannya itu.

Kurung sajalah di mana-mana pun daripada ikat mati macam ni mahu mati terus dia dibuatnya.

Dyan melemparkan botol tadi sehingga menghempak dinding.

"Benda sial apa kau simbah dekat aku ha? Euw melekit la! Dah la seminggu aku tak mandi. Kau ni..." Lantas bebelannya terhenti saat Dyan mengeluarkan satu dagger. Dirinya mulai merasa gerun.

[OG] SPADE: THE SECRET OF ARIETISWhere stories live. Discover now