TATAPANNYA jatuh kepada susuk tubuh seorang wanita yang terbaring di atas tanah. Keadaannya tidak terurus. Terbiar pula di bawah cahaya matahari yang terik sebegini pula. Hayden pantas menghampiri figura yang sangat dia kenali itu.
Dia bertinggung di sebelah Dhea yang masih tidur itu.
"Hei kau bangun. Kau buat apa dekat sini?" Suara halus seseorang kedengaran sayup di telinga Si gadis. Menyedarkan dirinya ke alam realiti. Kepalanya terasa berdenyut, seluruh tubuhnya menjadi kebas terutamanya tangan kanan yang terhimpit di bawah tubuhnya.
Akhirnya kelopak mata dibuka dan cahaya matahari terang menyinari iris berwarna amber tersebut. Silau. Tangan kanannya naik bagi menghalang cahaya itu dari terkena matanya. Dan wajah Hayden menjadi benda pertama yang dilihat.
Dhea mula membangunkan dirinya ke posisi duduk. Cuba memproses semula perkara apa yang telah terjadi. Perlahan-lahan, dia akhirnya mengingati semua kejadian tadi.
Dia melihat ke sekelilingnya. Sedar akan keberadaan dirinya yang sekarang ada di hadapan pagar besi.
Di titik permulaan.
Dirinya telah kembali ke padang tempat kanak-kanak lelaki itu bermain. Namun sekarang tiada sesiapa. Tiada kanak-kanak, tiada lelaki misteri yang bertopeng dan dia terlihat ke arah pondok keselamatan tadi...
Tiada pengawal. Tiada sesiapa.
Pondok keselamatan yang terletak beberapa langkah darinya itu kelihatan seperti tidak berpenghuni. Pelik.
Dhea akhirnya melihat Hayden di sebelahnya yang siap mengangkat kening. Risau melihat keadaan gadis itu yang bagaikan baru lepas dibuang dari kerajaan kayangan, "What's wrong? Macam mana kau boleh ada dekat sini? Terbaring macam kena halau apartmen. Kau tak bayar sewa ke?" Soalnya lagi. Bukan main banyak soalan.
"Aku...sekarang...sekarang pukul berapa?" Sekali lagi kedua kening Hayden bertaut. Memastikan yang gadis ini sedang bermimpi atau benar-benar menanyakan waktu kepadanya.
Yang semestinya kurang normal bagi seseorang yang dijumpai terdampar di hadapan sarkas terbengkalai.
Lelaki itu mengerling ke arah jam tangannya yang kemas terlilit di pergelangan tangan, "9.13 pagi."
"Pagi?!" Ulangnya kembali, sama ada ingin memastikan atau lebih kepada terkejut.
"Ya, pagi. Sekarang jawab aku, kau tidur sini dah kenapa? Tak cukup duit sewa? Aku boleh tolong bayarkan." Soal Hayden lagi. Dhea melepaskan keluhan berat. Dia sudah pun tertidur di sini selama sehari kesan daripada ubat tidur.
Tanpa tahu bagaimana atau siapa yang meletakkan dirinya di luar pagar tersebut.
Hayden kemudian terlihat sesuatu di rambut perang gadis itu lalu riak wajahnya berubah, "Browny." Panggilnya.
Dhea melihat ke arah jari telunjuk lelaki itu yang menunjuk ke arah rambutnya. Dengan perlahan, tangan runcing gadis itu naik memegang rambutnya sebelum kulit jarinya bersentuhan dengan suatu cecair pekat asing.
Berwarna putih kekuningan.
Ini...
Tahi burung.
Dhea memejamkan matanya menahan marah dan wajahnya mula kelihatan merah. Hayden pula melihat ke arah lain, bersedia jika dirinya menjadi punch bag gadis itu.
Walau sebenarnya, dia sedang menahan
tawa dari terlepas di bibir. Risau dia kena kerat hidup-hidup pula di sini. Tak pasal-pasal jadi lauk harian wanita singa itu pula.Dhea mendengus marah, habis kotor rambut berserta pakaiannya. Jari yang menyentuh tahi burung tadi dikesat kasar pada tanah bagi membuang cecair itu. Sudahlah diserang oleh entah siapa-siapa, dilempar pula ke tengah padang macam pendatang asing tanpa izin.
YOU ARE READING
[OG] SPADE: THE SECRET OF ARIETIS
AksiMAS𝑸UERADE SERIES VOL I Dhea Elaura , seorang gadis yang mempunyai hati sebeku kutub utara telah menjadi buruan oleh kumpulannya selepas pengkhianatan yang gadis itu lakukan. Dan hidupnya mula menjadi semakin berliku selepas pertemuannya dengan seo...