CHAPTER 16

258 30 1
                                    

KERUSI yang disediakan di sudut wad tersebut ditarik ke sebelah katil yang menempatkan tubuh Aima. Wanita tua itu masih koma dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dhea melabuhkan pinggulnya pada permukaan kerusi tersebut dan menyandarkan dirinya dengan tenang. Berdasarkan kata-kata doktor sebentar tadi, kecederaan yang dialami oleh Aima sedikit serius kerana melibatkan kecederaan pada tulang tunjangnya.

Namun dengan izin Allah, segala pembedahan dan proses rawatan berjalan lancar. Cuma Aima sahaja yang masih belum sedar dari koma. Terdapat juga sedikit kesan yang kekal pada dirinya di mana kakinya akan selamanya tempang.

Dhea pula hanya menemani dan menjaga Aima buat sementara waktu kerana dia tidak kenal mana-mana ahli keluarga wanita itu.

"Sara dah telefon anak Kak Aima. Dia kata dia dalam perjalanan untuk ke hospital sekarang. Itu pun selepas dia hantar orang." Itulah yang Sara katakan kepada Dhea melalui telefon sebelum dia masuk ke bilik wad itu.

Sara tidak boleh mengikut sama kerana masih perlu menjaga cafe. Jadinya hanya tinggal Dhea sahaja satu-satunya orang yang boleh bantu untuk menjaga Aima sementara menunggu kehadiran anaknya.

Entah lelaki atau perempuan, Sara tidak ada pula beritahu dirinya tadi. Dia pun lupa mahu tanya.

Hampir sejam dia menunggu namun tiada sesiapa yang datang. Akhirnya Dhea membuat keputusan untuk keluar makan tersebut dahulu. Duduk lama-lama di sini pun bukan dia boleh buat apa. Mungkin anaknya lewat atau tidak datang langsung.

Ataupun masih belum selesai menghantar orang. Kerja grab agaknya.

Tangan terus memegang pemegang pintu wad, ingin menolak namun seseorang sudah membukanya dari luar. Seorang lelaki.

Terkejut Dhea atas kemunculan secara tiba-tiba itu. Namun bukan itu sahaja yang mengejutkan dirinya. Tetapi apabila matanya terlalu mengenali susuk tubuh lelaki di hadapannya itu.

Lelaki itu juga terkejut akan kemunculan Dhea dari dalam wad Aima.

"Browny?"

"Hayden."

Kata mereka serentak. Sama-sama masih keliru.

Hayden terlihat seperti ingin mengatakan sesuatu namun terbantut saat matanya terpaku pada sekujur tubuh ibunya di atas katil hospital. Terus saja kakinya melangkah menghampiri Aima. Tangan Aima turut diraihnya juga.

"Umi." Serunya lembut. Pipi Aima dielusnya perlahan. Seketika wajahnya terlihat seperti sedang menahan rasa. Tidak mahu terlalu beremosi tambah pula Dhea masih ada di bilik tersebut.

"Wait...she's your mother?" Soal Dhea, masih lagi dalam keadaan terkejut. Sungguh dia langsung tidak terfikir bahawa Hayden adalah anak kepada Aima.

Hayden menoleh ke arah Dhea, satu senyuman nipis diukirnya di bibir. "Long time no see, Browny." Ujarnya dengan wajah yang terus bertukar ceria.

Tidak pula dia sangka bahawa Dhea adalah gadis yang dikatakan menjaga ibunya oleh Sara. Lagipun mereka memang sudah lama tidak bersua muka sejak dari pertembungan di kaunter makanan pawagam tempoh hari.

"Kau..."

"Thank you, for looking after my mother." Ucapan itu sudah cukup membuktikan hubungan antara Hayden dan Aima.

Oh, itu kereta bos aku. Aku driver dia.

Kata-kata Hayden sebelum ini terngiang kembali di mindanya. Sama seperti apa yang Sara katakan padanya tadi.

"I'm...sorry, aku tak tahu pula Aima ibu kau."

"Of course she's my mother. I never said I have none." Balas Hayden. Tanpa sedar bicaranya sedikit memberi kesan kepada perasaan Dhea. Namun wajah beku gadis itu tidak terlalu menunjukkan emosi dirinya sendiri.

[OG] SPADE: THE SECRET OF ARIETISWhere stories live. Discover now