TANPA teragak-agak, Imza melangkah menghampiri tempat di mana skrin hitam itu terletak. Tanpa sebarang kata-kata juga, satu penumbuk dilepaskan pada permukaan skrin tersebut.
Prang! Hanya dengan satu tumbukan, sudah terbentuk satu lubang pada skrin itu. Bersama dengan retak yang bersambungan ke bahagian lain. Terus terputus hubungan antara Falcon dan dirinya. Tidak cukup dengan itu, skrin tersebut direntapnya sehingga tercabut wayar-wayarnya.
Makin kuat rasa marah yang bertandang di hatinya tatkala menyedari bahawa dirinya selama ini hanyalah alat permainan oleh manusia tanpa identiti tersebut.
Rasa ditipu dan dibodohkan pada masa yang sama. Susah payah dia mencari cip itu namun Si pemberi arahan yang jalang sudah pun tahu semuanya.
'Kau sendiri tak kenal dia siapa. Kita tak tahu apa pun motif lelaki atau perempuan tu.'
Pada saat ini, Imza merasakan sedikit kata-kata Dhea ada benarnya.
Hah agaknya kalau dia lari seperti Dhea, kena bom tak?
Tidak. Dia tidak akan bertindak seperti orang tiada akal macam gadis itu. Sebenarnya dia masih mahu kekal di dalam kumpulan tersebut. Ya dia mengaku, dia bukan orang baik seperti Dhea.
Jika Dhea melabelkan diri sendirinya sebagai seorang yang jahat, Imza nekad dirinya dipandang sebagai seorang yang kejam. Hati jejaka ini keras, sekeras-keras Dhea, keras lagi jiwa seseorang yang bernama Imza Khalief.
Jikalau dua orang ini tersungkur kepada peperangan antara satu sama lain, ahli-ahli yang lain memang tidak akan berani untuk masuk campur. Itu ibarat menggali kubur sendiri. Lagipun, hidup nak lama lagi.
Seorang sahaja dahulu yang berani menjadi air di antara api. Hanya seorang dia. Yang sekarang sudah tiada di hadapan mata.
Mayuna. Gadis yang nyawanya sudah diragut di tangan Imza sendiri.
Jadi dia tidak akan sesekali membuat perkara yang mengundang bahaya pada diri.
Masih terdapat banyak perkara yang perlu dia lakukan untuk kumpulan itu. Perkara yang hanya Imza sendiri tahu.
"Astaghfirullahalazim." Kata seseorang dari belakangnya. Imza mengerling sedikit ke belakang tanpa sepenuhnya menolehkan kepala.
Luke terus membuka kaca matanya, bukan main terlopong mulutnya melihat skrin hitam itu sudah hancur dek kemarahan Imza. Tinggal tak tertanggal sahaja permukaan skrin itu bersama komponen belakangnya.
Bertuah punya lelaki.
Satu.
Satu jari telunjuk Imza diangkat lalu ditujukan ke arah bibir Luke. Dengan wajah yang masih bersisa dengan kesan marah tadi, Luke pula jadi mangsa. "Itu satu." Katanya membuatkan Luke semakin bingung.
Dah terputus wayar ke apa yang nak satu-satu tak tentu pasal.
"Satu apa?" Soalnya bodoh. Memang dia tidak faham sebelum Luke membuntangkan matanya selepas menyedari makna disebalik kata-kata Imza. Jelas terpancar perubahan pada riak wajahnya.
"Kau jangan cakap kau nak pergi menjahanamkan alat lain pula. Sabarlah sikit!" Larangnya bersungguh-sungguh, membuatkan Imza membuangkan pandangannya ke arah lain. Ke situ pula mamat ni.
"Bukan. Itu baru satu kalimah yang kau ucapkan untuk tahun ini. Takdelah munafik mana. Fikir dah murtad." Selamba. Tanpa rasa bersalahnya Imza menuturkan perkataan itu.
Zap satu.
Jangan haraplah lelaki ini nak buang tabiat untuk menjaga hati dan perasaan orang. Memang jauh langit dan bumi.
YOU ARE READING
[OG] SPADE: THE SECRET OF ARIETIS
AksiMAS𝑸UERADE SERIES VOL I Dhea Elaura , seorang gadis yang mempunyai hati sebeku kutub utara telah menjadi buruan oleh kumpulannya selepas pengkhianatan yang gadis itu lakukan. Dan hidupnya mula menjadi semakin berliku selepas pertemuannya dengan seo...