CHAPTER 18

187 26 4
                                    

SATU sentuhan di bahunya membuatkan Dhea beralih ke belakangnya, ingin melihat siapa atau apa yang menyentuhnya tadi.

Hayden menarik semula pen yang digunakannya tadi, setelah melihat semua jururawat mula menjadi gelabah dan bergerak pantas, wajah Dhea dipandang semula.

"Kenapa?" Soal Hayden sebelum matanya melihat sedikit kekecohan di bilik sakit ibunya. Dapat dilihat kerisauan yang tertayang di wajahnya.

Laju kakinya ingin melangkah ke wad ibunya sebelum Dhea menghalang.

"Hayden jangan."

"Browny, itu mak aku. Kenapa dengan dia? Apa yang kau cakap dekat jururawat tadi?" Desak Hayden, kali ini lelaki itu benar-benar serius. Ya, jelas dia dapat lihat tadi Dhea ada berkomunikasi dengan jururawat itu sebelum kekecohan berlaku.

"Apa kecoh-kecoh ni?" Seperti biasalah sejak peristiwa sebelum ini, di mana ada Hayden, di situ lah ada Dyan. Lelaki itu baru sahaja keluar dari bilik sakit Dhea lalu menghampiri mereka.

"Tell me Dhea." Paksa Hayden. Kalau melibatkan ahli keluarga, dia tidak akan mampu bertenang.

Jangan suruh dia bertenang.

"He's still here." Balas Dhea perlahan sambil matanya meliar ke seluruh persekitaran hospital tersebut. Setiap pesakit, pelawat, staff dan doktor diperhatikannya.

Dyan lantas menoleh Hayden ke sisinya selepas mendengar apa yang Dhea katakan. "The MeW guy?" Dhea mengangguk. Ya lelaki yang menyerang dirinya secara halus menggunakan dadah itu.

"Aku tahu dia masuk ke wad Aima. Mesti dia ada buat sesuatu yang bahaya dekat Aima." Kata gadis itu yakin.

"Macam mana kau tahu?" Soalan Hayden tidak diendahkan oleh Dhea. Sebaliknya, gadis itu laju beredar ke dalam bilik wad Aima. Automatik Dyan dan Hayden mengikuti langkah Dhea masuk ke dalam.

Setelah mereka semua berada di ruangan itu, suasana di dalam sudah tidak menjadi kecoh seperti tadi. Ini menyebabkan ketiga-tiga mereka berkerut wajah sesama sendiri. Kenapa semua orang rilek sahaja?

Dhea sendiri terkejut apabila 3 orang  jururawat itu tidak pula kelam kabut seperti yang dia bayangkan. Adakah mereka tidak menjumpai sesiapa atau objek aneh pada Aima bagi membunuhnya? Mana pula bayang lelaki itu? Santai saja jururawat itu semua.

"Nurse." Sapa Hayden. Lelaki itu mula bergerak ke sisi katil yang satu lagi lalu berlutut sambil meraih tangan ibunya yang masih tidak sedarkan diri itu.

Pada masa yang sama, Hayden turut melihat ke arah Dhea dengan isyarat mata seperti 'mana?'. Begitu juga dengan Dyan. Mana ancaman yang Dhea katakan itu?

Dhea masih lagi diam. Dia tersalah lihat ke tadi? Mustahil. Dia yakin dengan apa yang dia lihat. Dia masih belum gila. Dia pasti ada susuk tubuh seseorang yang memasuki bilik ini.

"Is she okay?" Soalan pertama keluar dari mulut Dhea kepada salah seorang jururawat itu.

"Er...yes. She's fine. Cuma mesin drip saja yang terhenti. Mungkin nurse bertugas terlupa untuk buka selepas tambah ubat. I'm sorry for the careless sir." Katanya pada Hayden sambil meletakkan tangan di dada tanda maaf. Kesilapan ketika mengendalikan pesakit sememangnya tidak patut dipandang remeh.

"Terhenti?" Suara Dhea kembali menghalang jururawat itu daripada keluar.

"Ya, saya bagi pihak hospital minta maaf sangat-sangat. Ia tidak akan berulang lagi." Katanya dengan penuh rasa bersalah. Risau gamaknya jika wanita di hadapannya itu marah.

"Cik, kalau cik perlukan apa-apa pertolongan atau doktor kami boleh tolong uruskan." Tambahnya lagi. Lagipun memang Dhea menjadi punca mereka berada di dalam wad tersebut kerana apa yang dia lihat. Sekali saja Dhea faham akan maksud jururawat itu.

[OG] SPADE: THE SECRET OF ARIETISWhere stories live. Discover now