CHAPTER 23

86 14 0
                                    

BEG galas yang digalas pada bahunya mula jatuh ke tangan dan menyembah lantai. Kaki hanya kekal berdiri buat seketika sebelum tubuh Dhea turut jatuh terduduk di atas permukaan lantai yang berdebu itu. Dibiarkan sahaja pakaiannya yang masih tidak bertukar buat beberapa hari ini dikotori debu dan air kotor pada permukaan simen itu. Cahaya bulan malam menjadi satu-satunya cahaya yang menerangi kegelapan puncak bangunan itu.

Kawasan bumbung pusat membeli-belah itu sekali lagi menjadi saksi kehadiran dirinya buat kali kedua. Penutup kepala hoodie yang digunakan untuk menutupi wajahnya diselak ke belakang. Membenarkan angin sejuk menyapa kulit wajahnya yang licin.

Segar. 

Kalaulah fikirannya terasa segar seperti ini, pasti saat ini lebih bermakna. 

Tetapi sayangnya tidak. Mindanya sekarang bercelaru seperti 1000 wayar yang berselirat tanpa menjumpai punca wayar untuk meleraikannya. Paling-paling pun jika mahu memudahkan kerja, seluruh wayar itu digumpal sahaja lalu dibuang kesemuanya. 

Namun adakah ini perkara yang perlu dia lakukan? Dia tidak boleh senang-senang membuang semua masalah dan kekecohan yang terjadi semata-mata mahu meringankan beban di bahu. Lagipun, lihat sahajalah keberadaannya. Di kawasan larangan yang gelap dan bukannya rumah banglonya sendiri.  

Dia sudah tidak boleh kembali ke sana. Lokasi itu sudah pastinya menjadi tempat polis negara ini mencarinya. Sehebat mana pun dirinya dalam melarikan diri dari masalah, dia tidak akan pernah terlepas dari perbuatannya ini.

Perlahan kedua belah kakinya ditarik rapat ke dada sebelum tangannya bertindak memeluk seluruh tubuh. Hoodie tadi disarung semula ke kepalanya, entah kenapa angin kali ini semakin sejuk. Cuaca malam ini seperti mahu hujan. Dan dia tidak ada tempat untuk berteduh. Masuk semula ke dalam pusat membeli-belah semula terasa berisiko dengan keadaan dirinya sekarang. 

Beg galas digapainya. Satu kotak rokok yang pernah dibuangnya ketika pertama kali ke sini berada dalam genggaman semula. 

Namun pada kali ini, tiada lagi teragak-agak.

Sebatang rokok dikeluarkan lalu dibakar sebelum disuakan pada bibir merahnya. Dibiarkan beberapa saat sebelum ditarik semula bersama dengan hembusan asap yang bakal mencacatkan peparunya kelak. Dhea tidak kisah lagi dengan kesannya, dia cuma menginginkan sesuatu yang boleh menenangkan jiwa. 

Buat seketika, mindanya benar-benar kosong. 

Rokok kembali disuakan kepada mulutnya semula dan perbuatan itu diulang berkali-kali.

Perubahan rasa angin dari belakang membuatkannya terasa seperti ada seseorang sedang berjalan menghampirinya berdiri di situ. Deja vu. Dia tahu akan peristiwa ini. Kepala hanya mampu memikirkan kehadiran seseorang sahaja. Lelaki itu saja yang tahu untuk mencarinya di sini. Dari dulu lagi.

Tubir matanya seakan basah. Dia malu mahu bersua muka dengan insan tersebut. Tambahan pula dia pernah menghalau dan menjadi punca kematian seorang ibu. 

Tanpa menoleh ke belakang, Dhea menggagahkan dirinya untuk menyebut nama lelaki itu. "Hayden.."

Ktang!

Bunyi seperti rantai besi yang dilepaskan ke lantai menyentakkan Dhea. Esakannya terhenti. Seretan besi itu juga sudah cukup membuatkan Dhea automatik menoleh dengan pantas. Namun tidak sempat apabila rantai itu sudah selamat dililit dengan kuat pada lehernya. Rokok di tangan terlepas ke bawah. 

Sedaya-upaya dia cuba untuk melepaskan diri. Berdasarkan penglihatannya, si pelaku misteri ini adalah seorang perempuan kerana suaranya yang kedengaran ketika cuba untuk mencekik dirinya. Agak sukar bagi perempuan itu untuk bergelut memandangkan fizikal Dhea kelihatan lebih kuat berbanding dia. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 6 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] SPADE: THE SECRET OF ARIETISWhere stories live. Discover now