CHAPTER 03

358 32 2
                                    

SKRIN komputer dilihatnya berselang dengan kertas di tangan berulang kali. Terlalu tekun sehingga Dhea langsung tidak sedar akan kehadiran pembantu peribadinya yang setia berdiri di muka pintu.

"Miss Dhea...miss busy ke?" Soalnya namun Dhea masih fokus pada kerjanya dan langsung tidak terusik. Naura mengambil nafas dalam semula, "Miss?" Panggilnya lagi.

"Yes Naura?" Akhirnya Dhea membalas. Naura menghela nafas lega. Bukan senang nak berkomunikasi dengan bosnya yang beku itu.

"Ada orang nak jumpa katanya, dia tunggu you dekat ground floor." Dhea berkerut muka mengetahui info bahawa seseorang mahu berjumpa dengannya,"Who?" Naura tercengang tidak tahu.

Tajam mata Dhea melihat Naura yang terkulat-kulat mahu memberi jawapan. Perlahan-lahan Naura menggeleng, "Maaf, saya...pun tak tahu. Perempuan tu berusia. Dia kata dia kenal you." Kata Naura.

Dhea terdiam sejenak. Dia seakan mampu meneka siapa yang bertandang itu. Gadis itu terus bangun dari duduknya, "Tell her I'll be there in 5 minutes." Naura mengangguk faham. Laju sahaja dirinya berlalu keluar dari bilik bosnya.

Pintu ditutup dan Naura menyandarkan tubuhnya ke pintu tersebut. Nafas lega dihembus. Aura bos mereka memang mampu buatkan seluruh pekerja syarikat gerun akannya.

Agaknya kalau sedang gempa bumi pun dan Dhea adalah orang terakhir yang hidup, Naura tetap akan kekal sendiri sahaja.

Benar, Dhea tidak pernah berkata kasar atau memarahi pekerjanya. Tetapi lihat wajah sombongnya sahaja, pasti orang akan melabelnya sebagai gadis berlagak. Jawab pun terkadang sepatah sahaja.

Naura sendiri takut akannya. Tetapi dia percaya Dhea Elaura ialah gadis berhati lembut walau wajahnya sebeku ais kutub. Jikalau tiba-tiba ada hari Dhea berbual mesra dengan orang lain, pasti semua orang fikir bos mereka dirasuk dengan jin pelangi.

Itulah perwatakan pemilik Classy Couture, syarikat jenama pakaian ternama di Kuala Lumpur.

Lif akhirnya sudah berhenti di tingkat yang tertulis G. Pintu terbuka dan automatik mata Dhea menangkap kelibat seseorang yang sangat dia kenali.

Tambah pula dengan rasa tidak percaya dengan apa yang dipandangnya. Gadis itu terus berjalan ke arah figura tersebut, "Aunty Julia!" Sapanya.

Aunty Julia tersenyum lebar melihat kedatangan anak yang dalam jagaannya, "Well well, there's my girl who's now a beautiful woman. El sihat?" Soal Aunty Julia sambil tangannya disalami oleh gadis itu.

"El sihat. Aunty sihat? Kenapa datang tak beritahu El? Bila aunty balik Malaysia?" Kedua mereka mengambil tempat bersebelahan di sofa baldu berwarna coklat cerah.

"Alhamdulillah sihat. Aunty sampai minggu lepas. Rasanya dah tiba masanya untuk aunty balik sini semula. Alang-alang tu, datang jumpa you. So how's business?" Tanya wanita tua itu. Dhea menggerakkan kepalanya atas dan bawah tanda semuanya baik, "Everything are fine..."

"For now." Sambungnya lagi.

Aunty Julia melihat Dhea dengan tanda tanya. Baginya, Dhea kelihatan seperti mempunyai masalah, "El. El ada masalah ke?" Soalnya sambil meraih tangan kanan gadis itu ke dalam genggamannya.

"No." Dhea menggeleng kepalanya perlahan, riak wajahnya tenang. Terlihat biasa sahaja.

Aunty Julia adalah satu-satunya ahli keluarga yang Dhea ada. Status anak yatim piatu menjadikannya sangat menjaga hubungan bersama ibu saudaranya.

[OG] SPADE: THE SECRET OF ARIETISWhere stories live. Discover now