Bab 1: My life

12.5K 89 2
                                    

Hi. Saya Tunku Farisha Mikayla. Anak sulung daripada enam beradik. Selepas aku habis belajar, aku membuka klinik pergigian. Aku tidak keseorangan. Ada beberapa doktor dan jururawat yang bekerja di bawah ku. Kiranya, aku ni bos diaorang lah. Usia pun makin meningkat. Ramai kawan mama yang tanya aku, bila nak kahwin? Aku pun hanya senyum dan berkata, "Saya nak fokus kepada kerjaya dulu."

Tapi sejak kebelakangan ni, aku rasa macam ada seseorang yang stalk aku. Setiap kali aku balik dari kerja, ada sebuah kotak sederhana di depan pintu.
By the way,aku duduk di rumah sendiri. Setiap kali cuti,aku akan balik ke rumah mama dan papa. Itupun kalau tak sibuk.

"Apa ni?" Dengan perasaan ingin tahu, aku membuka kotak tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila isi kotak tersebut adalah gambar-gambar aku ketika aku sedang bekerja serta ada tulisan di salah satu gambar.

Hi, sayang. I miss you so much. I want to see you but tak seronok lah kalau jumpa awal-awal. By the way, you look very beautiful in your white coat. Should I call you, Dr Farisha?

- Your stalker ❤️

"Dia stalk aku selama ni!?" Tangan ku bergetar hebat. Ini sudah melampau. Aku kena beritahu mama dan papa.

------------------------------------------------------------
Aku balik ke rumah mama dan papa. Adik-adik aku juga balik. Hmm, macam ada something je?

Ketika ini, aku dan adik-adik sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.

"Kak, papa suruh kau pergi office dia." Kata Akasyah.

"Ha? Kenapa pulak?"

"Mana aku tahu. Pergi je lah."

Aku bangun dengan malasnya. Akasyah melabuhkan punggung di sebelah Azman.

"Weh korang, aku nak cakap sikit ni." Kata Akasyah dengan nada berbisik.

"Apa dia, bang?" Tanya Azman. Yang lain hanya memandang Akasyah.

"Mama dengan papa nak jodohkan kak Isha dengan mamat tu." Kata Akasyah.

"Maksud kau, Raja Amin Danish?" Tanya Azmin.

Apabila Akasyah mengangguk, mereka semua terkejut.

"Seriously!? Mamat yang sakit mental tu?" Tanya Fiera dengan nada yang kuat.

Farah menepuk perlahan bahu kembarnya. "Kau ni, jangan lah jerit. Dia dengar kang, tak pasal-pasal kau kena tumbuk dengan dia. Dia tu boleh dikatakan pakar dalam stalk seseorang." Kata Farah dengan nada berbisik.

Mereka diam seribu bahasa. Televisyen di situ tidak dihiraukan oleh mereka.

Apalah nasib kakak kesayangan mereka itu?

------------------------------------------------------------
Selepas melihat gambar itu, aku meletakkan semula di atas meja. Ingin sahaja aku menjerit tetapi aku tahan.

"Kenapa nak jodohkan Isha dengan dia?"

"Isha kena tahu sesuatu pasal dia." Kata Akhtar lalu menepuk bahuku.

"Amin. Dia selalu cerita pasal Isha pada mommy dan daddy dia. Bahkan dengan kami pun. Dia siap minta restu lagi nak jadikan Isha ni isteri dia. Isha kena tahu satu rahsia." Kata Akhtar.

"Apa dia?"

"Dia ada penyakit yang boleh dikatakan agak teruk. Dia sensitif, cepat marah, panas baran dan kuat cemburu. Pada mulanya, papa tak nak dia jadi suami kamu, tapi dia marah papa. Tengking. Tak hormat langsung dia tu dengan orang tua. Apa yang dia fikir, dia nak Isha je. So,papa tak boleh nak buat apa.
Papa harap Isha kuat lah ya. Papa sayang Isha." Kata Akhtar lalu memeluk anak daranya.

"Isha sayang papa juga." Aku menitiskan air mata. Agak lama kami berpelukan sehingga aku berhenti menangis.

------------------------------------------------------------
Sejak itu, aku tidak diganggu lagi olehnya. Hidup ku kembali normal seperti biasa.

"Terima kasih, doktor."

"Sama-sama. Pastikan awak makan ubat yang saya bagi. Ambil ubat dekat kaunter sana."

"Baiklah. Terima kasih sekali lagi."

Apa yang menarik di klinik ku adalah aku hanya memeriksa pesakit perempuan manakala pesakit lelaki diperiksa oleh Doktor Afif Taufiq a.k.a sepupu ku. Pada mulanya, aku ingat dia belajar bidang dentist sebab nak tiru aku. Maklumlah, dia sepupu yang paling rapat berbanding Aisy Thaqif.
Rupanya, dia mengambil bidang dentist sebab tu minat dia. So, kita tak boleh nak sekat minat orang. Aisy Thaqif pula bekerja di bawah uncle Arman. Katanya, dia bakal menggantikan tempat Uncle Arman tapi tak tahu bila.

Ketika ini,kami sedang lunch di dalam ruang rehat pekerja. Menu untuk lunch hari ini ialah nasi tomato ayam.

"Kak, aku dengar kau akan kahwin tak lama lagi. Betul ke?"

Tersedak aku dibuatnya. Afif menghulurkan air lalu aku meneguknya dengan rakus.

"Mana ada. Papa cakap aku dengan dia bertunang dulu. Lepas tu baru kahwin.
Mana kau dengar ni?"

"Daripada ummi lah."

Soalan yang aku sudah tahu jawapannya tetapi aku tetap tanya.

------------------------------------------------------------
Author

Hi readers. Ini adalah cerita anak perempuan mereka. Kali ini saya buat lain sikit. Hero dalam cerita ni seorang yang kaya tapi ada penyakit. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, dia akan usahakan untuk dapat termasuk 'bunuh'.

Haa,seram kan hero kita? So, tunggu next bab ok. Bye.




My psycho husband (Complete)Where stories live. Discover now