Aku rasa sampai di situ sahaja ianya berakhir. Rupanya aku silap. Si Amin tu bawa family dia jumpa dengan family aku. Siap bawa sekali adik-beradik dia.
Ketika ini, aku dan dia sedang berbual di luar rumah. Nak privasi katanya. Yang menariknya,si Amin ni hanya dengar cakap daddy dia je. Kata Raja Amir Dahlan iaitu daddy Amin, Amin hanya takut akan dirinya tapi aku tak tahu pulak apa sebabnya. Sudahnya aku hanya diam. Raja Amir siap bagi amaran lagi dekat Amin."Kau berbual je dengan dia. Kalau aku dengar dia jerit sebab kau, kau tunggu lah nasib kau kat rumah nanti." Kata Raja Amir dalam nada berbisik dan tegas. Takut didengar oleh Tunku Akhtar.
"Hei, termenung apa?" Tegur Amin.
"Tak ada apa-apa. Kenapa kau nak kahwin dengan aku? Aku tak suka kau and I don't have feeling with you." Kataku sambil memandang tajam ke arahnya. Aku tak main-main dengan soal perkahwinan.
Tiba-tiba,Amin mendekati ku lalu meletakkan tangannya di sebelah kepalaku. Seolah-olah memerangkap diriku. Aku bersandar di dinding. Memang tak boleh nak lari daripada dia. Amin memandang wajah cantik ku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
"Tunku Farisha Mikayla. Aku tak kisah kau setuju atau tak. Apa yang aku nak, aku akan dapat walaupun dengan cara yang agak kejam. Jangan main-main dengan aku, Dr Farisha." Kata Amin lalu melepaskan tangannya dari mengepung aku. Automatik aku lari daripada dia. Ahli keluarga yang lain memandang pelik ke arah ku. Amin pula dengan selamba badak je, dia melabuhkan punggung di sebelah Raja Amir.
"Kenapa Farisha tu? Kau buat apa hah dengan dia?" Bisik Raja Amir.
"Mana ada Amin buat apa-apa. Amin just cakap pasal majlis tunang kitaorang. Amin pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba lari." Kata Amin dengan nada selambanya.
Adik Amin; Raja Amirul Daniel menggeleng perlahan. Adik perempuan Amin; Raja Amirah Dahlia dan Raja Afiqah Dalilah hanya memandang tajam wajah abangnya.
Akasyah, Azman dan Amin yang mendengar penjelasan selamba itu hanya memandang tajam ke arah Amin.
Farah dan Fiera turut memandang tajam ke arah Amin.Nampaknya, semua orang tak suka jikalau Farisha dan Amin disatukan.
------------------------------------------------------------
"Amirul, Amirah dan Afiqah. Tolong explain apa sebenarnya penyakit yang dihidapi oleh Amin." Kata Akasyah.Kini, Akasyah, Azman, Azmin, Farah, Fiera dan tiga orang adik Amin berada di ruang tamu kedua. Ianya berada di tingkat atas. Selepas berdiam agak lama, Akasyah mengambil keputusan untuk mengumpulkan semua adik-beradik nya serta adik beradik Amin untuk berbincang sesuatu. Di sinilah mereka sekarang.
"Abang Amin tu panas baran orangnya. Pernah sekali tu, dia belasah orang." Kata Raja Amirah.
"Bukan tu je. Dia pernah culik orang dan seksa tapi tak adalah sampai membunuh. Dia masih berhati perut lah. Dia pernah cakap kat saya, sejahat mana pun aku, aku tak akan bunuh orang sebab aku tak nak masuk penjara. Macam tu lah dia cakap dekat saya." Kata Raja Amirul.
"Bagi abang Amin, kak Farisha adalah penawar bagi dia. Tak ada benda lain selain kak Farisha. That's why, saya setuju untuk satukan Kak Farisha dan Abang Amin. Mana tahu penyakit dia boleh sembuh." Kata Raja Afiqah.
"Yelah. Betul juga kata Afiqah tu. Kalau Amin rasa selesa dengan Farisha, rasanya tak salah kalau kita nak satukan diaorang." Kata Fiera.
Selepas itu, mereka diam seribu bahasa.
------------------------------------------------------------
Amin mendekati Akhtar lalu melutut di hadapannya. Akhtar dan Marsya terkejut dengan tindakan Amin."Uncle Akhtar, saya nak minta maaf pasal hari tu. Saya terlalu ikutkan perasaan sampaikan saya marah dan tengking uncle. Saya nak sembuh daripada penyakit ni tapi saya tak tahu bila. Maafkan saya. Izinkan saya untuk jadi suami kepada Farisha." Kata Amin lalu menyalami tangan Akhtar.
Akhtar menarik nafas lalu menghembus nafas dengan perlahan. Marsya mengusap tangan suaminya.
"Baiklah tapi Amin jangan takutkan dia lagi lepas ni." Kata Akhtar dengan tenang.
------------------------------------------------------------
Walaupun hati ini tidak rela, tapi aku tetap akur dengan keputusan papa. Aku memandang diriku di hadapan cermin. Baju kurung moden dan tudung shawl warna peach. Kata papa, Amin berjanji dia akan sembuh daripada penyakitnya dan tidak akan menakutkan aku lagi. Harap Amin memegang janjinya.Ketika aku sedang menuruni tangga, banyak pasang mata tertumpu kepadaku. Aku hanya beriak biasa namun dalam hati ni hanya Allah sahaja yang tahu betapa berdebar nya aku.
Majlis tunang aku dan Amin berjalan dengan lancar. Selepas aku menyalami tangan bakal ibu mertuaku,dia berbisik sesuatu di telinga ku.
"Farisha, nanti kamu dah jadi isteri Amin, kamu jangan naikkan baran dia. Mommy takut kalau dia cederakan kamu. Ingat ya pesan mommy ni." Kata Engku Aleesya; (mommy Amin) lalu memeluk tubuhku.
"In Shaa Allah, mommy."
------------------------------------------------------------
To be continue.......
YOU ARE READING
My psycho husband (Complete)
Storie d'amoreHidup seorang Tunku Farisha Mikayla sangat tenang dan damai sehinggalah muncul seorang lelaki yang mengganggu ketenteraman nya. "Dia stalk aku selama ni?!" - Farisha Makin bertambah buruk apabila pada selepas pulang dari kerja, Farisha menerima 'ha...