Bab 9: Psycho mood

6.4K 45 1
                                    

Seorang lelaki yang tidak sedarkan diri, terikat di atas kerusi. Wajahnya penuh dengan lebam akibat dibelasah oleh anak buah Amin.

Amin hanya memandang mangsanya dengan senyuman sinis. Ini rupanya orang yang hendak mencederakan isteri kesayangannya.

Lelaki itu mula membuka mata perlahan sambil mendesis kerana sakit di bahagian muka.

"Hello, man. How are you?" Amin mula membuka bicara.

"Kau...... Kau hantar anak buah kau untuk cederakan aku? Huh! Dasar pengecut!" Kata lelaki itu.

Amin mencengkam rambutnya dengan kuat. "Kau dengar sini baik-baik. Aku bukan Amin yang dulu. Yang boleh di cop sebagai pengecut. Aku hantar anak buah aku sebab aku tengah teman isteri aku. So now, dia dah tidur. Boleh lah aku nak......"

Amin mendekatkan mukanya ke telinga lelaki itu.

"Bunuh kau." Kata Amin dengan nada berbisik. Lelaki itu mula tak senang duduk seperti cacing kepanasan.

Amin memberi isyarat kepada anak buahnya. Satu troli kecil dibawa masuk oleh anak buahnya. Di situ terdapat pisau, pengetip kuku dan pelbagai lagi alatan penyeksaan.

Lelaki itu menelan air liurnya. Apa yang si psycho ni nak buat?

"Kau tahu tak apa yang membuatkan aku rasa nak bunuh orang?" Tanya Amin sambil membelek pisau yang tajam itu. Soalan itu dibiarkan tanpa dijawab oleh sesiapa pun.

Amin memandang ke arah mangsanya dengan pandangan yang kosong. Amin meletakkan pisau tersebut di leher lelaki itu.

"Aku cukup terseksa sebelum ini. Kau cakap dekat semua orang yang aku gila sebab aku ada penyakit. Kau kena ingat tau, semua orang yang ada penyakit mental tu, diorang tak gila. Orang macam kau ni, asyik nak menghukum itu dan ini. Aku cukup sabar dengan perangai kau tapi sekarang, aku tak boleh nak sabar lagi. Isteri aku tak salah, kenapa eh kau nak libatkan dia dalam masalah kita?"

Amin sedaya upaya cuba untuk menahan air mata yang akan turun tak lama lagi.

"Good bye, Afiq." Serentak itu, Amin mengelar leher lelaki yang bernama Afiq itu.

"Efen, uruskan dia." Arah Amin kepada anak buah a.k.a PA nya.

----

Selepas menutup pintu biliknya, Amin melihat sekilas ke arah isterinya yang sedang lena tidur lalu masuk ke dalam bilik air dan mencuci tangannya.

Setelah itu, Amin baring di sebelah Farisha dan memeluknya erat.

"Maafkan abang. Tangan abang ni pernah bunuh orang. Abang tak nak anak kita buat perkara yang sama. I love you sayang." Kata Amin lalu mencium dahi isterinya lama dan turut lena dibuai mimpi.

------------------------------------------------------------
"Kak, dah berapa bulan ni?" Tanya Raja Afiqah sambil mengusap perutku.

"Baru 6 bulan." Kataku. Afiqah hanya mengangguk perlahan.

"Farisha, mari makan. Mommy masak bubur untuk kamu." Suara itu datang daripada Engku Aleesya.

Bubur itu diletakkan di hadapanku. Aku membaca doa lalu makan.

"Erm, sedapnya. Terima kasih, mommy."

"You're welcome, sayang." Engku Aleesya mengusap perlahan belakang ku.

"Farisha, mommy nak tanya sikit boleh?"

"Boleh. Mommy nak tanya apa?"

"But before that, Afiqah. Kamu pergi naik atas. Mommy nak cakap berdua dengan Farisha." Arah Engku Aleesya.

Afiqah mengangguk tanda faham lalu bangun dari duduknya.

Setelah bayangan Afiqah hilang, Engku Aleesya memulakan percakapannya.

"Amin, ada buat apa-apa ke dekat kamu?" Tanya Engku Aleesya.

Aku terdiam seketika.

"Ada mommy."

"Dia buat apa dekat kamu?" Tanya Engku Aleesya dengan nada yang bergetar.

Aku pun menceritakan apa yang terjadi.

------------------------------------------------------------

Pada malam itu, aku dan Amin sedang menonton televisyen di dalam bilik kami. Fifty shades of grey. Itulah tajuknya.

"Abang, jangan lah pukul sayang macam dalam cerita tu."

"Hmm, tak janji." Bisik Amin.

Aku menepuk bahunya.

"Tengok ayah baby ni. Dia nak pukul mama." Kataku sambil mengusap perutku.

"Alah sayang ni. Macam lah anak kita boleh dengar." Kata Amin lalu mencium perutku.

"Memang lah dia tak dengar tapi bila sayang usap perut ni, dia tendang tau. Itu maknanya, dia hidup dalam perut sayang."

"Hmm, abang nak usap perut sayang boleh?" Tanya Amin.

"Boleh." Setelah aku memberi kebenaran, tangan Amin mula mengusap perutku dengan penuh kasih sayang.

"Assalamualaikum anak ayah. Duduk dalam perut ibu elok-elok tau. Ayah tak sabar nak jumpa kamu."

Amin dapat rasa tendangan dari anaknya.

"Wow, sayang! Dia tendang lah." Kata Amin dengan teruja.

Aku hanya senyum melihat Amin. Sebenarnya pada malam hari tu, aku dengar apa yang dia cakap. Aku juga dapat rasa kucupan lama di dahiku.

"Abang, sayang nak abang berterus terang. Sebelum abang masuk bilik kita, abang buat apa?" Tanyaku dengan nada tegas.

"Apa sayang cakap ni?" Amin cuba untuk mengelak. Aku menajamkan mata ke arah Amin.

Amin akur lalu menceritakan hal yang sebenar.

----

"Maafkan abang." Cerita tersebut diakhiri dengan permintaan maaf daripada Amin.

Amin menyembamkan mukanya ke perutku.

"Tak apa abang. Sayang maafkan." Kataku sambil mengusap kepalanya.

------------------------------------------------------------

To be continue.........


My psycho husband (Complete)Where stories live. Discover now