Saat aku sedarkan diri, hanya mata aku yang bergerak ke kiri dan kanan. Cahaya matahari yang terpancar dari tingkap memudahkan aku. Memandang setiap sudut bilik putih itu. Bilik yang asing.
Aku dekat mana?
Apa yang berlaku?Pelbagai soalan bermain dikotak fikiran tika itu. Makin aku cuba perah ingatanku, makin sakit aku rasa di bahagian kepala.
Aku cuba untuk bangun. Namun, badanku terasa amat lemah. Aku cuba membuka mulut untuk memanggil sesiapa yang ada, namun tiada apa yang keluar dari kotak suaraku. Tekak aku terasa sakit. Kering.
Aku hanya mampu memandang siling bilik itu, entah untuk berapa lama. Sehingga aku terdengar bunyi pintu bilik terbuka dan juga bunyi derapan kasut.
Sekali lagi aku cuba menoleh. Kali ini aku berjaya gerakkan sedikit kepalaku. Mata aku berlaga dengan mata sepet seorang jururawat di situ. Matanya tiba-tiba membulat sesaat, sebelum dia berdesus lari keluar.
Kenapa lari? Aku nak minta tolong!
Tidak lama kemudian, telinga aku menangkap bunyi derapan kasut, bagaikan ada raptai kawad kaki.
"Saya minta semua tunggu di luar dulu ya. Bagi saya periksa keadaan dia sebelum keluarga masuk melawat." Suara yang tak aku kenali.
Ada seorang perempuan bergaun putih hospital, masuk ke dalam bilik itu. Seorang doktor, mungkin. Dia mengukir senyuman lebar, melihat aku yang memandangnya bingung.
"Hai, Puan Najla. Saya Doktor Amanis. Saya doktor yang ditugaskan untuk merawat puan. Saya periksa mata sikit ya?"
Doktor itu membuka kelopak mataku dengan tangannya dan tiba-tiba ada sinar cahaya putih menembak mataku. Kedua-dua belah mataku diperiksa.
"Looking good. Welcome back, Puan Najla. Puan tidak sedarkan diri selama dua hari. Sebelum tu, puan ada ingat apa-apa kejadian sebelum puan warded?" soal Doktor Amanis sambil mencatitkan sesuatu pada kertas. Aku menggeleng kepala.
Jujur, aku memang tak ingat.
"Okay, that might be your fear responding by locking that memory away from you. Puan dimasukkan ke dalam hospital kerana malnourished. Have you been skipping breakfast or lunch lately?"
Aku mengemam bibir sebelum menangguk. Doktor Amanis tersenyum kecil.
"I see. Tekanan darah puan agak rendah. Ini kesan daripada tak cukup nutrien dalam badan. Jadi, lepas ni puan jangan skip makan ya? Also, it's not good for your baby."
Baby?
Aku mula rasa bingung. Cuba mencerna apa yang dikatakan oleh doktor itu. Namun, entah bagaimana, peristiwa pahit yang berlaku sebelum aku ditempatkan di sini bagaikan diulang tayang satu per satu.
Baby!
Mata aku membulat. Nafas aku naik turun, sehingga mesin Patient Monitor itu berbunyi. Tangan spontan naik meraba perut sendiri. Namun setelah aku rasa benjolan pada bahagian perutku, aku menarik nafas lega.
Berair mataku mengingat kembali peristiwa di mana aku hampir kehilangan bayi yang aku kandungkan.
"I see everything is finally coming back to you now?"
Aku menangguk lemah.
"Anak saya tak apa-apa kan, doktor?" Suara aku sangat serak. Pada telinga aku sendiri, ia kedengaran aneh.
"Alhamdulillah, anak puan tak apa-apa. Dan kami juga dapat kesan jantina anak puan. Puan nak tahu?"
Jantina? Aku mahu menangguk, tapi aku tahan. Kalau aku saja yang tahu, Zafran bagaimana? Aku mahu kami sama-sama dapat tahu jantina bayi kami.
YOU ARE READING
SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)
Teen FictionBerjumpa, tak pernah. Bertegur sapa apatah lagi. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba dia dilamar seseorang yang tidak dia kenali. Dan tiba-tiba, dia sah bergelar seorang isteri. Si Pilot yang penuh rahsia. "Najla percayakan abang, aba...