Tanganku yang berada di sisi aku genggam erat. Dadaku berombak menahan amarah dari menguasi diri. Melihat senyuman mengejek di bibir perempuan itu lagi menaikkan angin aku.
Aku perlu tenangkan diri sebelum aku bertindak luar kawalan. As much as I want to slap that smile from her face, aku perlu bertenang. Aku seorang peguam. Ini cuma salah satu permainan minda yang selalu sudah biasa aku main.
Langkah dibuka ke arah sofa bertentangan dengannya. Kaki aku sengaja disilangkan. Aku turut mempamerkan senyuman yang menunjukkan aku tak goyah dengan apa yang dia buat.
"So, you're the mother? The one who doesn't want him in the first place?"
Elly masih tersenyum, lalu menjungkit bahunya. Seolah-olah bangga dengan apa yang aku katakan.
"Yeah, you could say that. Or you could say that I'm the first woman that slept with Zafran?" Senyumannya masih bersisa.
Kalau dia ingat aku kisah siapa perempuan pertama yang tidur dengan Zafran, dia silap. Perkara itu sudah lama berlalu. Aku dan Zafran sendiri yang memilih untuk melupakan hal itu dan membuka buku baru.
Lagi satu, setakat tidur semalaman, apalah sangat. Aku ni hari hari mengadap muka kacak dia setiap masa. Bangun tidur, muka dia. Sebelum tidur, muka dia.
Apa yang perlu aku takut? Zafran itu suami aku.
"And yet he still married another. Hm, saya pun tertanya-tanya kenapa. Could it be because you lack in bed skills?"
Two can play in this game. Melihat senyuman sinis Elly yang kian pudar, aku tahu aku berjaya. Senang hati aku melihat wajahnya bertukar muram.
"I bukan nak jadi orang ketiga dalam rumah tangga you, Najla. Tapi, I cuma tak mahu you menderita. Zaf cintakan I, bukan you. You should get yourself a mirror."
Berikutan ayat tidak malu yang keluar daripada mulut seorang perampas to be. Aku rasa hendak ketawa.
"Zafran suami saya. Hak saya. Mungkin, Cik Elly yang patut cermin diri sendiri."
"And do you want to know what exactly did he said, Elly? He doesn't remember a thing. Not you, nor your face. Not even a single thing about that day."
Riak wajah Elly yang muram bertukar lagi. Kini dia kelihatan terkejut. Bibirnya terkumat-kamit menyebut sesuatu, namun tiada suara yang keluar. Senyum aku mula menghilang. Wajahnya aku tenung sedalam-dalamnya.
Rasanya tidak sia-sia aku ambil Psychology sebagai salah satu subjek elektif. Melalui air mukanya sekarang, aku boleh tahu yang Elly takutkan sesuatu. Takut jika perkara sebenar yang dia simpan bertahun-tahun, terbongkar.
Aku mengetap rahang, menahan rasa marah dan sedih yang bercampur-baur.
"And 10 months later, you left a baby at his front door, claiming that it's his. You nak tahu apa yang I fikir?"
Aku membongkok ke depan. Elly takut-takut memandang aku.
"He didn't sleep with you."
Mata Elly membulat.
"You drugged him."
Bibirnya ternganga mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari bibirku.
"You raped him," bisikku perlahan. Air mata yang aku tahan jatuh ke pipi. Hati aku terasa bagai dicengkam apabila mengingatkan Zafran. Suami aku yang tak bersalah.
Elly, bagaikan terkena renjatan elektrik, terus bingkas bangun dari duduknya. Dia kelihatan runsing dan marah. Reaksi normal daripada orang yang tertangkap melakukan kesalahan.
YOU ARE READING
SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)
Fiksi RemajaBerjumpa, tak pernah. Bertegur sapa apatah lagi. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba dia dilamar seseorang yang tidak dia kenali. Dan tiba-tiba, dia sah bergelar seorang isteri. Si Pilot yang penuh rahsia. "Najla percayakan abang, aba...