B A B 4

4K 284 26
                                    

to recover, it takes time. enjoy it. vote and comment.

"Maaf, lambat!" tegur Luffy yang kelihatan tergesa-gesa. Wajah manisnya memang betul-betul nampak bersalah. Sekali pandang, nampak macam baru lepas kena kejar dengan ceti pun ada.

Aku senyum lebar, "Eh, tak apalah. Tak adalah lambat sangat. Dapat juga kami dating lebih waktu!"

Luffy ketawa senang. Dia duduk berhadapan denganku sambil mengeluarkan sesuatu daripada beg kerjanya. Kemudian dia letak di atas meja. Kalau tidak silap aku, itu album gambar.

Wow, straight to work!

"You tak mahu pesan minum dulu ke? Makan ke?"

Elok lepas aku soal, seorang pelayan datang meminta pesanan. Luffy terus memesan air masak sahaja. Aku cuba untuk tidak memberikan reaksi apa-apa. Tapi rasa agak kagumlah.

Kau tengok la badan dia, Najla. Kalah model Victoria Secret! Bukan macam kau! Breakfast saja sampai tiga kali.

Apa nak jadi entah.

"So, hari itu kita dah bincang pasal finance, design and all. Hari ni I nak tunjuk drafting album, untuk pastikan you berdua puas hati dengan album you."

Aku dan Zafran sama-sama mendengar penerangan Luffy tentang gambar perkahwinan kami. Aku rasa aku patut recommend Luffy kepada rakan-rakan aku yang hendak kahwin nanti.

Servis tiptop letop. Harga pula tidak yahudi. Memang berbaloi upah dia jadi wedding photographer.

Aku berkenan dengan gambar-gambar yang diambil. Semua lawa-lawa. Paling lawa, gambar aku dan Zafran saling berpandangan di bawah pokok bunga kertas mak. Pokok bunga kertas mak terletak cantik di atas kepala kami, seolah-olah membentuk pintu.

"Abang, kalau gambar ni kita buat frame besar, boleh?" Kena tanya orang sebelah dulu.

Zafran jongket kening sebelah.

"Kenapa nak buat besar-besar?"

"Saja, boleh zoom in liang pori masing-masing. Tu, tahi lalat abang pun Najla boleh nampak!" Aku tekan tahi lalat kecil di bawah bibir mugilnya sebelum ketawa.

Zafran tidak menepis, tetapi dia menjuling matanya ke atas. Tahu bahawa tahi lalat comelnya bakal menjadi bahan jenakaku. Kemudian dia pandang Luffy yang tersenyum melihat kami.

"Do whatever she says. This woman knows her stuff," kata Zafran. Aku terus tersengih lebar. Senang hati kena puji begitu.

"Okay, Cik Najla. Let's get to work."

------------------

Selesai urusan kami dengan wedding photographer, kami terus beransur pulang. Luffy tidak putus-putus mengucap tahniah kepada kami. Aku pula naik segan bila dia usik soal pewaris utama.

Kelakar betul minah ni.

Dalam kereta, bila dah tak ada kerja nak buat, aku capai telefon, buka instagram. Scroll scroll gambar kawan-kawan dan eh, mata aku terhenti di satu gambar ini.

Aku klik ikon pemilik akaunnya. Perempuan. Dia ini memang lawa gila. Kening lebat. Bulu mata lentik. Bibir mugil. Flawless! Aku selalu stalk dia, dan tidak pernah terlepas dari menge-like gambar-gambarnya.

"Seronok sangat ke tengok gambar sendiri?" Orang di sebelah berbunyi.

Ah, ye. Aku memang suka stalk akaun sendiri. Terasa seperti diri ini disayangi gitu.

Aku toleh pandang Zafran yang tenang memandu. Mamat ni, tengah memandu pun nampak aje aku tengah buat apa. Ada mata ketiga ke macam mana?

"Dear abang. Ini namanya self-appreciation. Abang patut contohi tau. It helps builds up your confidence." Fakta. Zafran mencebik.

"Speaking of, do you have any social media account? Instagram ke, Twitter ke? Paling tidak pun, Facebook?" Aku menyoal.

Kalau ada, aku nak follow. Mana boleh kahwin tapi tak tahu akaun media sosial suami! Lepas follow, aku stalk 24 jam.

Zafran jeling aku sekilas sebelum kembali fokus kepada pemanduannya. Dia geleng kepala. Dan-danlah rahang aku menyembah bumi. Aku pandang dia macam dia ada tanduk kerbau.

"Abang biar betik?! Satu pun tak ada?"

Dia geleng lagi.

"Nak buat apa update life kita dekat orang? The less we reveal, the more people will wonder," kata Zafran senada.

Suami aku ini, bukan setakat tak bersosial dalam dunia nyata. Dalam alam maya pun sama!

"Abang, social media is a free platform that allows people from all over the world to share their moments with the world. Bukan kita nak update life kita dekat orang," hujahku pula.

"Lagi pun, tak ada salahnya kalau kita kongsi momen hidup kita dengan orang. Lagi-lagi, kawan kita. Dari media sosial inilah kita dapat tahu khabar mereka."

Betul apa aku cakap. Aku ada dua tiga orang kawan sekuliah yang menetap jauh di Sabah dan Serawak sana. Dah cuti sem ini, apa lagi metod untuk kami berhubung melainkan media sosial?

Sudahlah cuti sem empat bulan. Buatnya ada yang kahwin, mahu cardiac arrest bila jumpa balik perut semua sudah memboyot macam ikan buntal.

"Abang tahu tak, umi cakap abang ni super introvert? Najla ingat introvert dalam dunia nyata je. Ini sampai Facebook pun tak ada. Abang duduk dalam gua mana sebelum ni?"

"I'm not an introvert. I hate human interaction, that's all," bidasnya semula. Jelas taknak kalah.

"Baiklah abang. I'm just gonna pretend that introversion and hating human interaction are two different things."

"Good choice!"

Dan aku juling mata ke atas.

Susah betul bila bercakap dengan orang yang baru belajar berinteraksi dengan manusia ini. Karenahnya pelik-pelik.

Tapi, aku terfikir sesuatu. Aku pandang dia semula. Bibir aku mula melebar dengan senyuman.

"Abang nak Najla buatkan akaun Instagram abang tak?"

Dan-danlah Zafran pandang aku macam nak cekik. Aku hanya tayang sengih tidak bersalah.

Abang kena banyak bersabar. Perangai isteri abang memang ini. Menyakitkan hati haha.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now