Aku memperbetulkan selendang di atas kepala. Aku main aci belit saja. Asal tak tercekik leher aku, kira cantiklah tu. Aku gayakan baju kurung pahang tak bercorak dengan selendang putih bercorak bunga lavender. Sesuai dengan baju kurung aku yang berwarna ungu.
Memang aku pilih tema ungu lembut untuk kami anak-beranak, termasuk mak dan abah dan juga keluarga mentuaku.
Dah tahu ini bukan majlis kita, tak perlulah kita bersiap mengalahkan pengantin.
Do not steal the spotlight on someone else's day!
Make up pun aku letak ala kadar saja. Tak menarik perhatian pun. Tapi kalau tak pakai make up langsung, mahu ada yang mati terkejut tengok muka pucat aku. Tak pasal-pasal majlis kahwin jadi kenduri arwah. Minta simpang!
"Najla?" Mak mengetuk pintu bilik aku sebelum membukanya.
"Ya, mak?"
"Bersiap apa lama sangat? Kau tu dah dah berlaki, anak bertuah oi! Tak payah bersiap lawa-lawa." Itu komen mak sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik tidur aku. Tak menyempat!
"Sebab dah berlakilah kena siap lawa-lawa, mak oi! Bersiap untuk suami. Mak nak ke tengok anak mak kena tinggal?" Aku sengih mengusik. Mak geleng kepala, malas nak layan otak mereng aku ni.
"Laki kau dah sampai tu. Anak dengan mentua kau pun ada sekali. Mari sambut dia orang."
Hati terus rasa teruja. Aku tilik penampilanku di dalam cermin buat kali terakhir. Nak jumpa suami, mestilah kena cantik-cantik.
Bila dah berpuas hati, aku ikut mak ke luar rumah. Ternampak SUV milik Zafran di hadapan rumah mak yang penuh dengan kereta. Disebabkan rumah makcik-makcik aku dekat-dekat belaka, kereta memang penuh bila saudara-mara pulang ke kampung.
Ini pun kira sikitlah juga. Memandangkan Farhan dan sebahagian kecil saudara-mara aku masih berada di masjid.
Umi keluar dari perut kereta dan terus menyantuni mak. Aku merapati umi dan memeluknya.
"Abi tak ikut ke, umi?" Pelik apabila jasad abi tidak kelihatan.
"Abi ada dekat masjid dengan abah kamu. Dia yang minta Zaf turunkan dia di masjid tadi. Dah janji nak jumpa abah kamu di situ."
Oh, patutlah abah gigih suruh aku topupkan dia semalam. Ada udang di sebalik mee rupanya. Usai bertanya khabar, mak terus membawa umi ke khemah untuk makan.
"Kak Najla!" teriak satu suara. Aku segera menoleh.
Eh, Yusra pun ada?
Yusra tersengih seraya merapatiku. Aku turut tersenyum melihatnya. Cantik berjubah ungu hari ini. Ini mesti ada apa-apa sampai ikut sekali ni! Dia yang perasan ekspresi nakal aku, terus mencebik marah.
"Janganlah buat muka macam tu, kak!" marah Yusra. Aku ketawa.
"I smell something fishy here. Maybe another nasi minyak?"
Pap! Tangan comel dia melayang ke bahuku. Sekali lagi aku ketawa. Kali ini sambil menggosok bahuku yang pedih. Yusra tayang muka cemberut.
"Yalah, akak tak usik dah! Yusra sihat?"
"Alhamdulillah, sihat kak. Akak sihat? Dengar cerita orang tu muntah-muntah hari tu. Dah ada ke tu?" Giliran dia pula yang tersengih mengusik.
"Hesy, akak gastriklah!" Aku senyum, menutup satu rasa aneh di hati. Sejak dari hari itu, tak henti-henti orang mengusik aku. Dan setiap kali itu jugalah aku terasa sesuatu.
"Akak pergilah tengok tiga orang jantan dalam kereta tu. Tak tahulah apa nak jadi. Yusra pergi dekat umi sekejap ya. Nanti kita gosip!" Dia kenyit mata dan terus menghilang.
YOU ARE READING
SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)
Teen FictionBerjumpa, tak pernah. Bertegur sapa apatah lagi. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba dia dilamar seseorang yang tidak dia kenali. Dan tiba-tiba, dia sah bergelar seorang isteri. Si Pilot yang penuh rahsia. "Najla percayakan abang, aba...