going back to PERKESO's. first born got real duty.
"Umi!"
Teriak satu suara garau dari atas tangga. Semua mata memandang ke arahnya. Zafril tayang muka cemberut dia sambil melangkah mendekati kami.
"Ini bukan bakal menantu. Ini bakal menantu hantu!" marah Zafril lagi. Siap dijelingnya budak perempuan itu.
Aku pandang Zafril dan bakal menantu umi bersilih ganti. Mereka sedang berbalas pandangan tajam. Melihat ketegangan antara mereka, barulah aku sedar sesuatu.
"Eh, kau ingat aku ada hati nak kahwin dengan kau? Muka pun macam jamban tak siap!" bidas si perempuan pula. Yakni aku yakin, dia adalah Yusra, yang selalu diceritakan oleh umi.
"Habis tu, asal kau datang sini?" Zafril menyoal tidak puas hati.
"Eh, suka hati akulah, ini rumah jiran aku!"
"Eh, hello? Assalamu'alaikum. Jiran kau tu adalah aku. Jadi, silalah angkat kaki dah keluar."
Allahu, budak budak ni. Bilanya nak habis?
"Zafril, Yusra, sudah! Kamu berdua ni asyik nak bertegang urat je bila jumpa. Umi kahwinkan nanti baru tahu!" Umi menegur.
Zafril dan Yusra masing-masing membuat muka geli geleman apabila disebut soal kahwin. Tapi mereka tak komen apa-apa. Takut kena marah barangkali. Aku yang tengah tengok ini terpaksa tahan ketawa. Seksa, tahu?
Zafran di sebelah aku hanya menggeleng kepala. Mungkin sudah terbiasa dengan sikap mereka yang seperti Godzila VS. Kong itu.
Kami dijemput makan oleh umi. Bila dah sebut makan, berlagu-lagulah perut aku yang comel ini. Sudahlah yang terhidang itu betul-betul favourite aku!
Ayam Masak Merah! Lauk lainnya, ikan goreng dengan sambal belacan. Pun favorite juga! Sekali masuk mulut, terus terasa nikmatnya.
"Sedapnya umi... Nanti nak minta resipilah," pujiku, ikhlas. Zafran di sebelah juga diam, menikmati hidangan.
"Makanlah banyak-banyak. Semua ni Yusra yang masak. Umi tolong goreng ikan je."
"Alah, Kak Najla. Saya pun main bedal baca buku resipi je. Beli kat kedai buku sebelah klinik kat pekan tu," ujar Yusra, merendah diri.
Walaupun sebaya, dia tetap memanggilku kakak. Sebagai tanda hormat kerana aku telah berkahwin dengan Zafran yang mempunyai pangkat abang-abang.
"Itu yang bagus tu. Praktik awal-awal. Nanti dah kahwin tak adalah kekok masuk dapur. Macam Kak Najla kamu ni."
Aku pandang Yusra yang hanya tersengih lalu mengangguk. Zafril di sebelahnya tayang muka toya. Tapi makan bukan main berselera.
"Wah, untunglah Zafril, kan? Nanti balik kerja penat-penat, Yusra dah sediakan makanan atas meja makan." Aku mengusik.
Dan-danlah dua ketul makhluk yang duduk bertentangan dengan aku itu terbatuk-batuk. Sorang tercekik nasi, sorang lagi tersedak air.
Itulah jodoh namanyaa. Sama-sama tersakiti.
"Sebelum kau kena simbah dengan air lemon ni, baik kau diam, kak." Zafril mengugut dengan muka yang memerah. Merah sebab malu atau sebab tercekik, aku tak tahu. Aku hanya tayang senyum tidak bersalah.
Okay, sambung makan.
-----------------
Aku perhatikan saja umi dan abi yang asyik melayan Anas, cucu kesayangan mereka. Suka aku tengok Anas ketawa riang bersama mereka.
Kali pertama aku ikut Zafran pulang ke rumah ini bersama Anas, umi sampai melutut di kakiku, memohon maaf. Dia rasa seperti telah menjerat aku kahwin dengan anaknya.
YOU ARE READING
SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)
Fiksi RemajaBerjumpa, tak pernah. Bertegur sapa apatah lagi. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba dia dilamar seseorang yang tidak dia kenali. Dan tiba-tiba, dia sah bergelar seorang isteri. Si Pilot yang penuh rahsia. "Najla percayakan abang, aba...