I start something that we could not find the beginning
- estelle -ˑ༄ؘ ۪۪۫۫ ▹▫◃ ۪۪۫۫ ༄ؘ ˑ
Lima tahun lalu.
Medina baru habis peperiksaan akhir untuk subjek Business Law di blok fakulti. Dia rakan karibnya sejak sekolah menengah, Anis bersama-sama merancang untuk pergi ke Manes Café untuk buat ulangkaji bagi subjek seterusnya, Management Accounting.
"Satu tahun lagi, Dina! Satu tahun lagi." Anis menaikkan jari telunjuknya didepan muka Medina.
"Setahun lagi, awak dah tak payah tengok muka kita." Medina menayang muka sedihnya.
"Eleh, ayat sama awak kata dekat kita lepas SPM dulu..." bebola mata dijeling keatas. Konon tak jumpa dah, tup tup kerja dekat company sama nanti.
"Dah takde modal. Ulang ayat sedih tu jela." Mereka berdua tertawa riang.
Medina melilaukan biji mata bagi melihat sekeliling sekiranya ada tempat duduk dimana-mana. Mencari tempat yang sedikit terceruk supaya tidak menganggu orang lain. Mereka mungkin akan berlama disini.
"Sana, Dina. Ada orang baru bangun." Anis menunjuk kearah dua tempat duduk yang pelanggan sebelum mereka telah bangun. Mereka berjalan menuju kearah itu perlahan-lahan supaya tidak terlalu nampak bahawa mereka ingin kesana.
"Takde hallah. Kalau kau boring datang je sini. Banyak kerja aku boleh bagi kau, Maro."
Medina dan Anis berselisih dengan dua lelaki yang baru bangun tadi. Meja yang ada dua cawan yang sudah kosong mereka lap-lap sedikit, tidak menunggu pelayan kafe datang buatkan.
"Cik! Sorry, tak apa saya buat." Seorang pelayan kafe mengambil alih kerja yang sedang Medina lakukan.
"Tak apa, tak susah pun." Medina hanya membalas tanpa senyuman.
"Awak dah study sampai mana?"
"Kita...dah masuk chapter 7, harini nak revise chapter 8 dengan 9 je." Medina membalas sambil tangan menyelak-nyelak nota yang telah dia siapkan. Nota last minute, hehe.
"Nak tiru!"
DK menghantar sahabatnya untuk ke kereta. Tapi dari tadi, si dia tu asyik pandang kebelakang, macam ada tertinggal awek dekat tempat duduk sampai apa dia cakap pun tak dilayan.
"Woi, Maro. Kau pahal? Tinggal awek kat belakang ka?" dia menepuk bahu sahabatnya.
"Hah? Tak...aku tengok, tu staff kau."
"Staff aku? Amboi kau berkenan dekat lelaki pulak ke sekarang? Sejak-sejak duduk Australia ni, dah tukar taste?" DK tertawa dengan lawaknya sendiri. Sahabatnya itu masih saja menoleh-noleh ke belakang.
"Woi!"
"Kau kenal perempuan tu?" Terus soalan ditanyakan sebaik dia sampai dikeretanya.
"Perempuan mana?"
"Yang selisih dengan kita tadi, ada dua orang perempuan. Yang ikat rambut tu, kau kenal?" Sambil membuka pintu kereta dan enjin dihidupkan dia bertanya pada DK.
"Rasanya tak kenal...tapi macam selalu datang. Student rasanya." Dia menjawab sambil menjenguk-jenguk, kot-kot boleh nampak muka siapa yang sahabatnya katakan tadi.
"Oh...takpa lah. Aku blah dulu. Nak pergi surprise Taqif pulak." Dia bersalam cara mereka dan menepuk bahu DK perlahan. BMW M6 putihnya terus berlalu meninggalkan Manes Café milik teman wanita sahabatnya itu dan pejabat rakan karibnya yang satu lagi pula dituju.
YOU ARE READING
Cinta Asmara : Our Romantic Love
RomanceLà Loka Love Series; Book 1 Asmara Loka x Cinta Medina "Time heals the wounds, but never fade the scars." ⚠️Originally written by adestelle. ⚠️Mentions of domestic violences, religious cult, pedophilic behavioursm, et cetra. ⚠️ Timestamp to avoid pl...