Marwan dan Puan Sri Cahaya keluar ke pasaraya untuk mencari barang-barang kelengkapan buat Medina. Esok dia dah boleh keluar, dia akan dibawa tinggal bersama mama dan abahnya. Marwan ada rumah sendiri."Ma, tak sempat nak tanya pasal kakak. Doktor cakap dia kenapa?" Marwan yang setia berdiri disebelah mamanya itu bertanya dengan nada perlahan.
Puan Sri Cahaya memilih baju-baju yang bersesuaian dengan anaknya. Blouse labuh dan skirt rasanya sesuai. Abaya dan jubah dah dia borong di butik-butik baju yang ada disini tadi.
"Abah tak bagitahu kamu ka? Doktor cakap akak tu ada banyak juga luka dalaman, lagi-lagi bahagian abdomen. Nasib baik semuanya tak terlalu teruk." Puan Sri Cahaya buka cerita. Tangan dan mata masih fokus pilih baju. Perempuan memang multitasker, boleh bergosip sambil fikir OOTD.
"Dr cakap ada banyak luka dan parut fizikal dekat badan kakak. Mama pernah nampak dekat lengan dia ja, banyak juga parutnya."
"Memang doktor syak luka tu disebabkan oleh penderaan fizikal." Puan Sri Cahaya bersuara perlahan saja. Tak mahu didengari orang luar. Walaupun di butik itu hanya ada mereka dan bodyguard saja.
"Itu tak payah tunggu doktor cakap, ma. Kita sendiri saksi dia dera kakak." Marwan berkata malas.
"Hari ni ada test dengan doktor O&G, mama risau dengan results nanti." Puan Sri Cahaya paling risaukan dengan ujian yang ini. Ujian berkaitan dengan keperempuanan.
Subur atau tidak? Rahim bermasalah kah? Paling merisaukan, ada unsur penderaan seksual atau tidak pada anak perempuannya itu. Doktor sebelum ini katakan, dia suspek bahawa Medina ada dikenakan penderaan secara seksual juga.
"Tak payah risau mama. InsyaAllah semua okay." Marwan cuba tenangkan mamanya. Dia pun tak tenang sebenarnya, risau juga.
"Kakak tu lain sangat dah sekarang. Mama risau pula tengok dia. Mama harap minggu depan dia dah okay sikit, boleh buat mental dengan emotional evaluation."
"Ini saja lah, ya?" Puan Sri Cahaya kata pada pengawal peribadinya yang setia memegang berbaris penyangkut baju yang dia pilih.
"Wan rasa dia bukan cuma perlukan mental and emotional evaluation. Akak tu perlukan evaluation dari ustazah juga tu," dia baru mahu mula buka cerita pihak dia pula.
"Kenapa cakap macam gitu? Ada apa jadi, Wan?" Puan Sri Cahaya tidak senang duduk.
"Nanti Wan cerita." Marwan bayar baju-baju untuk Medina itu semua.
Mereka berdua beriringan keluar dari butik pakaian itu. Tangan mamanya tidak dilepaskan. Mereka jalan melepasi satu kedai buku.
"Ma, tengok kedai buku jap. Beli buku untuk akak." Marwan bersuara dan hanya dituruti oleh mamanya.
"Encik, buku-buku islamik ada di bahagian mana, ya?" Marwan tanya pada pekerja kedai buku tersebut. Dia dibawa kearah satu rak buku yang dipenuhi koleksi buku jenre islamik karya pelbagai penulis.
"Ni, buku ni macam famous je," Puan Sri Cahaya menunjukkan sebuah buku Secret of Devine Love. Marwan ambil terus.
Beberapa buku lain turut dia rembat. Asal ada kaitan dengan kehidupan sebagai seorang muslim dan bab perkahwinan, dia angkat saja.
"Semuanya RM 263," bayaran dibuat dan mereka terus keluar.
"Akak dah habis test ka, ma?" Dia tanya pada Puan Sri Cahaya yang sedang menilik telefon bimbitnya.
"Baru buat physical examination, urine test dengan ambil sample tissue. Pap smear, ovulation test dengan STD test belum buat lagi. Sambung pukul 2 nanti katanya." Puan Sri Cahaya menerangkan panjang.
YOU ARE READING
Cinta Asmara : Our Romantic Love
RomanceLà Loka Series; Book 1 Asmara Loka x Cinta Medina "Time heals the wounds, but never fade the scars." ⚠️Originally written by adestelle. ⚠️Mentions of domestic violences, religious cult, pedophilic, et cetra. ⚠️ Timestamp to avoid plagiarism. Start d...