Asmara menunggu sahabat-sahabatnya untuk naik ke ruang dia biasa membuat kerja di rumah mamanya ini. Janji mereka nak datang jam 2 petang, ni dah 2:45 pun belum nampak bayang."Woi," DK menegur Asmara yang sedang khusyuk menilik dokumen atas mejanya. Yang lain ikut sama masuk dibelakang DK.
"Duduk," tenang saja dia bersuara. Dokumen itu semua dia kemaskan dan dibawa bersama kearah empat sahabatnya. Ada tiga fail semuanya.
"Family Medina dah sampai, ada dekat bawah," Taqif memberitahu lelaki itu. Asmara hanya angguk. Dia tidak boleh turun selagi dia tidak bincangkan hal sebesar ini bersama sahabatnya
"Ada apa?" Aiman tanya.
Asmara hanya tenung meja di depan. Menyusun ayat dalam kepala. Senyum naik sesekali.
"Kenal lelaki tu?" Dia tunjuk pada fail didepan mereka. Taqif yang paling dekat ambil fail tersebut, dia buka dan keluarkan kertas didalamnya. Setelah dia baca, dia serahkan pula pada DK dan seterusnya Aiman.
"Tunku Imran Zakuan, keturunan bangsawan lama Melaka. Ada apa?" Aiman berikan apa yang dia tahu. Itu saja pengetahuan yang dia ada, seorang lelaki yang asalnya dari keturunan entah ke berapa bangsawan Melaka zaman dulu. Keturunan mereka masih teguh kalau tidak salah.
"Apa business yang dia buat yang kau tahu?" Asmara soal.
"Interior design? Something bout landscape design consultantation," DK mencelah pula.
"More." Asmara arahkan. Berikan dia lebih informasi.
"Nothing..." Mereka geleng.
"Any romance rumors?"
"Married." Aiman jawab.
"To?"
"Laili Haliza, anak tiri Dr. Khalil Helmi. Owner KH Medical Center." Aiman balas lagi. Yang lain diam kerana mereka tak berapa tahu.
"More."
Aiman geleng lagi. Tiada apa-apa yang dia tahu berkaitan lelaki yang dipanggil Tiz itu.
"He's married to multiple woman. Medina, she was the third legal wife." Asmara memberitahu sambil tangannya meletakkan lagi satu fail diatas meja depan mereka. Raymond turut letak iPad yang sudah dia buka gambar-gambar yang perlu mereka teliti.
Aiman ambil fail yang Asmara letak, DK ambil iPad. Taqif menunggu giliran.
"Third? Who are the first and second?" Taqif tanya sekadar memenuhi ruang lengang.
"The first one is Laili Haliza, 36. Married 13 years ago masa Laili berumur 23 tahun. He abandoned her in Acheh, Indonesia eight years ago."
"Bro, Dr. Khalil went crazy because of his daughter's death, right?" Taqif tergamam, riaknya terkejut. Kata-kata dia mengundang anggukan dari Asmara.
"Lapan tahun lepas, dia reka cerita pada Dr. Khalil kata Laili dah mati masa diorang pergi bercuti selama sebulan di Eropah. Speed boat accident. Badan dia hancur kena putar kipas enjin speed boat tu. Tapi sebenarnya," gambar-gambar yang DK tengok dia tunjuk pada Aiman dan Taqif.
Seorang wanita berkulit putih, bertudung labuh, berpakaian sopan dan ayu. Kelihatan seperti sedang berlari atau bermain dengan anak-anak kecil di perkampungan terpencil di sekitar pantai Acheh. Gambar itu diambil dalam jarak yang boleh tahan dekat.
"Laili Haliza masih hidup.
Mayat yang dia bawa balik dan tunjukkan pada Dr. Khalil adalah mayat orang lain. Perempuan yang dia 'main' dekat Croatia semasa bercuti disana. Perempuan tu mengandung, jadi Tiz dituntut untuk bertanggungjawab atas anak yang ada dalam perut perempuan tu. Nak selesai masalah, dia tolak perempuan tu dari speed boat dan..." apa yang dilakukan Tiz tu Asmara sendiri pun tak boleh nak cakapkan. Kejam nak mampus!
YOU ARE READING
Cinta Asmara : Our Romantic Love
RomanceLà Loka Love Series; Book 1 Asmara Loka x Cinta Medina "Time heals the wounds, but never fade the scars." ⚠️Originally written by adestelle. ⚠️Mentions of domestic violences, religious cult, pedophilic behavioursm, et cetra. ⚠️ Timestamp to avoid pl...