Medina tidak masuk kerja hari ini. Sudah empat hari dia terperuk saja dalam bilik sejak Sabtu lalu, selepas adiknya beritahu dia berkaitan Asmara. Bukan dia marah, dia cuma belum bersedia. Dirasakan seperti ada yang tidak selesai antara dia dan Asmara, jadi dia tidak mahu tambah lagi perihal antara mereka berdua."Bah..." Medina mendekati abahnya yang sedang menyiram pokok ulaman yang dia tanam.
"Eh, Dina. Ada apa anak abah?" Tan Sri Malik matikan paip air dan dilepaskan di tanah. Dia berjalan kearah Medina perlahan.
"Hm, Dina nak borak sekejap. Pasal hal pinangan tu," Medina mainkan jari tangannya bersama.
"Ha, ada apa? Cakap dengan abah," bahu anaknya dirangkul dan tubuh kecil itu ditarik kearah gazebo sebelah kolam renang.
Mereka duduk bersebelahan.
"Hm... boleh tak Dina nak minta... masa." Medina pandang abahnya.
"Mungkin, ambil masa untuk berkenalan sekejap. Sebulan dua," Medina berkata cermat.
Tan Sri Malik menaikkan keningnya. Dahi digaru.
"Medina, ada rasa nak bantah perkahwinan ni ka? Ada rasa nak tolak pinangan?" Pendapat dari mulut anaknya itu ingin didengari sendiri. Sebagai bapa, dia dapat rasakan Medina berat hati.
Medina tidak menjawab sebaliknya dia hanya tunduk menekur jemari sendiri.
"Ada apa? Bagitahu abah."
Nafasnya ditarik dalam. Medina buka satu per satu perasaannya pada Tan Sri Malik.
"Abah akan bagitahu pihak Asmara. Dina jangan risaulah, ya? Pasti mereka faham." Tan Sri Malik menenangkan gundah jiwa anak perempuannya itu.
ˑ༄ؘ ۪۪۫۫ ▹▫◃ ۪۪۫۫ ༄ؘ ˑ
Marwan memimpin tangan Medina kearah restauran yang sudah dijanji dengan Asmara. Mereka akan berjumpa sendiri hari ini.
Sejuk tangan Medina. Menggigil sikit, punyalah takut nak jumpa dengan bakal pasangan dia.
"Have you decided?" Marwan tanya.
Soalannya dibalas dengan anggukan. Kepala otak Medina masih lagi ragu-ragu dengan keputusan dia buat, tapi hatinya kata ini yang terbaik. Istikharahnya juga telah membenihkan harapan baru.
"Reserved under Asmara Loka," Marwan kata pada penyambut pelanggan dihadapan restauran mewah itu.
"Here, sir." Mereka diiring menuju kearah satu meja bersebelahan cermin tingkap yang menampakkan kereta di jalan raya dibawah.
"Maro, Ray," Marwan berjabat tangan dengan dua lelaki itu.
"This is my sister, Medina. Dina this is Asmara, and this is Raymond."
Medina masih seperti biasa, tunduk rapat ketanah. Hanya anggukan halus dapat dilihat. Padahal dulu dia biasa saja berborak dengan Ray dan Asmara.
"Duduklah," Asmara bersuara apabila tiada sahutan dari Medina.
Marwan biarkan Medina duduk di bahagian dalam, sebelah dengan cermin dan berhadapan dengan Asmara sementara dia berhadapan dengan Ray.
"Order," Ray angkat tangannya memanggil pelayan.
Mereka memesan makanan dan menjamah makan tengah hari. Perbincangan sepanjang makan adalah hal-hal perniagaan. Perkembangan masing-masing dan lain-lain.
Dengan perbualan antara Marwan dan Asmara, Medina dapat tahu bahawa Asmara baru saja pulang dari Australia tiga minggu lepas setelah dia menghabiskan masa dua tahun menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam perniagaan hotel di sana.
YOU ARE READING
Cinta Asmara : Our Romantic Love
RomanceLà Loka Love Series; Book 1 Asmara Loka x Cinta Medina "Time heals the wounds, but never fade the scars." ⚠️Originally written by adestelle. ⚠️Mentions of domestic violences, religious cult, pedophilic behavioursm, et cetra. ⚠️ Timestamp to avoid pl...