ˑ༄ؘ ۪۪۫۫ ▹▫◃ ۪۪۫۫ ༄ؘ ˑ"Habib, Medina minta ampun." Medina mencapai kedua kaki Marwan yang berlalut kasut Nike dan kaki itu dicium bergilir-gilir. Kata ampun tidak lekang dari mulut.
"Akak, jangan buat macam ni lah!" Marwan menolak kuat tubuh Medina hingga wanita itu hampir tersungkur. Mujur saja dia sempat paut kembali tubuh kecil itu.
"Akak, tengok aku kak. Ini aku, Marwan. Adik kau, kak!" Marwan menghonggar badan Medina sikit. Mata wanita itu tertutup dan air mata tidak henti mengalir.
"Kak, tengok aku."
Perlahan, Medina sedar akan suara yang jarang dia dengari.
Suara itu tidak menengking-nengkingnya.
Suara itu tidak memarahi dia.
Tangan itu tidak mengasari dia.
"Cinta Medina. Ni aku, adik kau, Chaliff Marwan. Kembar kau." Medina membuka matanya perlahan-lahan.
Dengan berkabur air mata, Medina nampak wajah yang sudah lama dia rindui. Semakin lama, semakin banyak air mata yang dia tanggung.
"Wan, kenapa ni?" Tan Sri Malik bertanya pelik. Dia buka pintu, terus nampak kedua anaknya berlutut di lantai dengan Medina menangis-nangis.
"Bah, akak..."
"Ma, bah?" Medina bersuara tidak percaya. Matanya dikelipkan agar jatuh air mata itu. Lansung dia dalat lihat sosok tubuh kedua orang tuanya.
"Abang?" Dia berpaling pula pada Marwan.
Ketiga ahli keluarga yang paling dia rindu kini ada dihadapannya.
"Ma... abah..." Sayu dan berat hati menanggung rindunya, Medina cuba bangkit dan mendapatkan kedua orang tuanya yang telah lama dia diharamkan berjumpa.
Marwan bantu memapah Medina bangkit dan Tan Sri Malik serta Puan Sri Cahaya terus meneru kearah anak perempuan mereka.
"Anak mama abah, Dina sayang," tidak tertahan sakit mereka berdua. Tiga tahun tidak diizinkan untuk bertemu, akhirnya hari ini mereka kembali bersatu.
"Abah rindu Dina, nak." Tan Sri Malik menarik kepala Medina dan kepala itu dicium bertalu-talu.
Medina anak yang lebih rapat dengan dia berbanding mamanya. Kemana saja Tan Sri Malik pergi, pasti Medina akan ada bersama. Macam bayang-bayang!
Tetapi sejak menikah dengan Tiz, lelaki itu katakan bahawa Medina tidak suka berjumpa dengan orang lagi. Dia lebih bahagia hidup dengan ibu mertuanya di rumah mereka yang agak terpencil dan jauh dari bandar.
Hormat akan keputusan anaknya yang telahpun membuang keluarga sendiri, Tan Sri Malik redha kehilangan permata hatinya, anak kesayangannya.
"Abah minta maaf, abah lambat bawa Dina balik. Abah minta maaf abah percayakan Tiz."
"Abah minta maaf, abah pilih Tiz." Pelukannya dieratkan.
"Mama ada, Dina." Puan Sri Cahaya menyapu air mata anaknya lembut. Dia berikan pelukan paling erat bagi menandakan bahawa dia ada bersama anaknya itu.
"Dina minta maaf, ma, abah. Dina minta maaf Dina tak balik lama," Medina melutut dikaki kedua itu bapanya.
"Dina terpaksa ikut cakap habib. Habib tak izinkan Dina jumpa mama dan abah," Medina jatuh badan lalu mencium kaki ibu bapanya. Tindakannya mengejutkan mereka berdua.
"Dina!" Puan Sri Cahaya menolak Medina menjauh kerana dia terkejut.
"Bangun, sayang. Dina rehat dekat sofa dulu. Wan tolong sini," Puan Sri Cahaya memanggil anak lelakinya untuk angkat Medina duduk di sofa.
YOU ARE READING
Cinta Asmara : Our Romantic Love
RomanceLà Loka Love Series; Book 1 Asmara Loka x Cinta Medina "Time heals the wounds, but never fade the scars." ⚠️Originally written by adestelle. ⚠️Mentions of domestic violences, religious cult, pedophilic behavioursm, et cetra. ⚠️ Timestamp to avoid pl...