Our Romantic Love : 11

14 0 0
                                    

Asmara mendekati wanita yang sudah lama dia rindui. Dari belakang pun dah cantik, apa lagi bila tengok depan-depan.

"It is still with me. Safe and sound, at all time." Satu key chain dinasour merah jambu yang diberi Medina padanya dulu diletakkan dihadapan wanita itu.

Key chain itu sentiasa bersangkut pada kunci kereta kesayangannya, Porsche Cayenne. Sayang kereta, sayang si pemberi key chain juga. Lah?

Medina lansung tidak berpaling.

"It is time for her to return to it's owner," dia maksudkan dinasour itu.

"Abah selalu panggil orang Medinasour kalau orang marah. Dia kata sebab dulu gigi orang berterabur macam dinasour. Tapi lepas pakai braces, dah cantik dah gigi orang. Ngeee."

Dia ingat bagaimana sengihan Medina untuk tunjuk barisan gigi teraturnya pada dia dulu. Asmara tertawa halus mengingatkan kenangan itu.

"Dinasour belongs to... Medinasour." Asmara menjenguk wajah berpaling menjauhinya itu.

"Go!" Ringkas balasan Medina. Tidak betah dia dengan keberadaan Asmara.

Anis memandang rakannya itu. Riak Medina jelas tidak selesa.

"Terima kasih, encik. Encik pergi dulu, ya?" Anis mengambil dinasour merah jambu itu dan dia beri pada Medina. Senyumannya adalah senyuman menghalau.

Asmara akur. Medina tidak selesa dengan dia. Atau, Medina belum selesa dengan dia...

"Saya pergi dulu.

Until next date, Medina."

Ayat itu...

Ayat dulu.

Asmara langkah menjauhi Medina dan Anis. Sekali lagi dia berpaling melihat kekasih hatinya dulu dari belakang lalu dia tersenyum sendiri.

Setelah rasakan bauan menyengat Asmara makin hilang, Medina lepaskan nafas berat.

"Dina, awak okay? Nak pergi kedai lain ka?" Anis bertanya risau.

"Tak, takpa. Kita okay..." Medina memandang rakannya. Senyum nipis terukir.

"Nak order. Order dinner terus la, nak tak?"

"Boleh ja." Anis mengangguk setuju.

Pelayan kafe datang bersama menu.

"Seafood Mac&Cheese mild spicy, iced lemon honey," Medina membuat pesanan.

"Grilled lamb burger dengan... iced vanilla blue mint," pesanan Anis pula dibuat.

Medina mengambil key chain yang ada diatas meja tersebut. Nak menangis pun ada bila tengok key chain itu.

"Dina... awak kenal dia tadi tu ka? Ka dia kacau awak? Kita report dekat parents awak eh cakap orang kacau awak," Anis gelabah mengeluarkan telefon bimbitnya untuk hubungi Puan Sri Cahaya. Dia ni kaki report.

"Eh tak tak, tak payah call mama la. Kita... tak kenal la dia tu. Biar ja la, orang gila agaknya." Medina geleng untuk hentikan tindakan rakannya.

"Siapa, Maro?" Taqif terus menyerang Asmara dengan soalannya. Tak pernah-pernah Asmara bagi hadiah dekat perempuan random.

"Adalah." Dia senyum senget.

"Malam nanti aku tak turun. Ada hal." Dia terus meninggalkan dua sahabatnya itu dibelakang.

Dia perlu berjumpa dengan Marwan malam nanti. Hasil perbincangan dia dengan adik Medina tu dua tahun lepas, banyak juga yang dia dapat korek. Kononnya nak tolong kes mahkamah wanita itu, padahal nak dapatkan maklumat peribadinya saja.

Cinta Asmara : Our Romantic LoveWhere stories live. Discover now