ˑ༄ؘ ۪۪۫۫ ▹▫◃ ۪۪۫۫ ༄ؘ ˑMasa kini.
Dia melabuhkan duduk diatas kerusi CEO Là Loka Hotel. Kepala dan badan tegap disandarkan bagi melonggarkan otot-ototnya yang seharian tegang.
Letih yang amat mesyuarat sampai empat jam akibat mahu diselesaikan masalah salah satu cawangan hotel di Pulau Tioman.
"Babe!" Suara itu menerjah masuk. Sudah dipesan pada Ray, jangan biarkan wanita itu masuk sesuka hati seperti ini, tapi nak dimarahnya Ray, dia sendiri tahu perangai isterinya itu seperti apa.
Dia mengeluh berat dengan mata terpejam rapat.
"Ada apa ni, Hani?" Baru dengar suara bingit itu saja telinga dia sudah berdesing, kalau didengar masalah Farra Haninah, isterinya itu, pasti meleleh tahi telinga dia.
"Babe, I nak pergi shopping, nak credit card lain," tapak tangannya dihulurkan kedepan meminta kad kredit suaminya.
"I dah bagi tiga kad berlainan minggu ni..." Mata terbuka luas. Keningnya diangkat bertanya.
"Semua limited expenses la, babe. I nak beli handbag Dior baru ni. SA cakap available for me today," Farra Haninah berlalu kearah belakang kerusi suaminya dan badan tegap itu dilurut manja. Keberadaan Ray di muka pintu tidak diendahkan.
"Hani, you boleh tak limitkan sikit perbelanjaan you. Ada sebab kenapa I bagi you kad yang ada had perbelanjaan." Dia lansung tidak terkesan dengan usapan galak itu.
Hatinya panas.
"You ni... you sendiri tahu I suka sangat handbag, lagi-lagi Dior tu. D'Joy tu susah nak dapat tau, limited design. Kali ni je, I janji lepas ni I dah tak minta dekat you lagi." Mukanya ditalakan betul dihadapan muka suaminya.
Dia kembali memejam matanya rapat. Hatinya menggelegak dengan perangai isterinya yang seorang ini.
Melampau-lampau!
"Ayat sama you pernah cakap dekat I masa you beli handbag Hermés, tiba-tiba esoknya you beli rantai Bvlgari." Dia memerli wanita itu.
"Ish! You ni kan, memang tak pernah faham I! Dari dulu sampai sekarang, sama je," Farra Haninah menolak kerusi suaminya hingga kerusi itu terkebelakang menjauhiya.
Makin menggelegak amarahnya.
Mahu saja dia hentak kepala isterinya itu keatas meja, tapi difikirkan segala yang telah dia janjikan pada arwah ayahnya dan kedua mertua, dia biarkan saja rasa dalam hatinya sendiri.
Dia bangun dari kerusi dan dompet dikeluarkan dari poket belakang seluar
"Ambik! Pergi shopping, beli kedai tu sekali," dengan muka bengis, dia melemparkan dua keping kad American Express berwarna emas dan hitam diatas meja kerjanya.
"Berambus!" Pintu ditunjuk dengan muka yang tidak terkawal lagi.
"Fine!" Farra Haninah mengambil dua kad tersebut dan dia terus berlalu keluar.
Asmara memandang dari belakang tubuh isterinya bersarung baju singkat, ketat dan tiada lengan, hanya tertutup pada dada hingga bawah sedikit daripada paras punggung saja. Hatinya pedih melihatkan isterinya seperti itu.
YOU ARE READING
Cinta Asmara : Our Romantic Love
RomanceLà Loka Love Series; Book 1 Asmara Loka x Cinta Medina "Time heals the wounds, but never fade the scars." ⚠️Originally written by adestelle. ⚠️Mentions of domestic violences, religious cult, pedophilic behavioursm, et cetra. ⚠️ Timestamp to avoid pl...