Our Romantic Love : 8

5 0 0
                                    


Puan Alani menyediakan makan malam untuk anaknya dibantu Kak Nab, pembantu rumahnya dan juga peneman sepanjang dia berseorangan di banglo sunyi ini. Anak-anak sibuk kerja, nak buat macam mana kan?

"Maro, meh turun makan." Laungan kuat dari bawah kedengaran. Asmara yang sedang membalas mesej dari Amir mengangkat kepala sekilas.

"Ya, ya. Sekejap." Dia sambung balas mesej seraya bangkit dari birai katilnya.

"Masak apa, ma?" Dari tangga lagi Asmara sudah bertanya.

"Ikan pari bakar dengan air asam," Puan Alani tuangkan air untuk Asmara sementara Kak Nab cedokkan nasi.

"Wah kaya eh? Makan ikan pari," guraunya perlahan. Puncak kepala mamanya dicium sekejap.

"Thank you masakkan untuk Maro, thank you Kak Nab," dia terus duduk di kepala meja. Makanan yang tersedia semuanya kelihatan enak-enak belaka.

"Petang nanti kita pergi jalan-jalan nak tak? Pergi tasik Putrajaya." Puan Alani berkata sambil menggaul makanannya.

"Hm... boleh ja," tak fikir banyak, Asmara terus saja bersetuju.

Seluar pendeknya ditukar kepada sepasang seluar jeans hitam. Rambut yang dibasahkan sedikit tadi dikeringkan semula sambil tangan meraup-raup rambutnya kebelakang. Perfum Gorgio Armani disemburkan pada bajunya dan pergelangan tangan.

"Mama, dah ke belum?" Asmara bertanya sambil jalan melepasi pintu bilik mamanya. Dia menoleh sekilas apabila mendengarkan pintu bilik itu terbuka.

"Dah, jom." Puan Alani hanya mengenakan blouse, seluar palazo dan bertudung sarung biasa.

"Cantiknya. Mama siapalah ni kan?" Asmara memeluk bahu mamanya manja.

"Mama Asmara dan Indera Loka," puan Alani merangkul pinggang anaknya. Anak sulung dia ini memang pandai ambil hati, mulut manis sentiasa memuji.

"Kalau sempat nanti kita singgah la IOI ya?"

"Hm itu tujuan sebenarnya, kan?" Asmara menjeling Puan Alani. Tahu dah, konon ajak pergi ambil angin dekat tasik, lepas tu ajak lalu depan IOI nak tengok ramai orang ke tak, tiba-tiba masuk Habib Jewel.

"Tengok-tengok ja," Puan Alani memboloskan diri kedalam perut kereta.

"Mama nak tanya ni... pasal Maro dengan Hani. Boleh?" Puan Alani bertanya sopan, tidak mahu terus menyerang anaknya itu tentang hal sensetif seperti ini.

"Hm, tanya ja." Asmara menoleh kearah mamanya sekilas. Dia toleh sekilas pada mamanya sebelum kembali fokus pada pemanduan.

"Bila pergi sahkan talak?"

"Selasa minggu depan." Nada suaranya biasa.

"Ada jumpa dengan Hani atau mummy daddy dia ka lepas apa jadi haritu?"

"Ada. Mummy dengan daddy datang sebab nak settlekan hal kami, settle luar mahkamah konon. Maro taknak jumpa Hani, dia hantar mak bapak dia pula pujuk Maro."

Jawapan anaknya buatkan dia rasa lebih serba salah. Penyesalannya terhadap anaknya itu makin menggunung kerana dia letakkan Asmara dalam keadaan seperti ini.

"Bukan salah mama. Bukan salah arwah papa." Asmara terus potong fikiran mamanya.

"Ma, apa jadi semuanya ada sebab. Lagipun, kalau bukan sebab Maro kahwin dengan Farra Haninah, mesti Maro takkan ada disini sekarang." Asmara senyum ikhlas pada mamanya.

"Daddy yang selamatkan company arwah papa. Maro tolong sikit-sikit ja," dia genggam tangan kiri mamanya.

"Mama tak sangka Hani macam tu. Papa pun tak pernah sangka..." Tak sanggup Puan Alani terus berkata.

Cinta Asmara : Our Romantic LoveWhere stories live. Discover now