Our Romantic Love : 10

6 0 0
                                    

Dua Tahun Kemudian

Asmara melihat keliling apartmen kosong itu untuk kali terakhir memastikan dia tidak meninggalkan barang-barang penting.

"Maro, lets." Ray datang bersama borang yang telah diisi dan ditandatangani. Borang menandakan Asmara telah tidak lagi menghuni apartmen itu.

"Ya, jom." Bagasinya diheret ke lif.

Mereka menaiki e-hailing ke Canberra Airport.

Kini tamatlah perjuangan memperluaskan empayar perniagaan Asmara di negara orang. Dia akan pulang ke Malaysia dan mula meneguhkan empayarnya di tanah air sendiri pula.

Dua tahun lalu dia terpaksa kembali ke Australia kerana keadaan ekonomi syarikat yang tidak stabil ditambah pula dengan kejadian bencana alam taufan yang menyebabkan beberapa bangunan hotel tepi pantai roboh. Ini semakin memberikan kerugian pada syarikatnya.

Atas nasihat orang sekeliling, Asmara akhirnya membuat keputusan untuk menutup ibu syarikat Là Loka Hotel di Brisbane, seterusnya satu per satu cawangan hotelnya ditutup.

"Aku dah tanyakan pada Indera pasal update keadaan di Malaysia. Resort di Cherating dah 95% siap, hotel di Pulau Tioman dah selesai urusan take over, jadi kena fokus dengan renovation then interior design." Mereka sambung membincangkan perihal perniagaan di Malaysia.

Sebelum ini, perniagaan yang dijalankan di Malaysia memakan modal hampir sepenuhnya dari hasil untung di perniagaan di Australia, kini tidak lagi. Langkah menutup semua cawangan hotelnya di Australia telah membolehkan cawangan di Malaysia berdiri dengan sendirinya dan tidak lagi bergantung harap dengan sumber kewangan dari Austalia.

"Indera boleh handle berapa lama lagi? Balik nanti aku nak rehat sebulan dua." Asmara sudah letih memikirkan perihal perniagaannya di sini. Nak juga berehat sementara Indera, adiknya ada memegang jawatan COO di Malaysia.

"Rasanya boleh ja kau nak cuti. Indera is doing well so far," Ray melihat bagaimana adik bosnya itu jalankan perniagaan, bagaimana dia uruskan kekangan dan semuanya kelihatan baik-baik saja.

"I heard he's got help from this one businesswoman, they build a company together."

Ayat Ray membuatkan Asmara memandang dia pelik. Berita yang dia tidak pernah dengar, adiknya bekerjasama dengan orang lain tanpa pengetahuan dia?

"Bukan untuk urus hotel, diorang buka company investment. Quantumn metal and gold investment," dia sambung jelaskan pada Indera.

"Hm..." Asmara angguk saja. Adiknya sudah boleh diharapkan sekarang, dah boleh urus syarikat dengan lebih baik.

Dulu, Indera memang yang pertama melibatkan diri dengan perniagaan arwah papa mereka, Arman Loka. Sejak habis SPM, Indera memang sudah cakap awal-awal;

"Indera tak nak sambung belajar. Indera nak kerja dengan papa."

Arwah papa mereka pada ketika itu pun izinkan saja kerana Asmara memang tidak pernah menunjukkan keinginan untuk terlibat dengan perniagaan logistik seperti perniagaan papa, jadi elok juga lah Indera mahu belajar melalui pengalaman. 

Ijazah terbaik adalah dari jalanan, kan?

Tetapi tu lah, nak belajar berniaga ni bukan harini belajar esok berjaya, mereka perlu lalui satu fasa dimana perniagaan papa yang pada ketika itu Indera memegang kuasa sepenuhnya jatuh dan runtuh. 60% perniagaan adalah mendatangkan kerugian.

Pada masa itu juga papa terlibat dalam kemalangan, kaki digilis lori yang menyebabkan kaki papa dah lumpuh. Makan pun guna tiub. Waktu itu lah Asmara diseru pulang ke Malaysia dari Australia.

Cinta Asmara : Our Romantic LoveWhere stories live. Discover now