ˑ༄ؘ ۪۪۫۫ ▹▫◃ ۪۪۫۫ ༄ؘ ˑ
Medina menyiapkan makan tengah hari untuk seisi keluarga. Masakan biasa saja, gulai kepala ikan dan dalca.
"Medina!" Suaminya menyeru dia kuat.
"Ya, habib?" terkocoh-kocoh dia lari mendapatkan suaminya.
Pang!
Sebaik tiba dihadapan Tiz, terus saja pipi Medina menangkap tapak tangan besar itu. Matanya terkebil-kebil memandang suaminya.
"Ada... Medina salah apa habib?"
"Kau bodoh ka?! Mana pergi semua baju aku?" Kepala bertutup khimar itu dicengkam kuat.
"Kenapa semua baju t-shirt aku tak bergosok? Semua... kedut!" Kepala itu ditolak hingga hilang kawalan menyebabkan Medina tersungkur.
"Medina... ada dekat bilik iron, habib. Medina belum sempat ba..."
"Bodoh! Kau ni isteri jenis apa? Benda simple macam ni pun,"
Pang!
"tak boleh nak buat ka?"
Pang!
Kiri kanan pipinya menangkap tamparan dari suaminya itu. Kepalanya pusing dan pandangannya mula berbinar.
"Kau kalau nak menyusahkan aku, tak payah hidup. Medina!" Kepala isterinya yang menunduk dikaki itu dicengkam sekali lagi.
"Sak..." Medina tidak berani habiskan perkataan itu.
"Hmmm..." Medina menahan mulutnya dari berkata apa-apa.
"Kau memang nak jadi isteri derhaka, kan?!"
Tiz mengheret Medina dari kawasan tangga hingga ke ruang tamu utama. Medina ditarik hingga dia terangkat berdiri sebelum tubuh longlai itu dihempas di sofa. Kepala Medina terhantuk pada armrest sofa itu menyebabkan dia menyeringai.
"Marwan, Mak Su buka pintu depan," Mak Su memberitahu Marwan dari dalam panggilan itu.
Sebaik dia dengar Tiz menengking Medina dari atas, Mak Su laju mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon Marwan.
Marwan dan kedua ibu bapanya sudah tiba diluar rumah itu dari awal pagi kerana semuanya telah dibongkarkan oleh Mak Su dan Pak Man.
Pak Man yang membuka pintu pagar rumah banglo itu dan membenarkan Marwan serta ibu bapa Medina masuk dan Mak Su pula buka pintu rumah banglo majikannya itu.
"Zakuan!"
Libasan tali pinggang Tiz pada badan isterinya yang terbaring layu diatas sofa itu terus terhenti. Dia memandang kearah suara yang memanggil namanya.
"Ab... abah." Tiz turukan tali pinggang itu. Medina tidak mampu membuka matanya tapi dia dapat tangkap suara itu.
Suara abah, mama dan abang. Masing-masing memanggil dia. Rasa juga tepukan lembut pada pipi dan lengannya.
"Ma... ba..." Medina cuba bangkit namun dia gagal.
"Bangsat kau, Zakuan! Apa kau buat pada Medina?" Marwan tidak terkawal amarahnya lagi. Dia terus menyerang Tiz. Tumbukan padu dilayangkan pada wajah tersebut bertubi-tubi. Tidak sekali dia benarkan Tiz bernafas.
"Hei! Tiz!!!" Puan Zalia meluru kearah anaknya yang dibelasah oleh adik kembar Medina.
"Lepas anak aku. Heii!!!" Nyaring suaranya menjerit.
![](https://img.wattpad.com/cover/353530782-288-k480117.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Asmara : Our Romantic Love
RomanceLà Loka Series; Book 1 Asmara Loka x Cinta Medina "Time heals the wounds, but never fade the scars." ⚠️Originally written by adestelle. ⚠️Mentions of domestic violences, religious cult, pedophilic, et cetra. ⚠️ Timestamp to avoid plagiarism. Start d...