dan izinkan aku, memeluk dirimu kali ini saja, 'tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
-Cinta Dalam Hati, Ungu-ˑ༄ؘ ۪۪۫۫ ▹▫◃ ۪۪۫۫ ༄ؘ ˑ
Empat tahun lalu.
Medina keluar dari kereta Mini Cooper coklat miliknya. Dia dihadapan pintu masuk utama Là Loka Hotel, hotel milik Asmara. Mereka berdua sudah berjanji untuk jumpa disini seawal jam 9 pagi kerana perancangan mereka penuh hari ini.
Hari terakhir mereka bersama.
"Miss, Mr. Loka is waiting for you upstairs." PA Asmara setia menyambut Medina di pintu gerbang hotel seperti kebiasaannya.
"Takpa, saya naik sendiri." Medina senyum nipis.
Dia masuk kedalam lif peribadi Asmara. Cermin lif yang memantulkan penampilan elegennya ditilik. Dress satin beige separas lutut diperbetulkan sedikit dibahagian dada untuk pastikan terletak elok, rambut hitam berkepuk dilurut agar kemas dan makeupnya juga dipastikan tidak rosak.
"Welcome, little lady."
Sebaik pintu lif terbuka, dia disambut dengan tubuh tinggi teman lelakinya memegang sejambak bunga pelbagai warna. Senyum itu tidak sekali lekang selama mereka bersama.
"Hello, my Mr. Romantic." Medina melangkah keluar dari lif dengan tangannya dalam genggaman Asmara.
Bunga itu berubah milik kini didalam tangan Medina pula. Itulah dia Asmara, setiap kali dating, mesti akan datang bersama bunga, tak pun hadiah seperti teddy bear atau barang-barang berjenama.
"Beautiful one for the...last time." Sambil dia menilik setiap kelopak bunga Medina bersuara. Wajah Asmara masih lagi kekal tenang walaupun jiwanya sudah bergelora menahan sakit yang dia rasa.
"Jom, ada breakfast date." Asmara menarik teman wanitanya kearah penthouse miliknya yang terletak ditingkat paling atas bangunan hotel. Pintu tidak bertutup dengan ada seorang pekerjanya menunggu dihadapan pintu rumah itu.
"Wow... cutenya!" Medina disambut dengan meja penuh perhiasan berwarna merah jambu, diatasnya ada pelbagai jenis makanan sesuai makan pagi.
"Have a seat, my lady." Dengan senyumannya, Asmara menarik sebuah kerusi untuk teman wanitanya.
"Thank you, Mr. Romantic."
Medina melihat-lihat sekeliling. Disebelah mereka ini ada sebuah kolam renang. Dihujung kolam sana ada tikar berhampar ala-ala picnic pun ada.
"Later we will have a picnic breakfast over there." Asmara menunjukkan kearah yang dilihat Medina, dia tahu wanita itu tertanya-tanya.
"Ehee, I love this already la..." Medina memandang lelaki dihadapannya itu. Pandangan penuh penghargaan terakhir kali.
"Tapi, makan ni dulu. Sana makanan light-light ja, tak kenyang pula nanti." Asmara tertawa diikuti Medina.
"Kita dahla makan banyak." Medina menambah.
"Let's dig in."
Mereka berdua menikmati hidangan makan pagi yang tersedia itu. Ada makanan berat nasi lemak ayam berempah dan teh panas. Tekak Melayu.
Asmara mengambil seketul besar ayam dan dicarikkan menjadi ketulan yang lebih kecil dan pinggan itu dihulur kearah Medina. Tahu teman wanitanya itu tak suka cubit ayam sendiri, jadi dia akan lakukannya.
"Lepasni nak buat apa?" Medina hanya melihat tindak tanduk teman lelakinya itu.
Lepas ni belum tentu boleh tengok lagi.
"Tak banyak... Saya cuma plan nak lepak sini ja, borak-borak. Tengah hari nanti saya bawa Medina pergi shopping. Malam ni pula... saya ada game. Nak bawa Medina pergi tengok saya lawan. Boleh?"
"Boleh." Medina senyum manis.
Dari pagi hingga malam, mereka meluangkan bersama. Kini sudah tiba masa untuk mereka berubah hala.
"Terima kasih, sebab sudi jadi peneman orang selama setahun ni. Mungkin bagi kamu, setahun tu tak lama, tapi bagi orang... rasanya macam orang dah dengan kamu sepanjang hidup orang. Kamu cinta pertama orang." Medina menghulurkan sekeping surat tulisannya pada Asmara.
Asmara adalah lelaki pertama yang dia sayang setelah abah dan abang. Sepanjang hidupnya, boleh dikira berapa orang saja lelaki yang pernah dekat dengan dia.
Dia anak perempuan tunggal, pastinya dijaga rapi oleh lelaki-lelaki disekelilingnya.
"Kamu selalu buat orang happy. Orang suka time kamu bawa orang pergi atas bukit tu, tengok highway dari atas. Kamu bawa orang pergi hiking dulu pun best. First time orang pergi hiking." Medina tertawa apabila dia teringat peristiwa itu.
Mencintai Asmara adalah cinta dalam diam. Mendekati Asmara adalah tindakan yang diambilnya tanpa pengetahuan. Risiko mencintai lelaki itu dia tanggung sendirian. Keperitan hilang lelaki itu juga akan dia lalui tanpa ada sesiapa perasan.
"Orang tahu kamu terkejut dengan semua yang jadi. Tapi percayalah, orang pun lebih terkejut, dan menyesal. Kalau orang tahu abah dah ada calon untuk orang, patutnya orang tak perlu layan kamu dari awal."
"Orang minta maaf orang sakitkan perasaan kamu macam ni, orang tak pernah berniat untuk buat kamu macam ni."
"Orang sayangkan kamu... tapi sampai sini saja hubungan kita."
Asmara menghulurkan pula sekeping surat yang dia tulis untuk Medina.
"Saya berputus asa dengan cinta selama bertahun-tahun. Saya cuma hidup untuk diri sendiri, tapi lepas saya nampak Medina untuk pertama kali tahun lepas, saya rasa ada harapan baru untuk saya. Harapan yang membuatkan saya pentingkan diri sendiri." Rambut panjang yang menutupi wajah itu disangkut pada belakang telinga.
Dia dikhianati oleh kekasih lamanya hingga dia tekad untuk bawa diri. Tumbuh dewasa ditempat orang, membina nama dibumi yang dia tidak kenali sesiapa hingga akhirnya dia menjadi dia yang kini berdiri dihadapan Medina.
Berterima kasih pada luka lama itu, dia sudah berjaya hari ini.
Hadirnya cinta pada Medina tanpa dia pinta. Tidak sekali dia menjangkakan dia akan jatuh cinta dengan wanita seperti Medina. Polos.
"Tak pernah saya sangka, cinta kita ni cinta yang terlarang, cinta yang tak sepatutnya hadir dalam hati masing-masing. Maaf kehadiran saya dalam hidup Medina juga dah buatkan hidup Medina sengsara." Asmara senyum pada teman wanitanya itu.
"Saya yang mulakan hubungan kita, jadi izinkan saya putuskannya juga."
"Bebaslah Medina, bebas dengan cinta Medina yang sudah tertulis. Jangan ada rasa keterpaksaan dalam mencintai lelaki itu nanti."
"Cintai dia dengan tulus dan ikhlas. Jangan khianati cinta dia, kerana saya tahu macam mana sakitnya cinta itu dibalas dusta." Rambut terurai dilurut perlahan. Kepala menunduk itu diusap menyalurkan secebis kekuatan yang dia juga perlukan.
"Saya akan tungggu Medina. Walaupun saya tak akan pernah miliki Medina, saya tetap akan tunggu."
"Saya mampu melepaskan, tapi saya tak boleh janji untuk merelakan."
"Saya mungkin tak akan berkahwin dengan wanita selain Medina." Tawa perit dihujung ayatnya.
Dahi mereka disatukan. Medina mengusap rahang lelaki itu lembut dan lelaki itu menekup tangan halusnya hingga hilang dari pandangan. Mata mereka bertembung menyatakan rasa dalam jiwa.
"Until next date, Medina."
ˑ༄ؘ ۪۪۫۫ ▹▫◃ ۪۪۫۫ ༄ؘ ˑ
Oct 14, 2023
![](https://img.wattpad.com/cover/353530782-288-k480117.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Asmara : Our Romantic Love
RomanceLà Loka Series; Book 1 Asmara Loka x Cinta Medina "Time heals the wounds, but never fade the scars." ⚠️Originally written by adestelle. ⚠️Mentions of domestic violences, religious cult, pedophilic, et cetra. ⚠️ Timestamp to avoid plagiarism. Start d...