Medina bantu Ateh mencedokkan makanan untuk tetamu. Yang lelaki Ateh buatkan, Medina hanya hidangkan untuk tetamu wanita saja.Asmara pandang Medina tak lepas. Setiap tindak tanduk wanita itu diperhatinya teliti, sopan sekali cara cedok kuah, cara cedokkan sambal. Dengan suara lemah gemalai menjemput tetamu makan.
'You have changed a lot, little lady!' Hatinya memuji perubahan wanita yang dia sayang itu.
"Wan, baca doa," seru Tan Sri Malik sebaik dua orang pembantu rumahnya, Ateh dan Mak Jah duduk dimeja makan bersama mereka semua.
Marwan mulakan dengan bismillah dan kesemua mereka mengaminkan doa makan yang dibaca.
Tetamu dan tuan rumah tetap saja berbual rancak sambil menjamah lontong air tangan
Medina. Tapi Medina hanya diam saja. Asmara yang duduk sedikit jauh dari dia dikerling sesekali. Mujur lelaki itu banyak berbual dengan Tan Sri Malik, jadi tidaklah dia nampak Medina yang sesekali menilik wajah kacaknya itu."Dia pergi duduk sana setahun juga, baru balik awal tahun ni ja. Tu yang mula kerja di syarikat kami tu. Dah ada kelayakan, sayang la tak diguna, Maro." Tan Sri Malik bercerita.
"Oh ya ka? Medina pergi kerja juga kat sana?" Asmara menoleh kearah Medina yang sedang memandang dia. Tersentak wanita itu sebelum dia kembali tunduk ke makanan.
Medina geleng sedikit.
"Then? Pergi buat apa? Cari jodoh ka?" Asmara mengusik.
Medina hanya diam, dia tak mahu membalas usikan lelaki itu. Malas layan.
"Dia pergi belajar agama sikit-sikit. Ambil kelas Al-Quran dan Hadis dengan ustazah dekat sana," Tan Sri Malik menjawab melihatkan anaknya yang biar saja soalan Asmara tidak berjawab.
"Hmm, faham." Asmara menoleh kearah Tan Sri Malik kembali dan senyum biasa. Tan Sri Malik turut senyum pada dia, berasa tak enak pula Medina kelakuan seperti itu dengan Asmara, tetamu mereka.
"Sedap ya lontong. Mama suka sambal ikan bilis ni ha, pedas, manis semua cukup rasa," Puan Alani memuji masakan Medina.
"Medina belajar masak dengan siapa?"
Medina menoleh kearah Puan Alani. Dia tutup mulutnya yang sedang mengunyah makanan dan ditelan.
"Dengan Mak Su, pembantu rumah dulu," dia senyum pada puan Alani.
Bangga juga la resipi Mak Su dipuji sedap.
"Pandai masak makanan macam ni, mama tak reti buat kuah lontong, selalu santan jadi berketul."
Puan Alani sambung berbual dengan Puan Sri Cahaya perihal reti masak itu ini.
Asmara kerling kearah Medina yang sedang berbual dengan Mutiara apabila perbualan kaum lelaki tertumpu pada Taqif dan Marwan.
Medina sedang memangku anak Taqif dan Mutiara. Senyum manis dia menyuap buah anggur kedalam mulut Zahara, sesekali dia mengagah budak kecil itu.
"Air nak?" Medina capai segelas air masak yang ada didepannya. Sudu kecil diambil dan dia cedok air untuk disuapkan pada Zahara.
"Dah, mama dah siap. Jom, jangan kacau aunty," Mutiara cuba ambil semula Zahara dari Medina. Kesian pula dibiarkan wanita itu jaga anaknya sampai Medina tak makan sesuap pun lagi.
"Tak apa la, makan la lagi. Tambah lontong, kek yang awak bawa tadi pun dah dipotong, dekat belakang sana," Medina menggeleng pada Mutiara menandakan dia tak apa-apa menjaga Zahara.
"Zahara kacau awak nak makan la."
"Tak apa la, dia tak kacau ibu pun, kan sayang?" Dia senyum pada Mutiara lagi sebelum dia geserkan puncak hidungnya pada pipi Zahara. Isi anggur dicubit kecil dan disuapkan kedalam mulut kecil itu.
YOU ARE READING
Cinta Asmara : Our Romantic Love
Roman d'amourLà Loka Series; Book 1 Asmara Loka x Cinta Medina "Time heals the wounds, but never fade the scars." ⚠️Originally written by adestelle. ⚠️Mentions of domestic violences, religious cult, pedophilic, et cetra. ⚠️ Timestamp to avoid plagiarism. Start d...