Our Romantic Love : 6

9 0 0
                                    


ˑ༄ؘ ۪۪۫۫ ▹▫◃ ۪۪۫۫ ༄ؘ ˑ

Medina ditemani Puan Sri Cahaya sepanjang hari ini. Abah dan adiknya ada mensyuarat petang nanti.

"Dina, kalau Dina duduk sekejap dengan assistant abang boleh? Mama nak balik, masak untuk Dina sekejap," Puan Sri Cahaya bersuara sambil dia melipat baju hospital yang telah dipakai Medina semalam.

"Assistant abang yang mana?"

"Hanif, dia ada dekat luar." Puan Sri Cahaya menjawab tanpa ragu. Dia tidak rasa pelik pun nak minta pembantu anaknya itu jagakan Medina sementara waktu. Tapi riak wajah anaknya pula yang tidak tenteram.

"Le...laki?" Medina bertanya lambat-lambat. Air muka memang tidak boleh dikawal, muka tak berapa setuju.

"Ya..." Mamanya pula menjawab lambat-lambat sambil mengangguk. Medina didekati dan dia duduk disebelah anaknya itu.

"Kalau Dina tak selesa, mama panggilkan nurse perempuan sajalah, teman Dina, ya?" Puan Sri Cahaya mengatakan pandangannya pula.

Dari apa yang dia lihat dalam diri anaknya itu, dia sekarang sudah banyak berubah. Penampilan, percakapan, keperibadian dan lain-lain. Semuanya sudah tidak seperti dulu.

Hanya memakai abaya dan khimar, sarung kaki dan tangan, kasut flat saja. Solekan pun dah tak dicalit pada wajah lansung. Baju hospital yang atas sedikit dari buku lali pun dia komplen semalam. Sampaikan tidur pakai sarung kaki.

Apabila ditanya baju apa yang dia nak, dia cuma jawab belikan dia abaya dan khimar sepasang dua. Diturutkan sajalah permintaan anaknya itu.

"Ha, boleh. Dina nak tidur ja." Medina mengangguk setuju.

"Mama panggilkan sekejap, ya?" Puan Sri Cahaya terus keluar dari wad Medina bersama baju hospital itu. Alang-alang dah pergi panggil nurse di kaunter depan tu, baik dia bawa sekali baju itu untuk diserahkan pada pihak hospital untuk dibasuh.

"Nurse, boleh tolong assign seorang nurse perempuan untuk tengok-tengokkan anak saya dalam bilik 4-12?" Puan Sri Cahaya bertanya sopan saja.

"Boleh Puan Sri. Sekejap lagi saya hantarkan jururawat, ya?"

"Ini, baju yang dah dipakai semalam."
Puan Sri Cahaya serahkan baju itu dan dia berterima kasih pada jururawat bertugas.

Dia kembali kearah bilik Medina.

"I minta seorang nurse untuk tengokkan Dina sementara I balik kejap lagi. Sesekali you jenguk la, ya? Bimbang orang luar ada niat tak elok pada Dina." Puan Sri Cahaya membisikkan ayatnya pada Hanif.

Dari awal pagi tadi, lelaki itu tercegat dipintu bilik wad Medina kerana diarahlan oleh Marwan.

"Baik, Puan Sri." Hanif menunduk sedikit pada ibu majikannya itu.

Puan Sri Cahaya membolos masuk kedalam wad VVIP anaknya. Kelihatan Medina sedang tenang memandang kearah luar tingkap. Lebih kepada memandang kebawah. Terjengul-jengul kepalanya sampai dahi terhantuk dengan cermin tingkap.

"Dina... tengok apa tu sampai terpenyek hidung?" Kelakuan anak perempuannya ditegur.

"Tengok playground. Ada toddlers main tengah panas ni..." Medina masih macam tadi. Terjengul-jengul.

"Biarlah diorang tu. Dina pergi tidur, ya? Sini mama temankan sampai Dina tidur dulu. Lepastu mama balik masak lunch." Puan Sri Cahaya menarik anaknya kearah katil.

"Dina nak tidur pakai tudung ka?" Kelibat Medina menarik selimut hingga dada tapi tudungnya masih tersarung buatkan Puan Sri Cahaya tertanya pelik.

"Pakai la. Nanti orang lain nampak aurat Dina, berdosa." Matanya berkelip-kelip memandang mamanya.

Cinta Asmara : Our Romantic LoveWhere stories live. Discover now