"Tolong jaga anak ni Ryan. Kau kena tolong aku! Aku dah tak mampu nak tengok anak aku! Setiap kali aku tengok bayi ni, aku akan teringat isteri aku..." Daniel merayu sambil menggendong bayi perempuan yang berusia 2 bulan.
Ryan buntu. Fikirannya berserabut.
"Apa masalah kau Daniel! Aku tahu ni bukan anak dari hasil perkahwinan kau, tapi kau kena kuat! jerkah Ryan. Daniel sudah teresak-esak menangis. Dia sudah fikir masak-masak dan terpaksa memberikan anaknya kepada orang lain. Dalam masa yang sama Ryan bersimpati dengan nasib Daniel. Dia tahu kembarnya itu dikhianati oleh isterinya sendiri. Daniel meletakkan bayi perempuannya di atas katil.
"Tapi aku sayang Rania....Aku sayang dia....Kenapa dia buat aku macam ni Ryan.." Tangisannya semakin kuat tetapi tidak mengganggu bayi yang sedang tidur itu.
"Daniel, kau kena kuat! Lupakan saja isteri kau tu!" kata Ryan sambil memeluk tubuh Daniel. Dia perlu memberi sokongan kepada adik kembarnya itu.
Tiba-tiba Daniel membisu. Tangisannya terhenti. "Aku akan balas dendam pada isteri aku! Kau tunggu Rania, kau tunggu!" Daniel berkata dengan tegas. Dia duduk di birai katilnya. Matanya dijegil sebagai tanda dendam yang membara sedang menguasai diri. Kata-katanya itu muktamad. Dia tersenyum sinis.
Seminggu yang lepas, rumah tangganya sudah terlerai. Isteri Daniel bernama Rania, mendesak meminta untuk menceraikannya. Daniel merenung ke arah jendela. Peristiwa itu masih segar-bugar di ingatannya.
Deringan loceng rumah menyebabkan Daniel terjaga dari tidurnya. Apabila dia membuka matanya, dia dapati isterinya masih tiada disebelahnya. Hanya bayi perempuannya yang berusia 1 bulan sedang tidur nyenyak didalam tempat tidur bayi. Jam pula menunjukkan pukul 4 pagi. Dia bergegas turun ke bawah.
Sebaik sahaja dia membuka pintu, Daniel terkaku. Isterinya kelihatan seperti perempuan yang sedang mabuk. Hatinya panas. Dia pasti isterinya mengunjungi ke kelab malam dan mencucuk bintang di langit lagi.
"Rania?! Where did you go? Sayang mabuk lagi?! Kan abang dah pesan jangan pergi kelab malam lagi dah! WHAT'S YOUR PROBLEM RANIA!!!" Daniel naik berang. Dia menggenggam penumbuk di tangannya. Rania hanya ketawa kecil dan bercakap merapu. Daniel sungguh geram dengan sikap isterinya yang tidak pernah mahu berubah.
Tubuh Rania yang terhuyung-hayang itu akhirnya rebah di hadapan pintu rumah agam itu. Mulutnya masih terkumat kamit bercakap seorang diri. Sepasang mata Daniel tertarik dengan sebuah kereta BMW berwarna putih yang berhenti di hadapan pagar. Kelihatan seorang lelaki turun dari kereta dan berlari anak ke arahnya.
"Sorry, your wife accidently left her lipstick in my car." Lelaki itu selamba menghulurkan gincu milik Rania dan serta merta satu tumbukan hinggap di pipi kirinya. Daniel belum puas. Lelaki itu terjatuh dan mengelap darah yang mengalir di bibirnya,
"Is it good? You want some more, huh?" kata Daniel bersedia dengan tumbukan seterusnya. Sebaik sahaja dia mengangkat penumbuknya, Ryan tiba di rumah itu. "Sabar Daniel! Sabar! ujar Ryan sambil memeluk Daniel untuk menenangkan keadaan. Daniel tidak dapat menahan kesabarannya. Dia berusaha untuk melepaskan diri dari pelukan abangnya.
Tiba-tiba, Rania bangkit lalu menghalang. "Jangan tumbuk dia! Dia kekasih aku! Dia akan jadi suami aku nanti!"
Daniel tergagam. "Apa...apa maksud sayang? Anak kita tengah tidur kat dalam sayang.." Daniel seakan tidak percaya dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Rania.
Rania membalas, "Aku nak kau ceraikan aku lah BODOH! CERAIKAN AKU SEKARANG JUGAK! AKU TAK PERNAH CINTAKAN KAU! SEBENARNYA TIARA TU BUKAN ANAK AKU DENGAN KAU, TU ANAK AKU DENGAN KEKASIH AKU NI!" Daniel terkaku mendengar pengakuan dari Rania. Dia terduduk lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia langsung tidak percaya dengan kata-kata isterinya.
Rania terus mendapati kekasihnya. "Sayang, are you okay?" dia memeriksa bibir kekasihnya yang berdarah. Rania mendengus kuat. "Kenapa kau tumbuk dia hah?! Kenapa!!" Rania memukul-mukul dada suaminya. Lalu dia berbalik pada kekasihnya pula.
Daniel tersenyum. Ryan yang berdiri disampingnya hairan. "Daniel...."
"Rania...kau nak sangat, kan?" Daniel tersenyum sinis. Tahap kesabarannya sudah melebihi had. Dia sudah lelah dengan perangai isterinya. "Rania Keisya Amora Binti Muhammad Adrian Alif..." kata-katanya terhenti. Rania berpaling kearahnya. Daniel menarik dan menghembus nafasnya sekali lagi. Mulutnya terasa sungguh berat untuk berkata.
"Rania Keisya Amora Binti Muhammad Adrian Alif, aku ceraikan kau dengan talak tiga!"
"HAHAHAHA, Thank you Daniel! Bye!" ujar Rania selepas itu dia bersama kekasihnya meninggalkan rumah agam itu.
Daniel mengalirkan air mata. Ryan memegang bahu adiknya. Dia hanya mampu berdiam diri.
YOU ARE READING
RYAN | (HIATUS) (ONGOING)
RomanceTENGKU RYAN AKASHAH ALVENO seorang jutawan dan CEO di sebuah syarikat bernama Mells Holding. Seorang yang tinggi, berbadan tegap dan tegas. Mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel bernama Tiara. PUTERI DAHLIA BUNGA ATMAJA gadis manis yang...