BAB 1

282 15 0
                                    

         Tok, tok, tok. Pintu bilik pejabat diketuk.

          "Come in.." kedengaran suara menyahut dalam diri. Daun pintu dibuka perlahan. Bunga mendapati bahawa bosnya, Tengku Ryan sedang menunggu dia serahkan dokumen yang dipinta. Hatinya berdegup kencang. Agak-agak angin Tuan Ryan harini baik atau dingin? Bisik hatinya.

          "Tuan Ryan, ini dokumen yang tuan minta kemarin." sopan Bunga bertutur sambil menghulurkan beberapa buah fail yang tebal. Ryan hanya memandang tajam ke arahnya. Wajah polos gadis itu menarik perhatiannya. "Tuan? Um, tuan Ryan okay?" soal Bunga. Agak lama Ryan memandang wajahnya. Ryan tersedar dari renungannya. Segera dia memalingkan pandangannya ke arah lain.

          "Ops, I'm sorry. Anyway thanks for the documents." ujar Ryan dengan sensasi yang dingin. Suara garaunya membuat Bunga menelan air liurnya. Dah macam nervous nak jawab exam kat sekolah pulak! Ryan membetulkan tali leher yang dipakainya.

           Bunga meminta izin untuk pergi semula ke meja pajabatnya. Akan tetapi, malang tidak berbau. Sebaik sahaja Bunga melangkah ke pintu, dia tersadung lalu terjatuh. "Auch!" Tubuhnya menghempap tangan kirinya sendiri. Kesakitan itu tidak dapat diceritakan lagi.

          Ryan yang sedang menaip di komputer berpaling ke arah suara itu. Dia tidak mengendahkan gadis itu. Bunga cuba untuk bangun namun sukar kerana tangan kirinya terasa amat sakit. Sah tangan aku patah! bisik hatinya. Namun, dia bernasib baik kerana mukanya tidak tersembam ke lantai. Puncanya bermula dari kasut tumit hitamnya itu sudah lekang di bahagian tapak yang menyebabkan kakinya terkeluar dari kasut tersebut.

          "Is it bad?" Ryan memecah kesunyian. Bunga masih lagi cuba untuk bangun dan berdiri.

          "I am asking you, Bunga...are you fine?" sekali lagi suara garau itu bertanya. Ryan pantang jika pertanyaannya tidak dijawab. "S-sorry tuan. Lengan s-saya sakit.." suara Bunga tersekat-sekat menjawab. Dia tahu bosnya marah kerana dia buat tidak endah dengan pertanyaannya.

          Ryan bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah Bunga. "Maaf tuan. S-saya tak sengaja.." 

          Wah! Ini adalah sejarah pertama dalam hidup Tengku Ryan Akashah Alveno! Kali ini adalah kali pertama dia berasa simpati terhadap orang lain. Tidak pernah sama sekali dia bersikap begini.

          Ryan menghulurkan tangannya. Dengan serta merta, Bunga menarik tangan itu. Kini, Bunga dapat berdiri dan tidak lama kemudian tubuhnya didukung ala-ala bride style oleh Ryan. 

      "Tuan! Apa ni, turunkan saya!! Nanti pekerja lain nampak macam mana!!" jeritan Bunga membingitkan telinga Ryan. Boleh tahan nyaring suara gadis ini. Bunga menumbuk-numbuk dada tegap jejaka itu. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan. Perasaannya bercampur baur. Apakah yang Ryan akan lakukan terhadap dirinya? 

     Ryan tidak dapat menahan lagi. Telinganya membingit. Diletakkan tubuh gadis itu ke atas sofa dalam bilik pejabatnya. Dia segera mengambil first aid kit lalu mengambil kain anduh untuk dililit ditangan kiri Bunga. Sebentar lagi dia akan membawa gadis cantik jelita ini ke klinik untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

      Bunga hanya berdiam diri. Dia tidak sepatutnya bersangka buruk terhadap bosnya sendiri. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia memuji-muji Ryan. Alangkah sweet dan caringnya jejaka ini! Bunga hanya memandang Ryan dihadapannya. Kelihatan lilitan kain anduh di tangan kirinya telah dililit dengan sempurna.

      "All done!" Ryan memecah kesunyian.

      "T-thank you Tuan Ryan. Saya terhutang budi dengan tuan." Bunga berterima kasih atas bantuan Ryan. Dia menundukkan pandangannya. Mahu sahaja dia beredar dari situ dengan segera. 

          "No problem. I will bring you to the doctor later." Ryan membalas. 

          "But....." 

          Belum sempat Bunga menghabiskan kata-katanya. Ryan meletakkan satu jari di bibirnya sebagai tanda supaya jangan membantah apa yang dikata olehnya.

          "You know who am i....right?" Ryan membisik di telinga kanan Bunga. Lalu didekatkan wajahnya dan menatap tajam ke dalam mata gadis itu. 

          Gulp! Bunga menelan air liurnya lagi. Aura bosnya ini sangat menakutkan. Seperti seorang psiko! Seperti pembunuh bersiri pun ia juga!


***************************************

      "Abang, macam mana ni? Tiara belum berhenti menangis dari tadi lagi ni." kata Puan Rosellia sambil menggendong bayi perempuan yang baru berusia tiba bulan. Dia cuba mendodoikan bayi perempuan tersebut. Puan Rosellia merupakan ibu kepada dua anak kembar terunanya iaitu, Tengku Ryan Akashah Alveno dan Tengku Ryan Daniel Alveno. 

         Tengku Ahmed Alveno bersuara lemah, "Telefon saja Ryan tu. Suruh dia balik jagakan anak dara dia ni." 

          Puan Rosellia mengeluh panjang. Lalu, dia menaiki tangga dan menuju ke bilik Ryan. Tangisan Tiara sudah berhenti kerana didodoi oleh Puan Rosellia. Dia meletakkan bayi perempuan itu di atas katil. Puan Rosellia merenung wajah comel Tiara.

           Sejak anak bongsu mereka menghilangkan diri, suaminya itu seperti tidak bermaya. Ke manakah Daniel menghilangkan diri? "Pulang lah Daniel. Tolonglah pulang, anak mu memerlukan ayahnya disini." bisik hatinya. Di usap lembut pipi gebu Tiara.

***************************************

          "What's your problem, girl? Get in." 

          Bunga kelihatan gugup. Dia teragak-agak untuk memasuki kereta Lamborghini hitam yang akan dipandu oleh bosnya sendiri.

          Ryan bengang dengan sikap Bunga yang masih tercegat di hadapan pintu kereta lalu dia keluar dari kereta dan menghampiri gadis itu. "Are you deaf?" ujar Ryan sambil menyilangkan tangannya. Dia mendengus perlahan dan membuatkan Bunga tersedar dari lamunannya. 

          "S-sorry Tuan Ryan. I'm so sorry." Bunga membalas. Dia cuba untuk melawan perasaan gugupnya dengan mengukir senyuman di wajahnya. 

           Ryan membuat pembayaran di kaunter. Di genggam sebuah beg plastik yang berisi ubat. Selesai membuat pembayaran, meraka masuk kedalam kereta.

          Kereta mewah itu dipandu laju oleh Ryan. Bunga mengalihkan pandangannya ke stereng kereta. How can this man drive fast with only one hand?? Bagaimana jika kemalangan berlaku hanya disebabkan dia memandu dengan sebelah tangan? But, he looks so hot. Bisik hatinyaMereka dalam perjalanan pulang ke tempat kerja semula.

           "How do you feel now? " Ryan menyoal Bunga. Syukur, tiada apa-apa kecederaan yang teruk di tangannya. Hanya terseliuh sikit sahaja. Bunga membalas, "Y-yeah i feel good. Thanks a lot Tuan Ryan." Dia memandang Ryan disebelahnya.

          Suasana didalam kereta menjadi sunyi seketika sehinggalah Ryan bersuara semula.

          "Did you think that i'm going to kidnapp you?"

          "T-tuan Ryan nak culik saya ke?" 

          "Kinda?" Ryan tersenyum sinis. Kakinya menekan lebih kuat pedal minyak dan kereta itu memecut dengan kelajuan sehingga 212 km/h. 


RYAN | (HIATUS) (ONGOING)Where stories live. Discover now