Bunga kelihatan muram. Apabila dia teringatkan balik wajah Puan Rosellia tadi, sekilas pandang amat mirip dengan wajah arwah ibunya. Air matanya di tahan. Dia menutup fail dokumen lalu berjalan menuju ke arah pantri. Niat hendak membuat secawan teh bagi menenangkan fikirannya. Selesai membancuh, dia duduk di meja makan pantri tersebut.
Baru sahaja dia hendak mengangkat cawan itu, Saif menghampirinya dan berkata, "Bunga, Tuan Ryan nak jumpa dengan hang nanti tepat pukui 12 tengah hari kat bilik pejabat dia."
Bunga mengeluh panjang. Dia melihat jam tangannya. Baru pukul 10:25 pagi. "Kalau aku tak datang tepat pukul 12 apa jadi? Aku malas la. Harini tak ada mood tahu." Bunga menjeling.
"Mana boleh laguni, Bunga kan girlfriend kesayangan....." kata-kata Saif terhenti disitu apabila lengannya dicubit kuat oleh Bunga. Bunga amat geram dengan sikap Saif. Puas hatinya apabila dapat melepaskan geram.
"Auch, apa ni? Sakit tau dak! Nak jadi apa hang ni duk cubit-cubit orang?" Saif menjeling. Terserlah aura kegedikannya.
"Ooo, sakit? Habis hati aku ni tak sakit ke hah dengar ayat kau! Main tuduh-tuduh pulak!" Bunga belum berpuas hati dengan Saif. Setiap hari ada sahaja gurauan darinya.
"Ikut suka lah. Tapi kau memang girlfriend bos.....kan?" Saif mencelah sambil tergelak kecil lalu berlari keluar dari pantri sepantas mungkin. Jika tidak, sekali lagi tangannya dicubit oleh Bunga. Sakit macam harimau!
"Saif! Kau nak lari mana hah!" Bunga bangun dari tempat duduknya sambil memerhatikan gerak geri Saif. Sakit betul hatinya!
***************************************
Hujan turun membasahi bumi. Bunga tersedar dari lenanya. Jam menunjukkan pukul 1:50 tengah hari. Dia melihat keadaan sekelilingnya. Tiada seorang pun! Oo, sekarang waktu makan tengah hari. Bunga mula teringatkan sesuatu. Ya, allah! Bos nak jumpa aku pukul 12 tadi! Macam mana ni aku terlupa!
Segera dia mengemas fail-fail yang berselerak di atas mejanya lalu bergegas menuju ke arah lif. Pintu lif terbuka dengan pantas. Hatinya lega sekali. Dia menekan butang 20. Itu tingkat yang paling tinggi sekali dimana terletaknya pejabat Ryan.
Pintu pejabat diketuk perlahan. Tetapi tiada respon diberi. Bunga cuba mengetuk sekali lagi. Kali ini agak kuat berbanding sebelumnya. Masih tiada respon dari dalam bilik itu. Lalu dia memutuskan untuk memasuki ke ruangan bilik tersebut.
"Maaf Tuan Ryan sebab saya lambat, apa yang saya boleh ban...." kata-katanya terhenti seiring dengan langkahnya. Bunga masih tidak dapat melihat kelibat Ryan. Kemanakah bos pergi? Dia melihat sekitar ruangan bilik itu.
Matanya tertancap pada sebuah almari buku. Kelihatan almari buku itu terbuka sedikit? Seperti sebuah pintu? Dia buntu. Patutkah aku masuk dan melihat apa yang ada didalamnya? Dan dimanakah Tuan Ryan? Adakah dia memarahi aku sebab aku tak datang office dia pukul 12 tadi?
Kakinya melangkah perlahan ke almari tersebut. Sah! Itu bukan almari buku, sebaliknya sebuah pintu yang menuju ke ruangan lain. Dia menolak pintu yang terbuka itu dengan perlahan. Ooo, bos tengah solat...Eh? Tuan Ryan solat? Dia islam ke? What is this room was made for? A bed? Almari baju pun ada? He sleep here? bertalu-talu soalan di fikirannya. Dahinya berkerut berfikir.
"Aamiin Ya Rabbal Allamin..."kedengaran Ryan mengaminkan doa. Bunga terus menyembunyikan dirinya di belakang pintu. Ryan terdengar beberapa tapak kaki. Dia tersenyum sinis. Ryan sudah tahu siapakah di sebalik pintu itu.
YOU ARE READING
RYAN | (HIATUS) (ONGOING)
RomanceTENGKU RYAN AKASHAH ALVENO seorang jutawan dan CEO di sebuah syarikat bernama Mells Holding. Seorang yang tinggi, berbadan tegap dan tegas. Mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel bernama Tiara. PUTERI DAHLIA BUNGA ATMAJA gadis manis yang...