BAB 5

147 8 0
                                    

          Ryan melangkah keluar dari tempat solat di dalam bilik pejabatnya. Dia melihat ke arah sofa yang terletak disebelah kanan mejanya. Kelihatan Bunga sedang menggendong Tiara sambil menepuk-nepuk badannya. Mata Bunga terpejam. Ryan memandang wajah Bunga yang sedang lena sambil terduduk. "How pretty are you when you're asleep!" bisik hatinya. Ryan mendekati mereka.

          Bunga terjaga apabila mendengar beberapa langkah tapak kaki sedang menghampirinya. Matanya berat sekali. Rasa mengantuk menyelubungi diri. Dia memandang ke arah Ryan.

          Ryan melabuhkan punggungnya disebelah Bunga. "Bunga, dah solat zohor ke belum?" Ryan menyoal. Bunga melihat jam tangannya sekali lalu. Sudah pukul 2 rupanya. Lama juga dia tidur. "Sorry, Tuan. Saya..." Bunga menghentikan percakapannya. 

          "Saya apa?" Ryan menyambung. Bunga malu untuk memberitahu perkara sebenar. "Saya.."

          Ryan mengeluh. "What's your problem? Tell me the truth." Pandangan tajam diberi. Bunga menelan air liur. "Saya sebenarnya tak boleh.." 

           "Tak boleh solat?" Ryan menyambung. Bunga mengangguk dengan pantas sambil tersenyum kecil. "Lain kali cakap je lah terus bagi habis!" nadanya agak tinggi sedikit.

          "Hachoom!" Tiara bersin dengan kuat. Namun, tidak terjaga dari tidurnya.

          Mereka memandang satu sama lain. Bunga tergelak kecil. "Itu lah Tuan, cakap kuat-kuat lagi. Nasib baik Tiara tak bangun." Sebelah matanya dikenyitkan.

          Ryan menjeling. Ada-ada saja si gadis ini nak melawan. Suasana menjadi sunyi seketika.

          "Tuan, may i ask you something?" Bunga memecah kesunyian. Ryan pula sedang mengusap-usap pipi anaknya. 

          Ryan mengangguk. Matanya masih tertancap pada wajah anaknya.

          "Tiara ni anak Tuan?" Bunga bertanya dengan nada yang perlahan. Ryan terus merenung wajahnya. "Tuan? Tuan okay?" dia menyambung.

          Ryan mengeluh dan terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. "Bunga, sebagai upah awak tidurkan Tiara, jom saya belanja awak lunch. Kita bawa Tiara sekali." Ryan mengubah topik. Dia menggendong Tiara pula. Bunga tidak bercakap banyak. Dia hanya mengikut gerak-geri Ryan.

***************************************

          "Assalamualaikum!" kedengaran seseorang memberi salam. Puan Rosellia sedang memasak di dapur. Segera dia mematikan api lalu menuju ke pintu hadapan.

          Daun pintu dibuka perlahan. "Eh, Ryan. Awalnya kamu balik kerja? Kan baru pukul 3 petang ni?" Lelaki itu hanya membisu. Lalu dia menggelengkan kepalanya.

           Puan Rosellia tergamam. Matanya berkaca. Lelaki yang berdiri di hadapan pintu berbaju t-shirt hitam dan berseluar jeans biru. Wajahnya iras-iras dengan Ryan. Susuk tubuh ini pernah dilihatnya! 

          "D-daniel? Anak mama dah balik!" Puan Rosellia terjerit kecil. Tengku Ahmed yang sedang tidur ayam terdengar jeritan isterinya lalu turun ke bawah. Dia melangkah anak tangga dengan berhati-hati. 

          Tengku Ahmed mendekati mereka. Terus dipeluk tubuh anak lelakinya itu.

          "Kau pergi mana selama ni Daniel..Dua tahun kau pergi tinggalkan kami, two years!" Tengku Ahmed menangis teresak-esak. Puan Rosellia pun begitu juga. Cuma, reaksi Daniel agak menghairankan. Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi yang sepatutnya akan tetapi sebaliknya, dia membisu.

          Puan Rosellia bersuara. "Jomlah kita masuk. Mama tengah masak kari ayam, kegemaran kamu dan abang Ryan." 

          Daniel mengangguk kecil. Dia hanya memandang lantai yang dipijaknya.

***************************************

          Ryan membawa Bunga dan Tiara ke Pavillion Mall. Mereka makan tengah hari di restoran Mc Donalds.

          "Sedap tak burger tu sayang?" Ryan memandang Bunga yang sedang menyedut air minuman. Bunga tersedak. Ryan tersenyum sinis.

          "A-apa tuan cakap?" Bunga seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Ryan tergelak besar. Tiara yang sedang mengunyah burger hanya memerhatikan daddynya tergelak.

          Ryan berhenti ketawa. "Awak yang perasan lebih. I'm asking my daughter, not you!" Ryan menyambung. Bunga menyilangkan kedua tangannya. "No, i'm not. M-mana ada saya perasan. Tuan yang tanya sambil pandang saya. So, i'm just asking back untuk kepastian." 

         "Daddy, anti Tiara nak beli ainan oleh? (Daddy, nanti Tiara nak beli mainan boleh?)" Tiara menyoal. Di pipinya bersepah sos dan mayonis daripada burger yang dimakannya. 

          Ryan memandang anaknya. "Sure, dear. But, tanya aunty Bunga dulu dia nak ikut kita ke tak?"

          Tiara terus memandang wajah Bunga. Bunga hanya tersenyum memandang anak kecil itu.

          "Mama, mama nak itut tak? (Mama, mama nak ikut tak?)" 

          Bunga membeliakkan matanya. Mama? Dia panggil aku mama? Ryan pula tersenyum sinis sambil mengunyah burger didalam mulutnya sehingga habis. 

          "Eh, cowiy aunty. (Eh, sorry aunty.)" Tiara menutup mulut dengan tangan kecilnya. Bunga memandang Ryan. Bunga teragak-agak untuk senyum. Dia bukan tidak suka tetapi dia terkejut! Tiara, Tiara... Macam mana boleh tersasul ni sayang!


          Mereka bertiga berjalan menuju ke kereta. Tiara tersenyum riang. Tangan kirinya menggenggam kuat plastik yang berisi beberapa kotak mainan. Seronok tak terhingga apabila daddynya memberi segala yang dia mahukan. 

          Tiara diletakkan di kerusi yang khas untuk kanak-kanak di kerusi belakang kereta. Bunga mahu duduk dibelakang bersama Tiara, tetapi Ryan membantah. Dia mahu Bunga menemaninya di hadapan. Ryan memulakan enjin kereta BMW hitamnya. Sudah terang lagi bersuluh, dia bukan hanya mempunyai satu kereta, tetapi lima buah sekali gus. 

          Deringan telefon berbunyi. Ryan menyeluk poketnya. Dia mengangkat panggilan tersebut. "What! D-daniel dah balik?" suaranya agak kuat. Bunga terkejut lalu memandang Ryan disebelahnya. 

          Ryan meletakkan telefon. Sebuah senyuman terukir dibibirnya. Bunga masih keliru. "Apa yang berlaku? Kenapa Ryan tersenyum?" bisik hatinya. Bunga menoleh ke tempat duduk belakang. Patutlah diam semacam, rupanya Tiara sudah tertidur dibelakang. Keletihan agaknya. Bunga tersenyum nipis.











RYAN | (HIATUS) (ONGOING)Where stories live. Discover now