BAB 10

146 7 0
                                    

          Bunga melabuhkan punggung di sebuah kerusi. Hari ini dia bercadang untuk makan tengah hari di sebuah restoran nasi kandar yang berdekatan. Pelbagai persoalan mulai menyelubungi dirinya. Dia membawa dirinya ke waktu peristiwa itu berlaku.

          Sepasang matanya menatap Ryan. "Tuan, boleh tandatangan disini?"Bunga meletakkan fail diatas meja. Ryan hanya mengangguk tanpa berbicara. Mungkin tiada mood untuk bercakap hari ini. Lelaki itu melipat lengan baju kemejanya lalu serta merta menampakkan lengannya hingga ke siku. 

         Bunga menjeling lengannya. Wajahnya berkerut seribu. "Tattoo? Tapi kenapa?" Sungguh dia hairan. Apakah sebenarnya agama Ryan? Tattoo? Tapi dia pernah terlihat Ryan sembahyang di bilik rahsianya pada hari lalu. Ryan mengambil sebatang pen lalu menandatangani kertas tersebut. Dia perasan dengan perubahan tingkah laku Bunga lalu dengan segera menutup semula lengannya.

          "T-terima kasih tuan sebab dah tandatangani dokumen ni. Saya minta diri du-" Bunga tidak boleh melangkah dari situ akibat lengan kirinya digenggam kuat oleh Ryan. 

          Ryan menatap wajah Bunga. "Did you know something? Or...Did you saw something just know?"

          Bunga menggeleng dengan pantas. Dia menunduk ke bawah. Tangannya menggenggam erat fail yang dipegang.

          "Never mind, I trust you." Dia melepaskan genggamannya. Lalu dia mendekatkan wajahnya di sebelah wajah wanita itu. "Don't tell other's. I'll explain to you later about it." Ryan berlalu pergi dari situ berjalan dengan selamba seperti tiada apa-apa berlaku.

          Bunga melepaskan nafas tanda lega. Fail ditangannya terhempas ke lantai. "R-ryan....Tengku Ryan bukan islam?"

          Zaim, merupakan pembatu peribadi Ryan yang baru, yang sedang -jalan dikawasan itu terdengar kata-kata Bunga. Terbuntang anak matanya selepas tertadah telinga mendengar ucapan Bunga. Dia membetulkan tali leher yang dipakainya lalu menghampiri pintu office Ryan. 

          "Someone's there? Puan kenapa ni? Anything happened?" Zaim bertindak seolah-olah tidak tahu apa-apa tentang itu.

           Bunga tersentak dari lamunannya apabila ditegur seseorang. Serta-merta wajahnya dipalingkan kearah suara itu. Wajah ini seperti pernah dilihat.

          "Z-zaim. awak Zaim kan?"

          "Bunga???" Dia tersenyum. Sudah muncul idea untuk dia membalas dendam terhadap Ryan. Tattoo? Bukan islam? Senyuman sinis terpampang diwajahnya. "Idea dah sampai, Hahaha." bisik hatinya sambil tersenyum sinis.

***************************************

            Suasana di cafe itu riuh rendah dengan kedatangan tetamu yang kian bertambah. Dekorasi cafe itu sungguh estetik dan menarik minat ramai pelanggan. 

          "Finally, we meet again." Zaim menyedut segelas jus oren dihadapannya. Bunga hanya tersenyum nipis. Dia berasa kurang selesa kerana berduaan dan semeja dengan Zaim.

         "Awak jadi pembantu peribadi Ryan? Macam mana? Bukan korang berdua musuh?" Bunga bersuara sambil menyedut segelas jus tembikai. Zaim mengeluh sambil tersenyum.
          "Hati manusia boleh berubah kan? Tapi hati saya untuk awak tak pernah berubah tau." Bunga tersedak apabila sedang menyedut jus. Suasana di kafe itu sunyi seketika apabila terdengar Bunga tersedak. Seorang pelayan kafe disitu dengan pantas menghampiri mereka lalu memberi beberapa keping tisu.
"Terima kasih." Bunga mengukir senyuman kepada pelayan kafe itu.

           "Baiknya pelayan kafe ni." Bunga menukar topik. Dia sebenarnya sudah masak dengan perangai Zaim sejak zaman mereka di Universiti lagi. Terdapat sejarah diantara dia, Ryan dan Zaim di Universiti dahulu.

          "Of course, by the way this is my cafe." Zaim membalas. Matanya tidak pernah melepaskan pandangannya daripada Bunga.

         Sedang seronok mereka berbual, seseorang sedang memerhatikan mereka sambil merakam keadaan disitu. Lalu sosok itu berlalu pergi selepas mendapatkan rakaman itu.

RYAN | (HIATUS) (ONGOING)Where stories live. Discover now