Suasana di lobi pejabat menjadi riuh rendah. Ryan berjalan memasuki bangunan itu. Bunga pula hanya menyusuri dibalakangnya. Semua pekerja yang berada disitu melihat ke arah mereka. Ada juga diantaranya membisik antara satu sama lain. Bunga menjadi kekok lagi-lagi dengan tangannya yang berbalut. Dia berjalan sambil menunduk ke bawah.
Ryan menghentikan langkahnya. Buk!. Bunga mendongak kepalanya ke atas. Sepasang biji matanya terbeliak. Alamak, aku terlanggar belakang badan dia lah pula! bisik hatinya. Ryan memandang tajam ke arah pekerja-pekerja yang melihat mereka dan serta merta keadaan disitu menjadi sunyi sepi.
"Ada pasar malam ke kat dalam bangunan ni?" Ryan bersuara dengan tegas. Wajahnya yang dingin dan suaranya yang garau itu mengakibatkan semua pekerja disitu berpaling kearah lain. Hah? Dia boleh cakap melayu ke? Bunga menyoal didalam hatinya. Alangkah terkejutnya apabila Tengku Ryan berbahasa melayu. Ingatkan boleh speaking macam orang barat je! Ryan memusingkan kepalanya kebelakang.
"Bunga, ikut aku." Bunga hanya mengangguk. Dengan pantas Ryan menggenggam tapak tangan Bunga. Oh My God! He's holding my hand?! Sekali lagi matanya terbuntang tiada berkelip. Dia cuba untuk melepaskan genggaman itu tetapi apakan daya, dia tidak sekuat Ryan. Bayangkan lah tapak tangan bosnya 2 kali ganda besar dari tapak tangannya.
Ryan menjegil mata. Dia memberi amaran kepada Bunga supaya tidak membantah dengan perbuatannya. Bunga hanya memandang wajahnya dengan perasaan yang gugup. Dia mengakui sememangnya dia tidak mampu untuk membantah segala perintah Ryan. Mereka menuju ke arah lif.
Hampir 5 minit juga mereka menunggu lif sampai ke lobi. Entah berapa ramai yang menggunakan lif tersebut. Ryan masih menggenggam erat tangan Bunga. Hatinya rasa tenang sekali. Dia melihat ke arah gadis cantik jelita disebelahnya. "Pendek juga perempuan ni tapi comel." bisik hatinya. Dia tersenyum nipis. Bunga yang sedang menahan malu masih memandang ke bawah.
Pintu lif terbuka. "Ah!" kedengaran satu jeritan sebaik sahaja pintu lif tersebut terbuka. Oh, dia adalah Saif. Staff di tempat kerja ini juga. Dia seorang yang tinggi lampai dan sering diejek bahawa masa dia kecil dahulu dia telah makan tiang lampu elektrik dan itu penyebab dia menjadi tinggi. Tetapi dia tidak setinggi Ryan. Dia juga seorang lelaki yang lembut dan gemar bergaul dengan perempuan berbanding lelaki. Kadang-kadang ada juga pekerja lain yang terhibur dengan gelagat aura kegedikannya.
Saif seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dalam masa yang sama, fail-fail yang dipegangnya telah terhempas ke lantai. Bunga berpaling ke arahnya. Saif menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Matanya terbuka luas.
Ryan tersedar dari lamunannya.
"B-bos." ayatnya terhenti. "Bos ada g-girlfriend?" tersekat-sekat dia menyambung.
Apabila melihat reaksi Saif sebegitu, dia menjegil ke arahnya. Dengan pantas Saif mengutip semula fail-fail yang berterabur. Dia faham isyarat yang diberi oleh Ryan lalu dia melangkah keluar dari lif dan melemparkan senyuman nipis kepada Ryan dan Bunga. Jantungnya hampir luruh. Nasib baik Ryan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadapnya. Kalau tidak dia sudah dipecat dari kerja. Dia menghembus nafas lega.
Ting! Pintu lif dibuka. Mereka melangkah keluar dari perut lif lalu menuju ke pintu pejabat Ryan. Langkah Bunga terhenti di hadapan pintu bilik itu.
"Terima kasih Tuan Ryan sebab bawa saya ke klinik. Saya terhutang budi sekali lagi dengan Tuan." Bunga berkata-kata sambil menunduk ke bawah. Ryan hanya menggeleng dengan sikap bunga. "What are you watching down there, hm?" suara garau itu membalas.
YOU ARE READING
RYAN | (HIATUS) (ONGOING)
RomanceTENGKU RYAN AKASHAH ALVENO seorang jutawan dan CEO di sebuah syarikat bernama Mells Holding. Seorang yang tinggi, berbadan tegap dan tegas. Mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel bernama Tiara. PUTERI DAHLIA BUNGA ATMAJA gadis manis yang...