Kedengaran enjin kereta memasuki ke dalam garaj. Puan Rosellia menuju ke dapur dan meninggalkan Daniel bersama suaminya. Pada waktu itu, mereka sedang berbual-bual di ruang tamu.
"Tok daddy, Tiara dah alik! (Tok daddy, Tiara dah balik!)"
Daniel terkaku. Dia bangun dari tempat duduknya lalu memusing kebelakang. Kelihatan seorang anak perempuan yang dirinduinya. Di samping itu, Ryan juga sedang membuka kasutnya. Puan Rosellia meletakkan dulang air dan gelas di atas meja.
"Ryan, balik pun kamu." ujar Puan Rosellia. Daniel menghampiri anak kecil itu. Di usap lembut pipi Tiara.
Tiara membuat muka hairan. Dia melihat wajah lelaki yang berada di hadapannya lalu berpaling ke arah daddynya pula. Ryan menghampiri mereka. "What's wrong sweetie?"
"Kenapa muke daddy nak ame dengan muke uncle ni? (Kenapa muka daddy nak sama dengan muka uncle ni?)" Tiara menyoal kehairanan. Berkali-kali dia memandang wajah mereka berdua.
Daniel tersenyum. "Ya Allah, aku berdosa sangat! Aku berdosa pada anak kecil ni!" bisik hatinya. Ditahan air mata yang hendak berjurai.
Ryan membalas, "Tiara, kalau nak tahu uncle ni adik daddy." Ryan memandang wajah Daniel dengan penuh curiga. Masing-masing mahu menyembunyikan hal yang sebenar daripada diketahui Tiara. "Jom lah kita masuk. Buat apa sembang kat depan pintu ni, hehehe." Ryan berbicara. Dia mendukung tubuh genit Tiara. Daniel hanya mengangguk sambil tersenyum.
Puan Rosellia dan Tengku Ahmed hanya melihat tingkah laku mereka.
"Ryan, papa dengar enjin kereta kamu tu dari tadi lagi berbunyi. Kamu tak tutup enjin kereta ke?" Tengku Ahmed bersuara. Serta-merta langkah kaki Ryan terhenti. "Ya Allah, Bunga!"
Semua orang memandang ke arahnya dengan perasaan tanda tanya. Siapakah Bunga?
"Nah, kau dukung Tiara kejap." Tiara turun di dalam dakapan Daniel. Ryan terus bergegas menuju ke keretanya. Mereka semua hanya mengekori dari belakang.
Ryan menghampiri keretanya. Kelihatan dari luar cermin kereta, Bunga sudah dibuai mimpi. Ryan menepuk dahi. "Ya Allah, how can i forgot about her!" Dia mengetuk cermin keretanya berkali-kali. Tiada sebarang respon dari gadis itu.
"Aduh, Bunga bangun lah!"
Ryan menepuk dahinya sekali lagi tetapi lebih kuat. "Apa masalah kau ni Ryan, bukak je lah pintu kereta tu bukannya kunci pun!" Dia terus membuka pintu kereta. Ditepuk bahu kiri Bunga.
Bunga mencelikkan matanya. Dia melihat sekelilingnya sambil matanya masih belum terbuka sepenuhnya. "Bunga, i'm so sorry.." Bunga menoleh ke arah suara itu. Saat dia menoleh, bukan sahaja Ryan yang memerhatinya. Malah ramai lagi.
"Amboi Ryan, bawa balik menantu untuk mama dengan papa ke?" Puan Rosellia gelak besar seiring Tengku Ahmed. Daniel juga ketawa kecil. Bunga menjegil matanya. Ryan tersenyum sambil menahan gelak.
Suasana ni meja makan riuh-rendah dengan suara kecil Tiara yang tidak henti bercakap. Kecuali Bunga, dia mencuri tumpuan Puan Rosellia.
"Bunga, kenapa tak makan? Are you fine?" Puan Rosellia memecah kesunyian. Dia tahu Bunga mungkin tidak selesa berada di situ. Bunga tersedar dari lamunannya. Dia membalas senyuman kepada Puan Rosellia. "Bunga rasa macam pernah jumpa puan lah, tapi tak ingat kat mana."
YOU ARE READING
RYAN | (HIATUS) (ONGOING)
RomanceTENGKU RYAN AKASHAH ALVENO seorang jutawan dan CEO di sebuah syarikat bernama Mells Holding. Seorang yang tinggi, berbadan tegap dan tegas. Mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel bernama Tiara. PUTERI DAHLIA BUNGA ATMAJA gadis manis yang...