"Woi, bangun la betina!" lelaki itu menampar-nampar lemah pipi lembut perempuan di hadapannya.
Rania mencelikkan matanya perlahan-lahan apabila terdengar sebuah suara memanggil. Terasa pipinya disentuh seseorang. Penglihatannya yang kabur itu lama kelamaan menjadi jelas. Maka terpampanglah sebuah wajah yang dikenalinya sebelum ini.
"Da...Daniel?!" Anak matanya membulat. Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Rupanya, bekas suaminya yang membawa dia ke sini.
Daniel tersenyum sinis. Puas hatinya apabila dapat menculik bekas isteri yang telah mengkhianatinya dua tahun yang lalu. Tetapi dia masih belum berpuas hati. Dia masih mengingati apa yang dikata olehnya dahulu. Dia akan pastikan Rania terseksa seperti mana dia terseksa dahulu.
"Daniel! Kenapa you culik i ke sini?" Rania menggerak-gerakkan tangan dan kakinya yang terikat kemas itu dengan harapan tali itu akan terlerai. Tiba-tiba, pipi kanannya di tampar kuat oleh Daniel. Daniel mendengus kasar apabila Rania bertanya soalan yang tidak sepatutnya ditanya. Mahu saja dia menikam-nikam tubuh Rania dengan sebilah pisau yang tajam. Riak wajah yang sedang marah bertukar menjadi sebuah wajah yang mengukir senyuman sampai ke telinga.
"Kau ni bodoh la! HAHAHA." Daniel membalas dengan senyuman yang sinis sambil ketawa besar. Rania memandangnya dengan penuh tanda tanya. Mengapa Daniel berkelakukan seperti itu?
"Daniel, i minta maaf. I janji tak buat la..." Belum sempat Rania menghabiskan kata-katanya, satu lagi tamparan kuat hinggap di pipi belah kiri pula. Daniel ketawa dengan kuat sekali. Puas hatinya apabila dapat melakukan segala yang dia mahu. Daniel melutut lemah di hadapan Rania.
"Ah! Sakitnya!" Air mata tidak dapat di tahan lagi. Kesakitan itu tidak dapat digambarkan. Rania menangis perlahan. Dia menyesal atas perbuatan lalunya.
"Daniel, kenapa you buat i macam ni?" Air matanya semakin laju mengalir. Dia sungguh menyesal atas perbuatannya dahulu dan dia mahu berbaik semula dengan Daniel.
Suasana menjadi sunyi seketika. Mata bertentang mata. Satu persoalan mula timbul di fikiran Rania. "Daniel, mana...mana anak kita?"
Daniel menatap tajam anak mata Rania. Dia bangun lalu menggenggam kuat rambut Rania yang kusut itu. "Anak? Aku tak pernah ada anak dengan kau la, sial!" Daniel ketawa kuat bagaikan orang yang dirasuk hantu.
"S-sakit Daniel, lepas lah!" Rania cuba untuk menjauhkan diri dari Daniel. Namun, dengan keadaan tangan dan kakinya yang terikat itu tidak dapat membuahkan apa-apa hasil.
Rambut yang digenggam itu ditarik dengan lebih kuat. "Oh, shit! Kau cakap pasal anak kau dengan jantan sial tu ke? HAHAHA!" Daniel mendongak kepalanya sedikit ke atas sambil ketawa kecil dan disertakan senyuman yang sinis seperti puas dengan apa yang dilakukannya. Tangannya masih menggenggam erat gugusan rambut Rania.
"Daniel, please i merayu. Lepaskan i, kita selesai cara baik!" Rania merayu.
Daniel mendekatkan wajahnya dengan wajah Rania. "It's too late..." Daniel membisik perlahan di telinga kanan Rania. Dia mengukir senyuman yang lebar di wajahnya. Dia melepaskan genggaman rambut Rania. Perlahan-lahan Daniel membuka jaket hitam yang dipakainya lalu melempar tepat ke arah wajah Rania. Wanita itu tidak sempat untuk mengelak lalu jaket itu selamat mendarat ke atas mukanya. Daniel tersenyum dan berlalu pergi dari situ.
"Daniel! You nak pergi mana? Tolonglah maafkan i !" Rania masih cuba menggerak-gerakkan tangan dan kakinya.
Dari jauh, dapat didengar suara ketawa dibalas oleh Daniel. Takkan begitu mudah Daniel hendak melepaskan wanita yang mengkhianatinya 2 tahun yang lalu. Dia akan pastikan semua dendamnya terbalas.
YOU ARE READING
RYAN | (HIATUS) (ONGOING)
RomanceTENGKU RYAN AKASHAH ALVENO seorang jutawan dan CEO di sebuah syarikat bernama Mells Holding. Seorang yang tinggi, berbadan tegap dan tegas. Mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel bernama Tiara. PUTERI DAHLIA BUNGA ATMAJA gadis manis yang...