BAB 7

157 12 0
                                    

          Sebaik sahaja mereka berdua melangkahkan kaki ke dalam bangunan itu, Ryan dan Bunga berhenti seketika sambil memandang sekeliling.

           "A-apa semua ni?" Bunga bersuara. Beg tangan yang disandang di bahu kanannya terlucut ke lantai. Seperti tidak percaya apa yang dilihatnya. Lalu dia menyandang semula beg tangan yang terlucut tadi.

           Keadaan di aras lobby bangunan ini menjadi serabut. Segalanya menjadi kucar-kacir. Pasu-pasu bunga hiasan pecah, sofa dan kerusi di ruang menunggu menjadi terbalik.Kertas-kertas dan fail-fail juga berterabur di atas lantai. Boleh dikatakan semuanya dirosakkan, seperti diceroboh oleh sekumpulan pengganas. Itulah yang difikirkan oleh Ryan. Matanya masih lagi tidak berkelip memandang sekelilingnya.

          "Jom pergi tingkat atas. Nobody is here, maybe they are hiding somewhere." Ryan berkata dan lantas menarik lembut tangan Bunga. Mereka menaiki lif lalu berhenti di aras di mana terletaknya pejabat Ryan. Mereka bernasib baik kerana penjahat yang menceroboh bangunan itu tidak mematikan arus elektrik. Jika tidak, mereka terpaksa menaiki tangga untuk ke atas.

          Kelihatan pintu pejabat Ryan telah terbuka kecil. Pasti ada sesiapa yang telah memasuki biliknya. "Bos..." Bunga berkata perlahan. Sesungguhnya dia takut jika penceroboh itu sedang berada di sekitar mereka. Ryan meletakkan satu jari di bibirnya sebagai tanda isyarat diam. Bunga hanya mengangguk. Dia merangkul lengan kiri Ryan dengan ketat.

          Ryan menolak pintu pejabatnya perlahan-lahan. Ternyata keadaan biliknya juga sama. Segalanya menjadi kacau-bilau.Komputer miliknya juga telah pecah skrinnya. Ryan mengerutkan dahinya. Siapakah yang sanggup berbuat demikian? 

          Bunga terkaku. Tapak tangan kirinya menutup mulutnya. Pintu almari bilik rahsia Ryan juga terbuka. Siapakah yang berani menceroboh bilik kepunyaaan Tengku Ryan Akashah Alveno? Dan bagaimana mereka tahu keberadaan bilik rahsia itu?

          Tiba-tiba, meja Ryan yang terletak di sebelah hujung tingkap bergoyang kecil seiring dengan suara bisikan yang amat perlahan tapi masih dapat didengari. Ryan menghampiri meja itu dengan perlahan-lahan. Bunga pula mengekori dari belakang.

          Saif menyesuaikan dirinya yang sedang menyorok dibawah meja. Tak diduga, kepalanya terhantuk kecil. Dia menutup mulut dengan kedua tapak tangannya. "Aduh, sakit gila!" bisiknya perlahan. Kedengaran beberapa langkah tapak kaki sedang menghampirinya. Sepasang matanya ditutup dengan rapat. "Ya allah, ajal aku dah sampai ka? Aku takut!" bisik hatinya. Langkah tapak kaki yang didengarinya semakin mendekat dan mendekat. Jantungnya berdegup kencang.

          Bunga menepuk perlahan bahu Ryan. Dia menggelengkan kepalanya sebagai tanda jangan mendekati meja itu. Dia tidak sedap hati. Bagaimana kalau tiba-tiba penceroboh itu keluar dari bawah meja itu lalu memacu pistol dikepala mereka? 

          Suasana disitu sungguh mendebarkan. Ryan perlahan-lahan menunduk untuk melihat siapakah yang berada di bawah meja itu. 

          Bunga menjadi semakin gelisah. Apakah yang sedang bersembunyi di bawah meja itu?

         "WARGHHHH!! Toksah la bunuh aku! Toksah la, pi jauh-jauh dari aku! Huwaaa...." Saif menjerit ketakutan. Dia berpura-pura seperti sedang menangis. Nyaring benar suaranya ketakutan. Kedua tapak tangannya bersatu seperti tanda sedang merayu. Matanya tertutup rapat. Aura kegedikan dan kelembutannya masih terserlah.

          "Saif?!" ujar Ryan dan Bunga serentak.  Apakah yang Saif lakukan dibawah meja ini? 

          Bunga menarik nafas lega. "Hidup lagi rupanya kau. Ingatkan dah kena bawak lari dengan penjahat dah tadi."

RYAN | (HIATUS) (ONGOING)Where stories live. Discover now