BAB 4

156 12 2
                                    

          "Mama, mama tak ingat Rania?" ujar wanita itu dengan nada menagih simpati. Dia adalah Rania! Bekas isteri Tengku Ryan! Puan Rosellia terkejut mendengar perakuannya. 

          "Papa? Ni Rania. Papa, don't you remember me?" Rania menyambung ayatnya.

           Puan Rosellia memaling wajahnya ke arah suaminya. Tengku Ahmed mengeluh lalu berjalan menuju ke arah kebun semula. Dia tahu. Suaminya tidak suka dengan bekas menantunya kerana disebabkan dia lah, seorang anak lelaki mereka menghilangkan diri. Dia serba salah. Apakah yang dia perlu lakukan sekarang?

           "Sekejap ya Rania, mama telefon Ryan." kata Puan Rosellia. Rania mengangguk kecil. Puan Rosellia menuju ke dalam rumah lalu menelefon anaknya. Panggilannya tidak dijawab. Dia menelefon lagi untuk kali kedua. "Assalamualaikum, hello mama?" kedengaran suara Ryan membalas di hujung telefon.

          Ryan sedang menyiapkan kerjanya. Bilik pejabat itu sunyi sepi kecuali bunyi klik dari papan kekunci. Dia menaip sesuatu di komputer sambil sebelah lagi tangannya memegang telefon pintar.

          "Ryan, boleh pulang sekarang tak?" Puan Rosellia bertanya dan dihujung ayatnya dia mengeluh. Mengapa Rania kembali lagi selepas hampir satu tahun lebih dia meninggalkan keluarga ini?

          Ryan mengerutkan dahinya. "Why? Anything serious?" dia membalas. Dia berhenti menaip lalu fokus dengan panggilan ibunya. 

***************************************

          Sementara itu, Rania tetap menunggu di luar pagar. Dia mahu berjumpa dengan bekas suaminya dahulu. Dia rasa bersalah kerana meninggalkan bekas lelakinya. 

          Tiba-tiba sebuah kereta BMW hitam menghampirinya lalu seorang lelaki keluar dari kereta itu. Lelaki itu mengenakan pelitup separuh muka yang berwarna hitam, memakai hoodie hitam, berseluar jean biru dan memakai sneakers.

          Sepasang mata itu merenung tajam ke arah Rania. Dia memandang tepat mata lelaki itu sambil mengundur selangkah demi selangkah. Rania tergamam. Dia pernah kenal lelaki ini. Kereta ini? Aku pernah memandu dan menaiki kereta ini! Bagaikan déjà vu?

          Lelaki tersebut bergerak semakin pantas ke arahnya. Tubuhnya dipeluk kuat oleh lelaki itu dan sebuah kain kecil menutup hidung dan mulutnya. Rania meronta-ronta untuk dilepaskan. Dia menjerit meminta tolong. Namun apakan daya, suaranya tidak dapat didengar oleh siapa pun akibat kain yang menutup mulutnya. Rania terhidu sesuatu yang membuatkan dirinya berkhayal lalu pandangannya menjadi kabur. 

          Lelaki yang tak dikenali itu segera mengangkat tubuhnya dimasukkan ke dalam perut kereta. Lalu, kereta tersebut memandu laju meninggalkan perkarangan rumah itu.

          Puan Rosellia meletakkan panggilan lalu menuju ke pagar semula. Dia mencari kelibat Rania. Ke manakah dia pergi? Dia melihat sekeliling luar rumah. Tiada juga. Lalu dia memutuskan untuk menuju ke kebunnya semula.

***************************************

         Cuaca pada pagi itu amat sejuk. Hujan turun dengan lebatnya. Bunga meraup wajahnya. Dia meletakkan kepalanya di atas meja. Sejuk sungguh hari ini. Bahkan, aircond di dalam ruang itu ditutup akibat cuaca yang terlampau sejuk. Rasa macam nak tidur je! 

          Banyak kerja yang dia perlu handle kerana ramai pekerja lain mengambil cuti. Maklumlah, hari ahad. Dia mengambil botol air di dalam beg galasnya lalu meneguk beberapa kali. Kedengaran sebuah suara kecil di belakangnya. Bunga menoleh. 

RYAN | (HIATUS) (ONGOING)Where stories live. Discover now