BAB 11

246 11 9
                                    

          "Daniel, tolong datang sini. Mak kau dah tak makan tiga hari dah. Balik lah Daniel kami semua rindu kau." 

       "Baik papa. Cuma Daniel ada kerja sikit papa. Nanti Daniel balik ya. " Hanya itu yang dibalas Daniel. Tengku Ahmed meletakkan panggilan. Sungguh dia berharap anaknya itu pulang.

        ***************************************

          Suasana dirumah agam itu sunyi. Hanya kelihatan seorang anak perempuan, Tiara sedang dibuai mimpi di ruang tamu. Bunga mengekori belakang Ryan sambil membawa buah tangan. Ryan sungguh bimbang apabila dapat panggilan daripada papanya dan diberitahu bahawa mamanya sakit dan tiada selera makan. Mereka perlahan-lahan menaiki tangga dengan berhati-hati. Bimbang Tiara terjaga dari lenanya.

          Daun pintu dibuka perlahan. Kelihatan Tengku Ahmed cuba untuk menyuap bubur nasi kepada Puan Rosellia yang sedang terbaring di atas katil. Puan Rosellia menggeleng memberi petunjuk bahawa dia tidak mahu makan apa-apa. 

          "Tak nak lah bang. Rose kenyang lagi." Puan Rosellia berbicara sambil melemparkan senyuman yang nipis. Mukanya pucat seperti tidak bermaya. 

          "Mama, mama okay? Kenapa tak nak makan langsung ni?" Ryan bersuara. Dia menggenggam erat tapak tangan emaknya. Tengku Ahmed beredar meinggalkan ruang itu. Dia mahu memberi peluang kepada Ryan untuk memujuk Puan Rosellia. Bunga hanya tercegat sahaja dipintu bilik itu. Menyaksikan sebuah keluarga yang saling menjaga sama lain dan saling mengambil tahu antara satu sama lain. Sungguh dia merindui keluarganya. Dia teringat kenangan dahulu.

           Suasana rumah kayu itu kelihatan tenang. Hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi. Bunga dan adiknya serta ayahnya sedang menemani ibunya menguli doh kuih donat. Mereka bersila di pintu hadapan sambil melihat hujan yang turun. 

          "Mama, tengok akak ni. Dia makan coklat orang. Orang kan tengah makan kacau lah akak ni."

          "Eleh, akak nak rasa sikit je pun. Tapi ter-rasa banyak la pula." Bunga membalas dengan nada sindiran. Saja mahu mengusik adik lelakinya yang manja itu. Maklumlah, anak bongsu mana yang tak manja kan?

          Adik lelakinya menjeling. Walaupun sudah berumur 17, tetapi masih kebudak-budakan.

          "Amboi, jeling-jeling akak pula ye."

          "Suka hati adik lah! Dah la makan coklat orang." Adiknya mencebik. "Eh, sudah sudah. Jangan bergaduh. Petang ni abah bawa korang berdua naik motor. Kita pusing pusing kampung nak? Tapi kena tunggu hujan reda dulu lah ya." Bunga dan adiknya terdiam apabila ditegur ayah mereka. Muka adiknya yang masam mencuka tadi berubah serta-merta. 

          "Yeay, abah bawa adik je tau. Kakak tak payah, welk!" Adiknya menjelir lidah kepadanya. Bunga mencekak pinggangnya. "Amboi, sekarang dah berani nak halau akak ya?" Bunga ketawa sambil geletek pinggang adiknya. Siapa suruh cari nahas kan? Hahaha!

          Emaknya yang sedang menguli doh kuih donat di sebelah mereka menyampuk. "Hm, abah kamu tu dah lupakan ibu ke? Tak nak bawak ibu sekali ke ronda-ronda?"

          "Mestilah abang tak lupakan sayang. Sayang satu-satunya isteri yang abang sayangi dan cintai sampai nafas abang yang terakhir." Ibunya tersenyum. "Sayang pun sama bang." 

         Bunga tersenyum melihat kemesraan kedua orang tuanya. Walaupun sudah berumur tetapi masih tidak lekang dari bibir untuk mengungkapkan rasa cinta dan sayang antara satu sama lain. 

          "Bunga? Hey, What's wrong?" Ryan cuba memanggil Bunga yang masih termenung. Dia cuba melambai-lambai tangannya di hadapan muka Bunga.

           Bunga tersedar dari lamunannya. Tanpa disedari air mata mengalir dengan deras. 

          Puan Rosellia memandang wajah manis Bunga. "Kenapa Bunga? Kenapa menangis? Bunga rindukan ibu? Aunty kan ada." Bunga terus memeluk Puan Rosellia. Sungguh dia merindukan arwah ibu, abah dan adik lelakinya. 

          Kedengaran suara nyaring anak kecil menangis di bawah. Mungkin Tiara sudah terjaga dari tidurnya. Bunga melepaskan pelukannya. "Maybe Tiara dah terjaga lah. Bunga turun bawah dulu ya." Dia berdiri sambil mengelap air matanya. 

          "Tapi sekarang Bunga nak Aunty makan ya. Nanti perut kosong Aunty sakit." Bunga juga cuba memujuk Puan Rosellia. Harap Puan Rosellia termakan dengan pujuknya. Dia meletakkan buah tangan yang dibawanya lalu segera turun ke bawah. Puan Rosellia mengangguk pantas tanda setuju. Ryan menghembus nafas lega. Alhamdulillah, akhirnya emaknya berjaya dipujuk. "Ryan suap mama ya. Maafkan Ryan sebab sibuk sikit kebelakangan ni." 

          "Tak apa Ryan. Ryan lah satu-satunya anak mama yang mama sayang sangat. Kalau Ryan nak tahu, Daniel bukan anak kandung mama." 

         "Apa, apa mama cakap?" matanya terbuntang luas selepas mendengar kata-kata emaknya.

          Puan Rosellia mengeluh. "Nanti mama ceritakan ya. Sekarang suaplah mama makan. Mama lapar ni tunggu anak teruna mama suapkan makan." Ujar Puan Rosellia sambil tersenyum. Ryan melemparkan senyuman palsu. "Apa semua ni?" soal hatinya.

          Seketika itu, Daniel yang baru sahaja tiba dipintu bilik itu tergamam. "Apa yang ibu cakap tadi? Satu-satunya? Anak lelaki? A-aku bukan anak kandung mereka?" bisik hatinya. Pelbagai persoalan muncul difikiran. Niatnya mahu berjumpa dengan emaknya yang sakit tadi berubah seratus peratus. Dengan perasaan marah bercampur sedih, dia segera dia turun kebawah mahu meninggalkan rumah agam itu. Bunga yang sedang mendukung Tiara bangun menghampiri Ryan. 

          "Bos? Bos nak kemana? Kenapa bos tukar baju? Lepas ni kita ada meeting kan?" soal Bunga kehairanan. Pelik benar bosnya harini. Tiada sebarang respon diberi. Daniel terus berlalu pergi meninggalkan rumah agam itu. "Bunga, kenapa takut semacam ni?"

          Bunga terkejut apabila ditegur Tengku Ahmed yang sedang membawa dulang yang berisikan secawan jus oren lalu diletakkan di atas meja kecil. "Uncle, kenapa Ryan pergi macam tu je dia tak tunggu Bunga? Dia kata ada meeting nanti tapi,"

          "Mana ada siapa-siapa lah Bunga. Tu Ryan baru je turun tangga." Tengku Ahmed membalas. 

          Dahinya berkerut seribu. "M-macam mana bos ada kat sini?" soal Bunga sambil memalingkan kepalanya kearah tangga. Ryan membalas, "What's wrong with you? I was upstairs feeding my mom.

          Bunga melemparkan senyuman nipis kepada Ryan dan Tengku Ahmed. Mungkin khayalannya sahaja. 

   ***************************************

          Sebuah kereta BMW putih berhenti di tepi bukit yang tinggi. Kelihatan seseorang jejaka yang mengenakan jaket hitam, seluar hitam dan topi hitam serta pelitup separuh muka membuka pintu dan keluar dari perut kereta. Dia menuju kearah bonet kereta lalu membukanya. Seorang wanita sedang berbaring dalam keadaan meringkuk diikat dan disalotip mulutnya. Tubuh itu dikeluarkan lalu dicampak keluar dari bonet kereta. 

          Wanita itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Salotip di mulutnya ditarik dengan kuat. Tertanya wanita itu adalah Rania. Keadaannya sangat tidak terurus dan terdapat lebam diseluruh tubuhnya. 

          "Ryan! Ryan maafkan i! I'm sorry Ryan i love you! Let's starts all over again!"  Rania merayu sambil menangis teresak-esak. Tanpa sebarang respon oleh lelaki itu, Rania masih merayu-rayu dan memeluk erat kaki kiri jejaka tersebut. "Please! Forgive me!

           Bang! Bang! Bang!

          Tiga tembakan dilepaskan kepada Rania. Tubuh Rania tidak bergerak lagi. Darah mengalir dengan banyak. "K-kenapa you bunuh i......" Rania menghembuskan nafas terakhirnya dan perlahan lahan memejamkan matanya. 



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RYAN | (HIATUS) (ONGOING)Where stories live. Discover now