BAB 8

157 12 7
                                    

          "Bos rasa kan, siapa yang ceroboh bangunan kita tu?" Saif menyoal sambil menikmati burger daging. Pada malam itu, mereka singgah di Killer Gourmet Burger yang terletak di kawasan Bukit Bintang. Ramai pelanggan yang menyinggah di restoran itu.

          "I don't have the clue, Saif. It's okay, lagipun aku dah mintak tolong staff untuk check CCTV." Ryan meneguk air mineral beberapa kali. Lalu dia memandang Bunga disebelahnya.

          Bunga mengunyah perlahan BBQ chicken drumet yang dipesannya. "Is the BBQ chicken good?" Ryan menyoal. Terliur pula melihat Bunga menikmati paha ayam BBQ yang berjus itu walaupun dia sudah menghabiskan burger ayamnya tadi. 

          Bunga mengangguk. "Bos nak? Try one then." Dia menghulur seketul paha ayam kepada Ryan. Saif hanya menjeling sambil memerhatikan mereka berdua.

          "Hm, jari saya sakit lah." Dengan serta-merta Ryan berlakon sakit. Di tunjukkan jarinya yang sakit olok-olok itu kepada Bunga. Bunga menjeling. 

        "Bos, jangan mengada boleh? Bos tipu saya kan?" Bunga meletakkan semula paha ayam itu ke dalam pinggan. Tahu sangat Ryan mahu mengusiknya.

          Saif yang sedang mengunyah kentang goreng menyampuk, "Bos tu memang mengada. Dia nak hang suap dia ja, ingat aku tak tau!" Dia mengambil beberapa sisa kentang goreng yang tinggal lalu mencicah ke dalam mangkuk kecil yang berisi sos cili.

          Ryan menjegil anak matanya kepada Saif. "Hais, rosak plan aku!" Ryan berkata didalam hatinya. Saif hanya memandang Ryan atas dan bawah. Ada-ada sahaja perangai bosnya harini.

         Bunga hanya menggeleng melihat gelagat mereka berdua. "Bunga, please tolong suapkan saya ayam tu. Jari saya betul-betul sakit ni." Ryan membuat muka kesiannya. Bunga memandang tepat wajahnya. Dia terbuai dengan wajah polos Ryan. Tidak pernah bos nya bersikap begini, selalunya tegas sahaja. Suasana menjadi bisu seketika. Ryan memandang Bunga dan Bunga memandang Ryan. Adakah mereka sudah jatuh cinta?

          "Ehem, ehem!" Saif berdehem kuat. Sengaja mahu menarik perhatian mereka berdua.

         Masing-masing tersedar dari lamunan. "Bunga..please." Ryan membuat muka polosnya semula. Bunga mengalah. "Fine. Open your mouth Tengku Ryan Akashah."

          Dengan pantas Ryan membuka mulutnya. Bunga terus menyuap paha ayam itu ke dalam mulut Ryan. "Tak sangka awak ingat nama saya.Thank you Bunga." Ryan tersenyum malu sambil mengunyah isi ayam yang digigit.

          "Nak sweet pun agak-agak lah depan orang single nih. Panaih betui hati aku!" Saif mendengus kuat. Sakit hatinya melihat orang ber-sweet-sweet di hadapannya. Ryan ketawa besar. Bunga pula hanya menunduk malu sambil menyedut jus oren.

          "Kau jangan macam-macam eh Saif. Aku dengan bos tak ada apa pun okay!" Bunga memberi pandangan yang tajam.

          "Are you sure, Bunga?" Suara Ryan kembali tegas. Ditatap wajah polos gadis itu dengan lama sambil tersenyum sinis.

          Bunga mengalihkan pandangannya kepada Ryan. "Yes, i'm sure! Tak ada nya saya nak jatuh cinta dengan bos lah!" Bunga mencebikkan mulutnya dan bermulalah perdebatan mereka.

          "Amboi, singa ni...dah la pendek. Nak marah-marah saya pula ye?" Ryan tidak mahu mengalah. Dia mahu lihat sejauh mana Bunga mampu berdebat dengannya. Bunga mengeluh panjang. 

           "Bos, jangan macam-macam eh"

          "Macam-macam apa?" Ryan mencubit lembut pipi kiri Bunga.

          "Ei, bos ni tak tau malu ke hah?" Bunga mencubit lengan kanan Ryan sebagai tanda serang balas.

           "Ooo, nak lawan ya?"

           "Sini lah lawan. Bos jangan ingat saya kecil saya tak kuat eh!"

          "Tak ada masalah la nak lawan budak kecil macam awak ni!"

         "Apa bos cakap? Budak kecil?!"

          Saif sudah muak dengan semua ni. Dia membuat muka gediknya sambil melihat dua orang yang sedang berdebat di hadapannya.

          "Yes, budak kecil!" Ryan membalas.

          "How dare you! Bos jangan cabar saya!"

          "Yes, i dare you!"

          "Eh, bos ni kan!" Bunga menggenggam penumbuknya. Mahu saja dilepaskan di pipi Ryan tetapi di tahan oleh dirinya sendiri.

          Saif menutup kedua telinganya. "Ah! Sudah! Cukupppp!" terhambur suara lembutnya. Jeritannya bukan sahaja dapat menghentikan perdebatan Ryan dan Bunga, malah seluruh restoran itu. Suasana menjadi sunyi sepi dan semua orang memandang ke arahnya. 

          "Aku ada buat salah ka?" Jari telunjuknya di tuju kepada dirinya sendiri. Pertanyaannya dapat didengari semua orang yang sedang menjamu selera di situ.

          Bunga membalas dengan suara yang lantang, "Yes, kau ada buat salah. Kau tu lelaki Saif. Kenapa keluar suara tak macam laki?"

          Bunga dan Ryan ketawa besar. Semua orang di restoran itu turut ketawa dengan gelagat Saif. 




RYAN | (HIATUS) (ONGOING)Where stories live. Discover now