OS_20

82 10 0
                                        

Pertemuan keluarga sepatutnya menjadi sebuah pertemuan yang penuh kehangatan, namun berbeza dengan apa yang terjadi saat ini. Keluarga yang sudah lama berpecah akibat perbezaan pendapat kini semakin terbelah disebabkan oleh kejadian yang menimpa salah sebuah pewaris yang bakal mewarisi syarikat besar di negara ini.

"I want to know what really happened to my beloved granddaughter," Dato' Callen bersuara tegas sembari memandang anaknya dan menantunya, sebelum pandangannya berhenti lama pada cucu-cucunya.

Suasana ruang tamu itu menjadi senyap. Terlalu senyap, sehingga tiada siapa berani menyahut.

Elara menggenggam jemarinya sendiri di atas riba. Wajahnya kelihatan tenang, tetapi rahangnya mengetap, tanda jelas dia sedang menahan sesuatu. Di sebelahnya, Jasmine tunduk sedikit, matanya berkaca namun enggan membiarkan air mata jatuh di hadapan lelaki tua itu.

"And Elara? Lepas apa yang jadi dengan Qyrash, baru kamu nak balik sini?" Dato' Callen mengetuk tongkatnya ke lantai marmar.

Tok.

Bunyi itu bergema lebih lama daripada sepatutnya, seolah-olah menekan setiap dada yang berada di dalam bilik itu. Elara mengangkat wajahnya perlahan. Tatapannya tenang, tetapi ada luka lama yang berkilat di situ.

"Saya balik bukan sebab saya rindukan keluarga ni. Saya balik untuk anak saya," jawab Elara tegas, langsung tiada keraguan untuknya berkata demikian.

"Elara Hailey Callen, jangan lupa kamu bawa nama keturunan selepas nama kamu. Apa pun yang terjadi, keluarga ni tetap keluarga kamu," lelaki yang berumur 60 tahun itu berkata sambil memandang Elara, satu-satunya anak yang masih hidup namun menyimpan dendam terhadapnya.

"Ya... keluarga yang bawa malang kepada saya dan anak saya."
Elara mengalihkan pandangannya kepada Miya. Miya yang dipandang sebegitu rupa tersentak.

"For your information, Dato' Callen, saya tak pernah bangga dengan nama keturunan ni since my mother died." Ayat itu jatuh satu-satu, tajam dan tanpa getar. Ruang tamu yang luas itu terasa semakin sempit.

Dato' Callen terdiam. Tongkat di tangannya digenggam lebih kuat, urat di belakang tangan jelas menegang. Jasmine mengangkat wajah sedikit, matanya membulat bukan kerana terkejut dengan ayat Elara, tetapi kerana keberanian isterinya itu mengucapkannya secara terang-terangan.

"Enough, Elara. Tiada siapa yang nakkan kematian isteri saya," suara lelaki tua itu rendah, tetapi bergetar.

"Ada. And that's you." Nada Elara kekal tenang, tetapi menikam.

"Dato' yang bunuh dia perlahan-lahan. Dia menderita. Dia trauma until she took her own life. And now, anak saya akan lalui benda tu." Suara Elara tidak meninggi, tetapi cukup untuk membuat Jasmine tersentak.

"Elara..." Jasmine segera memegang lengan isterinya, cuba menenangkan. Pegangannya lembut, seolah-olah takut Elara akan runtuh jika disentuh terlalu kuat.

"Sayang, bertenang please. Kita bincang baik-baik." Elara tidak menepis sentuhan itu, tetapi matanya tetap terkunci pada Dato' Callen.

"Saya cuma nak tahu what really happened to my mom and Qyrash."
Suaranya kini lebih perlahan, dan jauh lebih berbahaya.

"Untuk ibu kamu... I'm really sorry, Elara. You should've known about this a long time ago."
Suara Dato' Callen kedengaran sayu, sarat dengan penyesalan.

"That night, I was drunk... and I raped her. I raped my own wife."

Dato' Callen memandang Elara bukan sebagai Dato', bukan sebagai ketua keluarga, tetapi sebagai seorang lelaki yang gagal. Miya dan Maya yang terlibat dalam perbualan itu terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja mereka dengar.

overseer slaveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang