Celak celik,celak celik Nur Aisy Afiyah nak jadi bini orang dah. Majlis di adakan di johor, rumah orang tua Aisy.
Marwa sedang membetulkan sedikit pakaian pengantin Aisy. Tubuh munggil itu agak gemetar. Marwa memandang Aisy atas bawah.
"Ok dah perfect!!!"ujar Marwa sambil mecekak pingangnya. Mikayla mengambil gambar Aisy yang sedang mengenakan pakaian pengantin itu.
"Lawanya member aku sorang ni!!" puji Mikayla setelah selesai mengambil gambar Aisy. Marwa sudah seperti burung belatuk yang mengangguk setuju.
"Korang..." sayu je panggilan Aisy. Mikayla dan Marwa memandang kearah Aisy.
"Aku gemetar lah" ujar Aisy sambil menatap telapak tangannnya. Mikayla dan Marwa mengenggam tangan Aisy erat.
"It's ok lah Aisy" ujar Mikayla sambil tersenyum manis. Marwa hanya senyum melihat telatah Aisy.
Pintu bilik diketuk.
"Kak Aisy,pengantin lelaki dah sampai" suara Aina memanggil sang kakak untuk turun.
~~~~.~~~~
"Huzair Al-Amiin Bin Muhammad Hanifah?"
"Saya"
"Aku nikah kan dikau dengan puteri ku, Nur Aisy Afiyah Binti Ahmad Aghna dengan mas kawin RM15,000 ringit tunai"
"Aku terima nikahnya Nur Aisy Afiyah dengan mas kawin RM15,000 ringgit tunai"
"Sah?"
"Sah"
"Sah"
"Sah"
"Alhamdulillah" ucap Encik Ahmad sambil menadah tangan untuk membaca doa. Sebaik habis membaca doa Huzair berganjak untu menyarungkan cincin ke jari manis Aisy.
"Assalammualaikum pemenuh separu iman saya" bisik Huzair sambil menyarungkn cincin di jari manis Aisy.
"Waalaikummussalam, imam Aisy" bisik Aisy semula sambil menyarumgkan cincin di jari manis suaminya lau menyambar tangan Huzair dan dikecup lembut. Manakala Huzair mencium kepala isterinya.
Kini mereka di atas pelamin Marwa berada di sisi Aisy sambil mengipas pelahan pengantin perempuan begitu juga Noah. Pada awalnya Noah dan Marwa terkejut apabila bertemu tadi.
Noah menyorokkan senyuman kerana bahagia sang pujaan berada di sisinya. Huzair yang perasan pun memandang Noah atas bawah. Tapi lama-lama tumpuannya berada di sang isteri.
Majlis berjalan dengan lancar Kini masa untuk balik ke Kuala Lumpur. Aisy bersalaman dengan Mikayla dan Marwa.
"Terima kasih tau datang majlis aku!! dah lah tetamu tapi ikut turun padang memasaklah membasuhlah, Thanks auu!!"bebel Aisy sambil memeluk tubuh Marwa dan Mikayla.
"Halah small matter lah kau ni macam tak kenal kitaorang pulak, benda macamtu kitaorang memang suka turun padang"gurau mikayla sambil tertawa kecil. Memang betul pun kalau Mikayla and Marwa suka turun bab merewang ni. Banyak sungguh pujian makcik-makcik semasa mereka merewang.
"Thanks tau korang sudi jadi bestfriend aku sampai sekarang!" Ujar Aisy sambil air matanya turun dengan pelahan. Mikayla dan Marwa mengerutkan dahinya.
"Ada ke cakap macam tu?" marah Mikayla. Sambil mencekak pinggang. Marwa pun melayan.
"Sayang?"panggil Huzair. Aisy memandang kearah suaminya. Huzair sedang mencari keberadaan isterinya.
"Saya dekat sini!!"saut Aisy. Dengan pantas Huzair berjalan kearah bini dia. Apabila Aisy memandang wajah Marwa dan Mikayla mahu tergelak dia. Muka Mikayla dan Marwa sangat masam.
"Gedik!!" marah MIkayla apabila Huzair memeluk pinggang isterinya dari belakang, Marwa hanya buat bodoh je. Manakala Huzair dan Aisy dah tertawa.
"Eh ni mana satu Syahirah?"
"Saya"Jawap Marwa apabila Huzair memanggil namanya. Aisy dan Mikayla merasa pelik. Lagi pelik apabila Huzair menggeluarkan sejambak bunga Mawar.
"apa ni?"soal Marwa bengang. Mikayla dan Aisy terkejut dengan kelakuan Huzair. Huzair pelik dengan reaksi diaorang sebelum dia tersedar.
"Eh eh husnuzon sikit!!" ucap Huzair dengan kalam kabut.
"Abang?" panggil Aisy. Suaranya gemetar dan sayu membuat hati Huzair tidak tenang.
"Sayang jangan salah faham..ni kawan abang minta tolong bagi kan dekat syahirah sebab dia kene balik KL cepat...ada urusan dekat office mula-mula abang tolak dengan permintaan dia tapi di sebabkan dia minta tolong dah macam pengemis abang kuat kan juga"jelas Huzair. Baru rasa tenang menyelubungi hati Aisy.
"Ohhh ingatkan nak curang dengan bestie saya tadi..baru ingat nak minta bodyguard saya hantar kan pistol Glock 7 saya tadi"ujar Mikayla dengan selamba.
Marwa mengambil bunga mawar yang Huzair hulurkan. Marwa ralit menenung bunga Mawar itu kemudian matanya terpaku kearah kad di bunga itu. Marwa membuka kad itu dan baca.
'You were so beautifull yesterday my dear!!. Can't wait to marry you,mi conejo!!!"
-Your Future Husband-Terkejut Marwa apabila membaca ayat tu. Marwa menelan air liur nya.
"Sapa bagi bunga ni Huzair?"soal Marwa sambil mata lekat ke arah kad itu. Huzair tertanya-tanya dengan reaksi yang Marwa tunjukkan.
"Kenapa Syahirah?" soal Huzair.
"Saja tanya"jawap Marwa sambil menutup kad itu. Huzair syak yang si Noah ni tulis bukan-bukan je.
YOU ARE READING
◐.RIDER BADUT ITU SUAMI AKU!!.◑ [𝕆𝔾]
Genç Kurgu[𝕆𝔾] [𝕊𝕝𝕠𝕨 𝕦𝕡𝕕𝕒𝕥𝕖] Siapa sangka di sebalik rider badut yang terkenal sebagai pelawak dan comel ada sisi lain yang tiada siapa tahu.