Part 11

126 3 0
                                    

.

.

.

KLIK
/

Baru sahaja dia memasuki rumah.

“IRIS!”

“BABY!”

Seruan mereka semua ketika melihat ke arah Iris yang masuk ke rumah dengan memakai sweater hitam besar yang menutup sebahagian dari tubuhnya serta hoodie yang menutup separuh dari wajahnya.

Iris terdiam.

Dia melihat ke arah depan dan terlihatlah papanya, Katlynn, Emir dan kawan-kawannya.

Belum sempat Iris ingin menyapa dan ingin ke biliknya.

“IRIS HADLEY!” Seru tegas tuan Irsyad.

Iris tersentak dan tangannya tanpa sedar mula bergetar dan Iris sedar lalu dengan cepat dia mengenggam erat kedua-dua tangannya yang masih terluka dan balutan itu tertarik membuatkan lukanya ikut berdarah semula.

Kain pembalut luka yang pada mulanya bersih kini sudah mulai menjadi warna merah.

GREP

Kedua-dua bahu sisi Iris digenggan erat oleh tuan Irsyad sambil menggoyangkannya dan tanpa sedar hoodie yang tak sempat Iris ingin zip pun sedikit demi sedikit terbuka dan tergantung pada lengan tuan Irsyad di bahunya itu.

“Pergi mana?! Kenapa hilangkan diri?!! KENAPA IRIS?!! Kenapa?” Termakan dengan emosi panik dan risaunya membuatkan tuan Irsyad kehilangan kawalan dirinya.

Takut.

Takut kehilangan anak satu-satunya yang disayangi.

“IRSYAD!”

“UNCLE!”

“KAKAK CANTIK!”

Tuan Irsyad yang seakan sedar akan tindakannya pun terkejut dan secara mengejut melepas genggaman tangannya dan hoodie yang tergantung pun jatuh luruh melepasi tangan Iris yang masih mengawal emosi nya.

TES

TES

“Iris”

“Iris sayang”

“Iris!”

Iris tersedar tetapi masih menggenggam erat kedua tangannya.

Dia yang sedari awal menunduk pun mengangkat kepalanya sambil menatap tenang pada meraka ataupun lebih pada pandangan kosong.

Mereka semua yang berada di sana pun terkejut bukan main dengan apa yang dilihat mereka.

Keadaan Iris yang sangat-sangatlah jauh dari kata baik.

“Baby…”

“Iris…,”

Katlynn yang terdiam tanpa sedar matanya yang sudah lama tidak mengeluarkan air matanya kerana dirinya yang berkerjaya membuatkan dirinya tidak selemah yang difikirkan orang.

Tetapi dia mengalirkan air matanya ketika melihat keadaan Iris dan tambahan pada pandangan kosong di mata anak tirinya yang baru saja dia kenal ini.

Farhat, Rayhan, Emir,Kelvin dan Zeyki berdiri kaku tanpa boleh bergerak ke arah sosok rapuh ingin memeluk untuk memberikan rasa aman.

Tidak tinggal juga dengan semua para pelayan dan bodyguard yang tanpa sengaja bergegas  ke arah suara bising kerana fikir ada yang tidak kena.

Mereka semua terkejut melihat keadaan anak perempuan majikannya yang cantik dan bersinar semalam dan sekarang menjadi sosok rapuh dan luka.

“Cik muda..”

“Cik Iris…,”

ISKK

ISKK

“Kakak…” suara Erash yang baru sahaja pulang dan melihat kakak cantiknya yang seperti dimarahi oleh tuan Irsyad.

Membuatkan mereka semua tersentak.

Perlahan-lahan Erash yang matanya sudah mulai sembab kerana menangis berjalan mendekati Iris yang masih tidak bergerak dari tempatnya berdiri.

Memegang lembut tangan Iris yang berbalut yang sudah mulai berdarah.

“Kakak…eskk sakit… lepas” kata Erash cemas tetapi seperti sedang memujuk budak-budak sambil menahan esakan dari mulutnya itu.

Mencuba membuka genggaman tangan Iris yang masih bergetar.

Iris pun dengan perlahan menundukkan kepalanya melihat tindakan Erash.

Terdiam seketika.

TES

Tanpa sedar air mata mengalir jatuh dari mata Iris dan terjatuh pada tangan kecil Erash.

Erash tersentak kecil lalu mendongak dengan cepat melihat ke arah wajah Iris. Lalu dengan tergesa-gesa Erash menundukkan kepalanya ke arah tangan Iris semula.

“Fuihh…tak sakitt kakak…eskk tak sakit..fuihh” Erash meniup tangan Iris walau dia tidak tahu dimana yang terluka kerana dia fikir Iris mesti sakit sehinggakan dia menangis.

Iris menggerakkan dengan perlahan tangan kanannya ingin mengusap kepala Erash tetapi berhenti ketika melihat darah di tangannya.

“Kotor.” Satu kata dengan suara yang perlahan dan serak tanpa sedar terucap.

Dengan suasana yang sunyi itu membuatkan semua yang berada di sana mendengar dengan sedih suara perlahan yang terdengar bergetar itu.

Erash nampak gerakan Iris dan dengan sahaja dia menggerakkan kepalanya ke arah telapak tangan Iris yang berdarah.

“Kakak tak kotor…eskk…kakak cantik…Erash suka..” Balas Erash yang masih tidak berhenti mengalirkan air matanya.

“Mama..eskk…mamaa..kakak esk..” tanpa sedar memanggil mamanya meminta bantuan.

Srek

“Bibik! Call Dr. Ernesh!” Seru Katlynn lalu laju meluru ke arah Iris dan mula mendekati dengan perlahan.

“Iris sayang.”Panggil Katlynn perlahan mengusapkan sudut mata sembab Iris.

Iris tidak mendengar tetapi merasakan kelembutan pada pipinya.

“Mama…” serunya perlahan yang masih didengar oleh mereka semua.

Katlynn tersentak dan cuba menahan perit matanya ingin mengeluarkan air mata.

“Ya sayang.. ini mama..” makin perlahan dan lembut suara Katlynn lalu menarik Iris bergerak menuju ke arah sofa.

Iris diam tanpa menghindar.

“Baby…esk” tuan Irsyad yang kini jauh dari kata berwibawa dan karisma. Dengan matanya yang memerah menahan air matanya dan darah yang mengalir keluar dari kedua-dua tangan yang digenggam erat sedari tadi tanpa berani untuk mendekati anaknya.

“Emir pergi ambilkan Iris air.” Kata Katlynn pada anak sulungnya yang berdiri diam sedari tadi.

“Emir!” Panggil Katlynn lagi.
























































.

.

.

.


































































jangan lupa vote ya kalau rajin😌












Next.

THE PAIN OF TEARS 🚫Where stories live. Discover now