Part 15

116 2 0
                                    

.

.

.

“Cik Iris”

/

Panggil seseorang.

Iris yang dipanggil pun hanya menoleh bersahaja ke arah bodyguard peribadinya yang diberitahu papanya itu, akan menjaga dirinya.

Mirza.

“Cuaca panas. Cik Iris nak saya payungkan?” Kata Mirza sambil ingin membuka oayung yang dipegangnya itu.

“Mirza.” Seru Iris perlahan setelah menoleh semula pandangannya ke atas langit terang dan cerah itu.

“Ya cik Iris.” Jawab Mirza tegas dan cepat.

“Awak…. pernah rasa tenggelam..tenggelam dalam gelap…tanpa ada sekecil cahaya pun…?” Iris menyoal dengan perlahan dengan wajahnya cantik manis yang masih pucat itu dengan tenang.

Mirza terdiam lalu menatap sisi wajah Iris dengan dalam.

Dia tahu dirinya tidak patut melihat Iris, anak majikannya seperti itu tetapi hati mengalahkan akal fikirannya ketika dapat merasakan kesepian dan kepahitan yang kuat dari diri Iris walaupun Iris tidak menunjukkannya.

“Pernah cik.”

“Saya anak yang diperdagangkan untuk organ. Saya dikurung bersama-sama dengan budak-budak yang lain di dalam ruang yang tiada ruang untuk cahaya. Kami dipukul jika membuat sebarang suara atau bunyi. Waktu yang paling kami tunggu-tunggu ialah waktu makan. Yang selalu diberikan dalam 3 hari sekali pada waktu siang. Kami dapat melihat cahaya setiap 3 hari sekali. Saya diselamatkan Mejar Ismet iaitu ketua bodyguard tuan Irsyad yang waktu itu mempunyai misi tersendriri. Setelah itu saya mengikuti jejak Mejar.” Cerita MIrza panjang lebar tanpa sedar.

“Heh at least awak masih ada harapan walaupun hanya untuk sekali disetiap 3 hari. Lucky.” Belum sempat Mirza ingin membalas.

Iris bangun dari duduknya.

“Sekurang-kurangnya awak ada…., tujuan.”

Mirza tidak mengalihkan pandangannya hingga tidaka nampak lagi kelibat Iris.

Menggenggam erat payung di tangannya.

“Ya….Iris..sekarang..”

.

.

.

Diluar kawasan rumah berhampiran depan pintu rumah.

“Tujuan…?”

“.…”

‘Apa maksud Iris?’

‘Tujuan….’

“Iris…?”

.

.

.

Setelah Iris pergi dari Mirza, dia berjalan ke arah rumah dan menuju ke dapur tanpa tujuan.

‘Pintu belakang…?’

Yang peliknya tiada siapapun yang perasan akann kehadiran Iris.

Para pembantu rumah semua sepertinya sibuk melakukakan tugas mereka.

SWOOSH

Iris pergi ke kawasan belakang rumah yang dipenuhi dengan hutan yang lebat.

“Kenapa simpan hutan ni?” Monolog Iris perlahan sambil terus berjalan tanpa henti hingga memasuki ke dalam hutan.

THE PAIN OF TEARS 🚫Where stories live. Discover now