.
.
.
Tepat pada waktu makan malam.
TOK !
TOK !
TOK !
"Iris sayang." Panggil Katlynn di depan pintu bilik Iris.
TOK !
Clek
Pintu bilik pun terbuka dan tanpa kata pun Iris hanya diam melihat ke arah Katlynn.
"Erk.. kita turun makan ya?" Ajak Katlynn lembut.
"Hm."
Iris pun hanya melihat ke arah Katlynn lalu bergerak turun.
Katlynn yang dibelakang Iris pun tersenyum kecil kerana mendapat balasan dari Iris walaupun hanya deheman kecil sahaja.
.
Di meja makan keluarga.
Sudah ada Tuan Irsyad, Emir dan Erash yang menunggu.
"Abang, mana mama?" Soal Erash tiba-tiba.
"Mama tengah panggilkan someone." Bukan Emir yang menjawab tetapi tuan Irsyad pada pertanyaan anak tirinya yang paling kecil itu.
Erash pun mengerutkan dahinya pelik.
Emir yang diam pun mengerutkan dahinya.
EHEM !
Tanpa menunggu lama tiba-tiba sahaja terdengar suara deheman dari arah tangga dan terlihatlah Katlynn bersama-sama dengan seorang perempuan yang mungil itu.
Erash yang melihat sosok kakak perempuan disebelah mamanya pun terdiam kaku.
'Kakak Cantik!' Bersamaan dengan bola matanya yang menatap bersinar ke arah Iris.
Emir pula hanya diam tetapi matanya tidak pernah meninggalkan arah Iris berada.
"Baby Reyse. Duduk sini." Panggil tuan Irsyad memecahkan keterdiaman mereka sekeluarga.
Iris hanya diam lalu duduk disebelah kerusi lain yang tidak ditunjuk oleh tuan Irsyad iaitu bersebelahan dengan kerusi kosong yang ditempati oleh Katlynn.
Tuan Irsyad hanya mampu terdiam sedih. Katlynn yang sememangnya sudah duduk di sebelah tuan Irsyad pun memegang tangan suaminya itu, memberi semangat.\
Tuan Irsyad pun hanya tenang sambil tersenyum ke arah Iris.
Iris yang melihat ke arah tangan papanya yang dipegang oleh Katlynn itupun hanya memandang sekilas tetapi tajam lalu mula mengalihkan pandangannya ke arah pinggan makan dihadapannya.
EHEM !
"Baby.., papa nak kenalkan dengan anak-anak mama Katlynn. Ini Emir dan ini Erash."
"Emir... Erash ini anak uncle, Iris"
Tuan Irsyad mengenalkan anaknya dengan anak-anak tirinya itu.
Iris pun melihat satu persatu anak-anak Katlynn sekilas lalu mengerutkan dahinya ketika melihat Erash iaitu adik tirinya yang paling kecil merenungkan dan menatap dirinya tanpa mengelipkan matanya.
"Erash sayang. Kenapa pandang kakak Iris macam itu?" Tegur Katlynn tidak enak dengan pandangan Erash pada Iris kerana takut Iris tidak selesa.
"Kakak cantik." Tanpa sedar akan tingkah lakunya, Erash pun berkata jujur seperti yang ada difikirannya itu, naif.
"Haha...Erash pandai. Kakak memang cantik." Bahagia tuan Irsyad. Siapa saja yang tidak bahagia apabila ada yang memuji anak perempuan kesayangannya itu.
Erash yang tersedar akan tingkahnya pun malu.
Pipi tembam nya itu timbul warna-warna kemerahan. Cute.
Iris tersenyum kecil melihat reaksi adik tirinya itu walaupun hanya Emir sahaja yang nampak senyuman itu.
"Baiklah semua. Kita mula makan." Kata tuan Irsyad.
Mereka semua pun makan dengan tenang.
.
.
.
Selepas makan malam, mereka semua pun duduk berkumpul di ruang tengah keluarga.
"Baby, papa dah daftarkan baby sekolah kat sekolah yang sama dengan Emir." Beritahu tuan Irsyad lembut pada Iris.
Iris hanya diam tanpa reaksi.
Tuan Irsyad yang melihat itupun menunduk sedih dengan senyum lembutnya.
Emir hanya diam sambil memerhatikan tingkah ayah tirinya itu dengan Irish.
"Ada apa-apa lagi ke?" Soal Iris tiba-tiba dengan tenang dan jengah dengan suasana yang awkward itu.
"Tiada apa-apa lagi dah papa nak kata." Balas tuan Irsyad yang senantiasa lembut pada Iris.
Iris pun hanya menganggukkan kepalanya sedikit lalu pergi menuju ke arah luar iaitu tempat terletaknya kolam. Ingin mengambil angin malam sebelum dirinya masuk ke bilik.
HEH !
Dengan hanya memakai gaun tidur berwarna cream, Iris hanya berdiri diam sambil menikmati hobinya apabila tiba waktu malam iaitu memandangi langit malam tanpa adanya bintang ataupun ada kerana Iris suka merenung pada langit malam yang gelap dan tenang.
SREK
Tiba-tiba Iris mendengar bunyi disebalik pokok bunga besar yang berhampirab dengan pintu masuk ke rumah dan terlihatlah sosok kecil yang berdiri disitu.
Walalupun sosok kecil itu sedaya upaya ingin menyorokkan dirinya tetapi tetap nampak sisi badan kecilnya itu.
Iris hanya diam lalu menoleh ke arah pokok itu.
"Erash."
.
.
.
.
jangan lupa vote ya kalau rajin😌
Next.
YOU ARE READING
THE PAIN OF TEARS 🚫
Roman d'amour🚫 🚫 🚫 HI!!! GUYS!!! This story tak sama like before, rate 18 +++. Tapi nak tahu apa yang beza? Try baca dulu... Semua cerita just from my own create on my own imagination. 😘 . . . IRIS HADLEY seorang perempuan yang hanya ingin hidup normal sepe...