.
.
.
'What's ever happened to you?'
/
Lalu Shawn pun teringat akan kejadian dia melihat perilaku yang jauh dari sosok yang ditunjukkan ketika perkenalan singkat nya di kelas.
Ya.
Shawn.
Guru sementara di sekolah itu dan juga merangkap ketua mafia dunia bawah dan CEO terbesar di dunia.
Dia menjadi guru hanya kerana ingin meluangkan masanya yang bosan. Sudah hampir 2 bulan dia mengajar di sekolah itu dan banyak surat cinta yang dia dapat dari murid hingga guru perempuan di sana tetapi dia tidak ambil peduli.
Dia juga yang melihat kejadian tanpa sedar Iris dikawasan tinggal sekolah itu.
Pada mulanya, Iris tidak meninggalkan kesan yang mendalam padanya.
Perempuan yang merungut dan bercakap seorang diri.
Lalu dirinya yang tenang dan tidak peduli ketika memperkenalkan dirinya.
Tiba-tiba menjadi hero dengan sosoknya yang kecil dengan cara yang masih sedikit malas tetapi kejam.
Pada akhirnya, dirinya yang melepaskan amarah sambil menangis kosong dan suaranya yang penuh dengan putus asa serta sakit.
Yang mana satu dirinya yang sebenar.
Satu yang Shawn perasan, dia tidak pernah melihat bibir mungil itu tersenyum walaupun sedikit.
'Iris....Reyse...'
Shawn pun keluar dari biliknya yang tidak pernah ada yang tinggal selain dirinya tetapi sekarang Iris tergeletak di atas katilnya.
"Mama.."
.
.
.
Pada masa yang sama, di kelas 6 T.
"Semua tempat kita dah pergi. Tapi tak jumpa juga."
"Wey! Iris tak ada kat kelas juga."
"Tapi beg dia still kat sini."
Srek
"Woy Emir! Kau nak bawa pergi mana beg Iris tu?!"
"Blah."
"Oh okay."
Mereka berlima pun pergi meninggalkan kelas lalu bergerak ke arah ruang bilik keselamatan untuk melihat pada cctv.
Emir yang biasanya tidak peduli dengan sekelilingnya tetapi sekarang dirinya memiliki aura yang mengcekam hingga Zeyki yang biasanya bising pun hanya diam.
Brak
"OPOCOT!" Terkejut pekerja keselamatan itu ketika pintu ruang keselamatan itu dibuka paksa dari luar.
"APA YAN...tuan Emir, maaf saya tak perasan saya.."
"11.35 am. Kawasan kantin. Now!" Kata Emir tegas.
Pekerja keselamatan itu blur lalu dengan cepat mencari footage dari CCTV seperti yang diberitahu oleh Emir.
"Ini tuan Emir."
"Move." Arah Emir lalu mengambil alih kawalan CCTV lalu melihat ke arah posisi Iris dari dia keluar dari kantin dan melepasi kawasan kelas lalu hilang.
Emir mengerutkan dahinya gelisah. Dia pun tidak tahu mengapa dia merasakan ini.
YOU ARE READING
THE PAIN OF TEARS 🚫
Romance🚫 🚫 🚫 HI!!! GUYS!!! This story tak sama like before, rate 18 +++. Tapi nak tahu apa yang beza? Try baca dulu... Semua cerita just from my own create on my own imagination. 😘 . . . IRIS HADLEY seorang perempuan yang hanya ingin hidup normal sepe...